Tuesday, March 06, 2012

de'hearty

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda :

" Bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi temannya kerana Allah di sebuah kampung lain, maka Allah taa'la telah mengutus seorang malaikat untuk menemuinya di perjalanan, lalu dia bertanya : Ke mana engkau hendak menuju? jawab lelaki itu :  aku hendak menziarahi seorang teman di kampung ini. Tanya malaikat : Apakah engkau mempunyai sesuatu hajat dari orang itu? jawab lelaki itu : Tidak! hanya dia teman yang ku sayangi kerana Allah. Kata malaikat : aku ini adalah utusan Allah kepadamu, untuk memberitahumu, bahawa Allah telah menyayangimu, sebagaimana engkau menyayanginya kerana Allah."

Minggu-minggu yang dilalui merasakan sangat sebentar untuk merasai kenikmatannya. Eheh. Balik kampung. Rindu kucing. Peluk kucing. Rindu adik. Ketawa dengan adik. Rindu umi. Jadilah pendengar setianya. Walau sebentar singgah di kampung, terasa nak balik lagi kerana kedamaian di kampung tidaklah seaman di sini yang menyesakkan. Ok, terlalu diari nih.

Asyik pasal baitul muslim jer. Asyik cerita nikah jer. Tade cerite lain dah?

Uhuk. Usia tahun ini mencecah 21. Jadi bila duduk bercerita dengan sahabat, perkara ni takkan terlepas punye. Betul tak? Tapi sahabat saya pernah cakap, instead kita duduk bercerita tentang ini lebih baik kita banyak cakap tentang Allah. Tu la kan, hati ini kan terlalu lembut. Disentuh sedikit goyahlah hati tu. Dicampakkan rasa sedih, takut, gembira dan semua itu fitrah bagi seorang manusia. Maka untuk elakkan gegaran yang kuat, berzikirlah atas nama Allah. 

Ingat taw, salah satu tanda cinta ialah mengingati dengan banyak!

Maka, dihati kita, ada siapa?

Ada seorang sahabat saya kata,
Benar hati kita ada satu. Tak boleh nak bahagi-bahagikan. Nanti tercarik hati tu, sakit sangat. Jadi letakkanlah cinta utama itu pada ALLAH. Nescaya cinta Allah itu meliputi semuanya.

Diri ini masih hina. Banyak karat jahiliyah lagi perlu digilap bersih dengan kertas pasir iman. InsyALLAH. Doakanlah untuk diri saya agar saya dapat terus memperbaiki diri dan terus mengerjakan kebaikan untuk ALLAH. Ameen. Doakan ye!  

1.56am
ok. terima kasih sudi baca. sekadar share cerita yang merapu jer.

No comments: