Thursday, March 08, 2012

DnT: Coach Murobbi Generasi Robbani




Pertama kali menonton video ini rasa ta'ajub! Subhanallah. Begitu semangat juang yang perlu dikobar-kobarkan dalam jiwa seorang ikhwah dan akhawat. Jangan mengenal erti putus asa! Jangan berada dalam kelompok kita-kita sahaja. Buka minda!

Jangan hanya kelemahan kita yang kecil sudah menutup pintu hati kita untuk terus membuat dan memberi kebaikan. Bak kata coach murabbi itu, " Kita bukan yang memulakan rantai perjuangan ini dan mungkin bukan yang mengakhirinya." Semua ini warisan daripada Rasulullah maka kita yang perlu teruskan usaha ini untuk memberi kebaikan kepada semua orang. Benar, mati kita tak tentu bila lagi. Sisa masa yang tinggal ini maka perlu dikerjakan sehabis mungkin.


"Jangan tanya apa yang tarbiyah ini beri pada antum sampai ke hari ini!"

Makanya tanyalah diri sendiri, apa yang kita sudah buat untuk tarbiyah. Pembentukan peribadi muslim yang kita duduk sibuk saling mengingatkan, maka tindakannya sudah mencapai sasaran?

Sebagai ahluttarbiyyah, kita perlu saling menyokong. Bukan saling membenci. Fastabikulkhairat! Slogan yang sibuk kita sebut-sebut. Maka toleransi sangat diperlukan dalam hal ini. Jika perkara-perkara tertentu memerlukan kita syuro, silakan. Ayo, kita bersama memimpin tangan dalam jalan tarbiyah!

Maka, sepatutnya tiada alasan sibuk untuk bertangguh-tangguh 'menghadiri majlis ilmu'. Sesibuk mana pun kita, istiqamah dalam 'majlis ilmu' itu sangat penting. Mengikuti perkembangan diri dan iman masing-masing. Bukan sekadar sekali dua sahaja mengadakan majlis ilmu atas alasan kita dalam kesempitan waktu. Tetapi terapi hati dan jiwa yang dekat dengan fitrah itu yang meminta kepada kebaikan. Kemudian, sahabat saya menasihati, "Jangan menyalahkan waktu kita berada dalam kesempitan, tetapi pengurusan waktu yang kurang teratur itu menyebabkan kita mudah semput dalam tarbiyah."

Saya baru nampak, ramai yang berguguran dalam jalan tarbiyyah ini apabila meletakkan dakwah dan tarbiyyah itu aktiviti kesampingan. Maka, apabila tidak perform dengan study atau kerjaya, kita akan mudah untuk menyalahkan tarbiyyah itu sendiri. Maka ramailah yang berguguran mengundurkan diri. 

**
Saya yang menaip ini lebih terasa banyak kerana tangan ini yang menulis. Juga menjadi saksi kelak di hadapan Allah. Tulisan ini saya titipkan kepada semua ahli tarbiyyah! Walhal sayalah yang paling tidak layak bercakapa atau berbicara tentang ini. Ini luahan hati saya yang sibuk meronta-ronta ingin keluar dari koloni jahiliyah kepada tampuk kebenaran. Saya masih sangat-sangat mentah dalam dunia tarbiyyah. Saya sangat kagum dengan perjuangan anda yang berkorban sungguh-sungguh dalam membangun peribadi muslim diri dan juga masayrakat muslim yang lain. Terus kreatif memberi kebaikan. Memberi inspirasi kepada saya yang masih dalam takuk lama. Mindset perlu ke arah lebih positif!!!

Teguhkan iman dan bersegeralah!

No comments: