Friday, March 23, 2012

Google did'nt remember him.



Google didn't remember him. 

Today is the memory of the martyrdom of brave Sheikh Ahmed Yassin.
::Productive muslim:: 

Thursday, March 22, 2012

Anak Palestine vs Anak Melayu

 

:: Anak-anak PALESTINEmain syahid-syahid ::
:: Anak-anak MELAYU main kahwin-kahwin ::

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami pejuang agamaMU ya ALLAH.
Sangat teringat kat adik-adik yang sibuk dengan k-pop, mentor bermusim-musim, running man etc. etc. etc.
Sangat risau anak-anak saya nanti bagaimana. Semoga Allah melindungi kita semua daripada terjerumus bahaya fitnah :)


Tuesday, March 13, 2012

Kita Memerlukan Kapak yang Tajam Sebenarnya


Sampai satu tahap dalam kehidupan, selepas kita mengharunginya dengan penuh kesungguhan dan kegigihan, kita akan melanggar dinding kepenatan. Kita rasa seakan keletihan. Tiba-tiba rasa lemah. Tiba-tiba hilang kekuatan. Kita lihat prestasi kita menurun. Kita nampak kualiti kita merendah. Tertanya-tanya kita akan sebabnya. Lantas kita usaha melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yang terjadi adalah penurunan.
Turun dan semakin turun.
Kenapa?
Kerana kita lupa mengasah kapak kita.
Kisah Si Penebang Pokok
Terdapat seorang Penebang pokok, bersama kapaknya yang sangat tajam. Dia hendak bekerja mencari makan. Maka dia pergi bertemu dengan seorang tuan kepada tanah yang dipenuhi banyak pokok. Tuan tanah itu memerlukan orang untuk menebang pokok.
Maka bermulalah kerjanya. Hari pertama dia berjaya menumbangkan 30 batang pokok. Dia memulakan hari keduanya dengan gembira. Juga 30 batang pokok berjaya ditumbangkan. Tuan Tanah gembira. Pemotong pokok juga senang hati. Esoknya dia berjanji hendak datang lagi. Namun perkara mengejutkan berlaku pada hari ketiga. Dia hanya mampu memotong 20 batang pokok sahaja.
Si Pemotong kehairanan. Dia tidak merasa staminanya menurun. Maka dia berkata kepada Tuan Tanah: Esok, saya akan potong lebih banyak lagi. Dia berazam melipatgandakan usaha.
Namun, hari keempat, dia hanya mampu memotong 10. Lebih sedikit dari hari yang ketiga, walaupun dia telah berusaha lebih kuat. Dia merasa tidak senang dengan prestasinya. Maka sekali lagi dia berjanji dengan Tuan Tanah: Esok, saya pasti akan memperbaiki prestasi saya
Pada hari kelima, dia bermati-matian berusaha. Namun mengejutkan, setiap pokok yang hendak dipotongnya memakan masa yang amat lama. Di akhir hari, dia hanya mampu menebang 5 batang pokok sahaja.
Dia menangis di akhir hari itu. Menghentam-hentam dirinya dengan pertanyaan: KENAPA?
Tuan Tanah yang melihat Si Penebang itu, datang mendekatinya dan bertanya: Apakah kamu mengasah kapak kamu?
Ketika itu Si Penebang tersentak.
Ya, dia tidak mengasah kapaknya!
Kapak dalam kehidupan kita
Di dalam kehidupan kita, kapak dalam cerita tadi boleh didefinisikan sebagai daya keimanan.
Sampai satu tahap, selepas mengharungi pelbagai jenis halangan, cabaran dan dugaan, akan muncul satu dugaan di dalam kehidupan kita. Itulah dia dugaan rasa penat, rasa lemah, rasa tak bermaya untuk melaksanakan kerja.
Kita perasan akan masalah ini bila ianya berlaku. Tetapi biasanya, langkah penyelesaian yang diambil oleh kita adalah silap. Kita biasanya akan bertindak untuk melipat gandakan usaha, menambah lagi berat atas kehidupan kita dan sebagainya.
Kita terlupa untuk melihat punca sebenarnya.
Daya keimanan. Apakah sumber daya itu kita lihat kembali?
Kenapa tidak mampu lagi membaca Al-Quran dengan banyak? Kenapa tidak mampu lagi solat dengan khusyu’? kenapa tidak mampu lagi menundukkan pandangan? Kenapa tidak mampu lagi istiqomah atas kebaikan? Kenapa rasa tidak mampu memikul kebaikan sepanjang amalan kehidupan?
Kerana daya keimanan kita menumpul. Yang menolak manusia, hamba kepada Allah SWT untuk kekal taat kepada-Nya yang Ghaib itu, untuk mengejar pahala pemberian-Nya yang tidak kelihatan itu, hanyalah dengan keimanan.
Bila keimanan menumpul, maka kekuatan untuk beramal juga menurun.
Menghidupkan Daya Keimanan
Bila kita perasan akan hal ini, penurunan kualiti dan prestasi kita sebagai hamba Allah SWT, maka langkah untuk menghidupkan semula keimanan itu perlu diambil.
Antara yang utama adalah kembali memerhatikan hubungan dengan Allah SWT. Muhasabah dan membuat pengisian. Sebab itu, kata-kata yang masyhur daripada sahabat Rasulullah SAW, antaranya adalah: Mari duduk sebentar dan beriman.
Bukanlah beriman itu sebentar sahaja. Tetapi dalam waktu yang sebentar itu, keimanan itu di-rechargekembali untuk dibawa mengalir pada segenap kehidupan, segenap kerja dan amalan.
Sebab itu, kadangkala jiwa ini perlu kembali di-recharge dengan pengisian-pengisian. Perlu wujud tempat perhentian untuk kita mengambil bekalan.
Antara cara lain adalah duduk bersama rakan-rakan yang soleh. Lakukan program bersama seperti Solat Subuh berjemaah bersama mereka, sarapan pagi bersama, qiamullail bersama, dalam kadar yang sederhana seperti seminggu atau dua minggu sekali. Berziarah bertemu mereka juga satu bentuk tambahan kekuatan.
Penutup: Maka perhatikan kapak kalian
Dalam hidup kita, kita perlu menebas jahiliyyah. Bila hendak beramal, kita perlu menebas kemalasan, hasutan, godaan dan sebagainya. Hendak taat kepada Allah, kita perlu menebas syaitan dan cinta kepada hawa nafsu.
Kita memerlukan kapak kita.
Justeru, jangan kita lupa mengasahnya.
Kekuatan tidak akan terbina dengan tiba-tiba. Pasti ada sumbernya. Maka bila kekuatan kita punya masalah, maka lihatlah akan sumbernya.
Jangan biarkan rawatannya lewat. Nanti diri sendiri akan merana.

Petikan Artikel di 

Sunday, March 11, 2012

Hati hampa tanpa...

Terima kasih sahabat.
Selalu kujangka tiada siapa pedulikan aku.
Malah ramai peduli tentang aku.
Kata-kata pemangkin iman.
Bait bicara menenangkan hati.
Kini aku belajar menjadi sahabat.
Yang peduli pada imanku.

Berlakonlah menjadi orang yang bersemangat,
lama kelamaan akan menjadi kebiasaan
BERSEMANGAT !!!

Bersujudlah, menangislah, berdoalah pada Allah.
Terima kasih ukhti.

Berpagian...

"Boleh tak nak call  orang pagi-pagi buta?"

"Boleh kalau orang itu akhawat!"

Saya berfikir. Benar. Dia ingin menegur sesetengah ikhwah atau akhawat yang masih lena dibuai mimpi indah di pagi hari. Bukanlah saya ini sempurna. Tapi bila mana digelar akhawat tarbiyyah melawan nafsu di pagi hari merupakan satu kebajikan dan satu jihad!

Pagi itu ada keberkatan. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N!

Berpagi-pagian merupakan pintu rezeki buat kita semua di mana Allah dan malaikat menjadi saksi kepada kesungguhan kita bangkit beribadah kepada Allah dan terus keluar mencari rezeki.

Rasulullah tidak berbuat begitu (baca: lena) di pagi hari. Baginda teliti apa yang Allah suka, apa yang Allah tidak suka.

Saya tidaklah sempurna. Kerana saya masih belajar dan bersikap pelupa. YA! Kita selalu kata, dakwah itu merupakan sunnah terbesar nabi. Namun. Namun! NAMUN, kita masih dok golek-golek berperang dgn bangun pagi kita. Kita kena kuat! Kita perlu cergas! Kita mesti cerdas!

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PERMBERI REZEKI!

Thursday, March 08, 2012

DnT: Coach Murobbi Generasi Robbani




Pertama kali menonton video ini rasa ta'ajub! Subhanallah. Begitu semangat juang yang perlu dikobar-kobarkan dalam jiwa seorang ikhwah dan akhawat. Jangan mengenal erti putus asa! Jangan berada dalam kelompok kita-kita sahaja. Buka minda!

Jangan hanya kelemahan kita yang kecil sudah menutup pintu hati kita untuk terus membuat dan memberi kebaikan. Bak kata coach murabbi itu, " Kita bukan yang memulakan rantai perjuangan ini dan mungkin bukan yang mengakhirinya." Semua ini warisan daripada Rasulullah maka kita yang perlu teruskan usaha ini untuk memberi kebaikan kepada semua orang. Benar, mati kita tak tentu bila lagi. Sisa masa yang tinggal ini maka perlu dikerjakan sehabis mungkin.


"Jangan tanya apa yang tarbiyah ini beri pada antum sampai ke hari ini!"

Makanya tanyalah diri sendiri, apa yang kita sudah buat untuk tarbiyah. Pembentukan peribadi muslim yang kita duduk sibuk saling mengingatkan, maka tindakannya sudah mencapai sasaran?

Sebagai ahluttarbiyyah, kita perlu saling menyokong. Bukan saling membenci. Fastabikulkhairat! Slogan yang sibuk kita sebut-sebut. Maka toleransi sangat diperlukan dalam hal ini. Jika perkara-perkara tertentu memerlukan kita syuro, silakan. Ayo, kita bersama memimpin tangan dalam jalan tarbiyah!

Maka, sepatutnya tiada alasan sibuk untuk bertangguh-tangguh 'menghadiri majlis ilmu'. Sesibuk mana pun kita, istiqamah dalam 'majlis ilmu' itu sangat penting. Mengikuti perkembangan diri dan iman masing-masing. Bukan sekadar sekali dua sahaja mengadakan majlis ilmu atas alasan kita dalam kesempitan waktu. Tetapi terapi hati dan jiwa yang dekat dengan fitrah itu yang meminta kepada kebaikan. Kemudian, sahabat saya menasihati, "Jangan menyalahkan waktu kita berada dalam kesempitan, tetapi pengurusan waktu yang kurang teratur itu menyebabkan kita mudah semput dalam tarbiyah."

Saya baru nampak, ramai yang berguguran dalam jalan tarbiyyah ini apabila meletakkan dakwah dan tarbiyyah itu aktiviti kesampingan. Maka, apabila tidak perform dengan study atau kerjaya, kita akan mudah untuk menyalahkan tarbiyyah itu sendiri. Maka ramailah yang berguguran mengundurkan diri. 

**
Saya yang menaip ini lebih terasa banyak kerana tangan ini yang menulis. Juga menjadi saksi kelak di hadapan Allah. Tulisan ini saya titipkan kepada semua ahli tarbiyyah! Walhal sayalah yang paling tidak layak bercakapa atau berbicara tentang ini. Ini luahan hati saya yang sibuk meronta-ronta ingin keluar dari koloni jahiliyah kepada tampuk kebenaran. Saya masih sangat-sangat mentah dalam dunia tarbiyyah. Saya sangat kagum dengan perjuangan anda yang berkorban sungguh-sungguh dalam membangun peribadi muslim diri dan juga masayrakat muslim yang lain. Terus kreatif memberi kebaikan. Memberi inspirasi kepada saya yang masih dalam takuk lama. Mindset perlu ke arah lebih positif!!!

Teguhkan iman dan bersegeralah!

Tuesday, March 06, 2012

de'hearty

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda :

" Bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi temannya kerana Allah di sebuah kampung lain, maka Allah taa'la telah mengutus seorang malaikat untuk menemuinya di perjalanan, lalu dia bertanya : Ke mana engkau hendak menuju? jawab lelaki itu :  aku hendak menziarahi seorang teman di kampung ini. Tanya malaikat : Apakah engkau mempunyai sesuatu hajat dari orang itu? jawab lelaki itu : Tidak! hanya dia teman yang ku sayangi kerana Allah. Kata malaikat : aku ini adalah utusan Allah kepadamu, untuk memberitahumu, bahawa Allah telah menyayangimu, sebagaimana engkau menyayanginya kerana Allah."

Minggu-minggu yang dilalui merasakan sangat sebentar untuk merasai kenikmatannya. Eheh. Balik kampung. Rindu kucing. Peluk kucing. Rindu adik. Ketawa dengan adik. Rindu umi. Jadilah pendengar setianya. Walau sebentar singgah di kampung, terasa nak balik lagi kerana kedamaian di kampung tidaklah seaman di sini yang menyesakkan. Ok, terlalu diari nih.

Asyik pasal baitul muslim jer. Asyik cerita nikah jer. Tade cerite lain dah?

Uhuk. Usia tahun ini mencecah 21. Jadi bila duduk bercerita dengan sahabat, perkara ni takkan terlepas punye. Betul tak? Tapi sahabat saya pernah cakap, instead kita duduk bercerita tentang ini lebih baik kita banyak cakap tentang Allah. Tu la kan, hati ini kan terlalu lembut. Disentuh sedikit goyahlah hati tu. Dicampakkan rasa sedih, takut, gembira dan semua itu fitrah bagi seorang manusia. Maka untuk elakkan gegaran yang kuat, berzikirlah atas nama Allah. 

Ingat taw, salah satu tanda cinta ialah mengingati dengan banyak!

Maka, dihati kita, ada siapa?

Ada seorang sahabat saya kata,
Benar hati kita ada satu. Tak boleh nak bahagi-bahagikan. Nanti tercarik hati tu, sakit sangat. Jadi letakkanlah cinta utama itu pada ALLAH. Nescaya cinta Allah itu meliputi semuanya.

Diri ini masih hina. Banyak karat jahiliyah lagi perlu digilap bersih dengan kertas pasir iman. InsyALLAH. Doakanlah untuk diri saya agar saya dapat terus memperbaiki diri dan terus mengerjakan kebaikan untuk ALLAH. Ameen. Doakan ye!  

1.56am
ok. terima kasih sudi baca. sekadar share cerita yang merapu jer.

Sunday, March 04, 2012

Allah knows you well !

Allah Knows
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

Lyrics Information:

Album: Allah Knows
Words and Melody By: Zain Bhikha.
Performed By: Zain Bhikha & Dawud Wharnsby
Released: 2006



Alhamdulillah. Very beautiful lyric. I'll dream and live my life with Allah always.

I've just read my amzing friends' blogs. Very attractive and they knew and understood what is happening now during these days. Unfortunately, there is a girl that only live with her life only without choosing herself to involve with her surrounding. As said by her murobbiyah, "You all are not enough tawakkaltu 'ala ALLAH". She thought that was the reason why she chose to not involve others who active in DnT. Her murobiyyah added that the girl should 'mandiri' and be stronger than the past before! Allah knows the best and leave the rest for Allah!

The girl should be the muslimah.

But not just be a muslimah, be a ukht.

:)