Thursday, November 17, 2011

16.11.11

walau tarikh tidak seindah 11.11.11 namun berakhir sudah jejak jemari di atas kertas peperiksaan. 16.11.11 membawa pengertian yang besar buat diri. bermulanya pagi yang hening ketika disambut suara kakak ana yang mahu pulang ke kampung pada jam 6.35am. hari ini juga hari pertama pendaftaran seorang saudaraku di uitm. hari ini juga berakhirnya peperiksaan yang luar biasa hebat. Hari ini juga mendapat tugasan bertalu-talu dan memerah keringat idea bergelen-gelen untuk program akan datang ini.

Alhamdulillah.

Melangkah keluar kaki saya di dewan, masaku dan seluruh hidupku akan kuinfakkan sebaiknya untuk ummat.

Benarkah untuk ummat?

InsyALLAH. "Ikhlas itu mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan." Maka istikamahlah dalam membuat kebaikan, maka selebihnya serahkan kepada Allah.

Hmm. Saya terkedu sebentar menghirup udara malam. Bermenung saje-saje atau angan-angan??? Jangan angan-angan yang akan membunuh impian kosong, sudahlah! Yela, kadang-kadang terfikir sejauh manakah aku sudah menyumbang untuk Islam? Jeles datang bertalu-talu. Melihat dan mendengar dakwah dan tarbiyah menderu laju di Indonesia. Aku malu. Ikhwah akhawat yang berkorban dunia untuk akhirat.

"Mereka mengalir laju kerana apa? Kerana mereka berkorban apa sahaja yang mereka ada untuk dakwah. Tiada perkiraan yang menghitung untuk diri sahaja. Malah harta dan masa juga tenaga benar-benar diinfak di atas jalan dakwah."

Duh...sebarkan kebaikan masih perlu diteruskan. Qudwah hasanah! Masih banyak lagi perlu diperbaiki. Duh...tiba-tiba rasa terhimpit. Himpitan nafsu dan dosa lalu. Makanya ketepikan segala emosi. Serahkan semuanya kerana ALLAH...

Prioriti utama harus dan wajib diutamakan.

Kebaikan jangan diabaikan.

"Kalau ada orang yang sms, jangan dibiarkan orang tunggu lama-lama untuk membalasnya. Apatah lagi itu adalah urgent. Kalau mahu call  orang tapi tak angkat, sms lah. Jangan kita call sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesan. Mungkin orang itu anggap call kita tidak penting apabila kita tidak call balik/sms balik."

Benda kecil pun tidak boleh terlepas pandang. Subhanallah, gagahnya orang yang bertaqwa! Sungguh berhati-hati dan sabar.

OK fine. Tadi mula-mula nak taip, nak senaraikan tugasan dan planning time cuti. Tapi tak best la. Semua orang tahu. Sekarang ini kene rahsia-rahsia. Nanti ada orang tahu. Malulah. *Bajet jer* OK. Nite. Assalamualaikum.

Tuesday, November 15, 2011

ceritera

hilang berkait dalam kelam
menyunting kisah ceritera beradu
indah bait setiap kalam
paling indah dari ayatMU

pantun.
edisi 151111

Sunday, November 13, 2011

Warkah untukmu, ukhti


Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt, Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman... MasyaAllah...

Kawan,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang, dan tidak berkesudahan, sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya, kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan, yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Sahabat...
hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa, seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja...

Teman...
itulah hakikat hidup di dunia, kalau susah,susah yang sementara, kalau senang, senang yang sementara, tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia, kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu, jgn kerna kesenangan dunia yg sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya, jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat, jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Ukhti...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan, jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya, tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu, Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Ukhti...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w, "barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu, moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s, mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a, kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu, tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu, seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Ukhti...
jadilah wanita solehah, yang taat pada Allah dan Rasulnya, teguhlah menjalankan perintahNya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya walaupun langit dan bumi menghimpitmu, jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu, binalah hubungan baik dengan Tuhanmu, beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan, agar tarikan dan hembusan nafasmu, di dalam keredhaan tuhanmu, didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w, walaupun dicaci,dilukai dan disakiti, tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Ukhti...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan, ia tidak semudah pengucapan, kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian, 
di kala jasadmu bersama manusia,
tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan, 
di kala manusia lalai dengan keduniaan, 
jiwamu menangis kerna takutkan tuhan, 
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu dengan zikir LailahaillaAllah, 
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah, murabiyah dan zahidah, 
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, 
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

Semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

Ibnu Aminah aljuhury...
petikan artikel dr ILUVISLAM.COM

Saturday, November 12, 2011

Friday, November 11, 2011

Sesuatu itu datang daripada DIA

DIA membuatkan sesuatu itu berlaku.

Ada hikmah.

Tidak menyusahkan.

Malah DIA ingin mengajar.

Erti kehidupan.

Bukan sia-sia.

Tapi menjadi pelajaran.

Rugi.

Orang-orang yang tidak mahu berfikir.


Thursday, November 10, 2011

Wednesday, November 09, 2011

Menghormati Pemimpin

Jelingan sinis kutangkap dari tatapan matanya. Ahh, dia lagi. Salah apa aku pada dia? Sungguh, aku tak tahu. Bukan sehari dua dia sebegini. Bercakap tidak. Senyum pun tidak. Aku ni pula buat macam biasa je la. Tiada yang menarik sepanjang hari akan kisah hidup masing-masing. 

"Kau tahu tak dia begini. Dulu dia tidak begitu. Aku marah dengan dia."

"Tapi, betullah. Dulu kan best. Tadela pula dengar cerita tak baik tentang dia."

"Dah la pakai spek buruk. Ada ke orang suka dia?"

Tet. Tamat. 

Hadis 7: Addin Annasihah

Agama itu nasihat. Nasihat untuk siapa? Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Untuk 'aimmatil muslimin' = imam kepada kaum muslimin. Agak tersentap bila menghayati hadis ini. Ok fine. Imam di sini yang diterangkan kepada saya oleh pak ustaz ialah ada dua. Ulama' dan umara'. Nak sentuh umara'. Para pemimpin ummat.

Ulama' adalah yang dikalsifikasikan sebagai mewarisi tugas para nabi. Mewarisi ilmu untuk sampaikan kepada orang lain. 

Umara' itu amir atau ketua dalam sesebuah organisasi. Pemimpin itu bukan orang biasa-biasa memegang amanah dipikul. Mereka berilmu dan bersedia memikul amanah. Jadi pemimpin yang terpilih itu tidak kira dia berada di pihak kita atau pun tidak, dia tetap pemimpin. Contoh, presiden kelas. Kita undi orang lain. Tapi orang lain pula jadi presiden. Owh, takkan kita nak menderhaka pula pada dia.

"Aku kurang percaya pada dia. Jadi, buat apa aku menyusahkan hidup aku ikut arahan dia???"

oops. Anda tersilap. Mereka tetap ada hak yang dituntut daripada ahli sesebuah organisasi atau tempat itu. 
Antara hak mereka ialah:

- menasihati orang lain supaya mematuhi nasihat para umara'
  • tetapi ingat benar tetap benar dan salah tetap salah. Kalau dia suruh merokok, takkan anda nak merokok? Anda tentu pakar dalam bab ini. Menurut fatwa ia HARAM. HARAM itu berdosa kalau buat. Haram! Kalau dia menasihati tentang jangan rasuah. Kita ikutlah nasihat dia. Dah tentu-tentu baik niat dia supaya kita tak makan rasuah. Makan rasuah HARAM. Bila makan guna duit itu, makanan itu pun haram bagi kita. So, janganlah komen benda lain. ",   
  • Kalau nampak tegar akan sesi 'mengumpat' pemimpin, nasihatilah dia agar senyap. Pemimpin itu ada hak untuk dihormati. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selidiki dahulu akan berita yang kurang menyenangkan dan kalau tak mampu, senyap sahaja.         
- Menutup aib mereka
  • Jangan suka menghebahkan keburukannya. Tentu kita juga tidak suka kawan-kawan kita mendedahkan keaiban kita. Jadi, kalau kita buat pada orang lain,,, what the story?! Saya pula tentulah takut. Kadang-kadang terlepas pandang akan hal ni. Keburukannya itu merupakan ujian buat semua orang. Menghebahkan atau menutupkan. Hal ini nak menjaga nama baik dia dan kemaslahatan ummat seluruhnya. Contoh lagi, andai sahaja kita menghebahkan tentang presiden kelas kita ada 'gf' di luar sekolah, tentulah budak-budak kelas lain atau cikgu pandang rendah pada dia. Jadi, malulah. Mungkin itu bekas 'gf'. Atau mungkin kawan tapi mesra. Kalau ikut fikir logik, tiada nilai apa yang kita bicarakan itu. 
  • Kesian dia. Macam mana nak jadi pemimpin baik, sedangkan dia tidak tahu apa yang salah kerana tiada siapa yang memberitahu akan kesalahannya. Rujuk cerita atas. 
Saya nukilkan sedikit di sini. Diskusi sedikit demi sedikit. 


*memperbaiki hati yang semput.
*kalau ada salah, sila tegur saya. 
*menulis dalam mamai. afwan.