Sunday, December 23, 2012

Hidup Ini Roller Coster

Aku kena bersiap awal. Abang aku nak ambil aku immediately lepas Subuh. Haish. 

Kau ni jangan mengeluh. Kalau bertolak lambat, nanti sampai sana dah tengah hari. Penat.

Baik, kapten!

Aku bakal ditinggal berkeseorangan lagi. Benci.

Aku tinggalkan engkau dengan pesanan. Pesan Allah, bermaaf-maafanlah antara kita. Sebab, disebalik maaf itu mesti ada rahmah.

Aku memadang wajahnya. Hanya bunyi kipas siling berputar laju. Aku senyum.

Betullah. Aku tak mahu dah ada karat jahiliyah dalam diri. Sebab kita bukan orang biasa-biasa.

Aku sudah sebak bila bibir ini berbicara. Entah kenapa... Mungkin sebab ada dendam dahulu masih belum lunas. Lupakan sahajalah. Sudah 6 tahun peristiwa itu berlalu. Takkan kau nak ingat peristiwa 'boycott' kau dulu, sampai bila-bila. Sudah-sudahlah...

Mungkin sebab itu juga ada hijab antara kau dengan Tuhan. Kau merasa susah dalam kehidupan. Berkat dalam berkawan. Berkat dalam pelajaran.

Lupakan kenangan dahulu Husna. Aku percaya ada hikmah. Kau kene mujahadah melawan hawa nafsu kau. Kau kene himmah mengejar kecemerlangan. Bukan akademik sahaja, malah akhlak dengan Allah dan makhlukNYA.

Tangan Nailah laju mengemas keperluannya. Walau sedikit, Nailah pantang dalam bab kekemasan. Queen of Smart la katakan...!

Aku diam seribu bahasa. Mataku ligat pada sebuah novel di celah jemariku. Aku tidak fokus pun pada pembacaan. Tapi lebih kepada berfikir apa yang Nailah katakan. Aku meletakkan novel itu di atas meja. Lalu ke dapur.

Nailah pelik. Berkerut melihat reaksi aku.

Nailah! Air...nah.

Huh semangat. Tiba-tiba ceria. Siap air neslo lagi Husna buatkan.

Pesanan

Hidup kita ibarat roller coster. Sekejap di atas sekejap di bawah. Nak daki lambat. Nak turun cepat. Jadi sebagai hamba Allah yang beriman perlu untuk kita tetap berusaha mencari redha ALLAH dan menjaga halawatul iman untuk mencapai lebih baik lagi dari hari ke hari.

Bukan hari ini sahaja kita perlu berdoa panjang. Malah tiap waktu.


"Kedekatan Urwah bin Zubair dengan doa kepada Allah memang sudah menjadi karakter dalam kehidupnya. Suatu kali, ia pernah mendapati seorang yang shalat kemudian berdoa dengan tampak tergesa-gesa .
‘Urwah memberi nasihat kepada orang itu, “Wahai saudaraku, tidakkah engkau memiliki kebutuhan kepada Rabb-mu dalam shalatmu? Adapun aku, aku selalu meminta sesuatu kepada Allah, hingga jika aku menginginkan garam sekalipun.”

Di mana hamba Allah yang beriman?

 
 

Tuesday, December 18, 2012

Berita: Islam di Sunway

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Lagu ini teru terbit tatkala aku terlihat seorang pemuda. Aku segan. Aku memalingkan muka darinya walau dia sedikit pun tidak mengangkat wajahnya. Tunduk bertemankan alQuran. Khusyuk. Langsung tidak terusik dengan perbualan aku dengan seorang pak cik ini. Di gerai makanan. Pemuda itu juga penjual. Di deretan gerai itu juga. Ya, maghrib. Sememangnya masa untuk dia bertafakur sebentar. Tentu dia berhati-hati mengatur masanya. Ketika tiada pelanggan, segera mengeluarkan al-Kitab.

Ni baru baca alQuran. Kau dah nak komen macam-macam..

Hello. Please read below.

Perkembangan Islam di bandar Sunway walau tidak banyak perubahannya, tapi kehadirannya sudah cukup menandakan tanda positif perkembangan Islam di bandar Sunway. Aku kagum dan aku juga ingin menyumbang terhadap pengislahan di bandar Sunway. Let's walk the talk and we walk and we walk again and again!


Pengislahan Islam di London bertukar menjadi virus. Laju!


However,

*QURANIC BILLBOARDS ORDERED TO BE REMOVED FROM LONDON RAILWAY STATIONS*
Following numerous requests for the English translation of The Quran from non muslims who have seen the Billbo
ards at the Major London Railway Stations and 5 Shahadas at Victoria Station on Saturday, Network Rail and Chiltern Railways have ordered our billboards to be removed on the grounds of no religious advertising on their premises despite allowing other faith groups to carry out similar campaigns in a move which can only be sen as clearly discriminatory.

It appears that the English Translation of The Quran is a book too controversial for them to allow to be advertised on their premises.
However, we know that "...And God is the best of planners." [Quran 8:30]
By removing the billboards this has actually created a massive movement on social media in support of the billboard campaign and bought more attention on The Quran itself, which can only be a good thing God willing!

We ask you to support us by sending a message of complaint to the rail companies - Network Rail and Chiltern Railways asking them to justify their discriminatory policies and requesting that The Quran Project billboards be reposted with immediate effect.

Send Message to (remember to be polite):

Network Rail
Online : http://www.networkrail.co.uk/contact-us/online-forms/general-enquiries/
Via Twitter @NetworkRail and @NetworkRailPR

Chiltern Railways - Tel: 08456 005 165
via Twitter @ChilternRailway
ttp://www.chilternrailways.co.uk/help

The Truth has been made manifest! Please be assured all donations are secure and will be used to spread the Message of The Quran even further God willing!
Billa Islamic Posters - Xplore Islam - Masjid Live iERA Masnoon Islamic duaas IslamicTube American Muslim Youth Dawah Quran Imran ibn Mansur Mission Dawah Islam FOSIS


Sumber
1) Pengalaman nak beli makanan.
2) Facebook.

Ntah pape la sumber kau ni. Orang lain sumber kitab-kitab yang bagus. Kau apa ada? <-- again="again" br="br" diri="diri" do="do" don="don" memandang="memandang" nih.="nih." ok.="ok." please...="please..." rendah="rendah" t="t" terhadap="terhadap" that="that">

InsyALLAH.

Sunday, December 16, 2012

The other part..

something is going wrong.
my heartbeat does slow.
such everyday.
like low of energy of batteries
why?
i'm asking myself
asking advice from someone
who i love and i trust

sound like please stop love dunya
now, please love Allah

stop doing that would be contribute to destroy
your love.
your imaan.
your taqwa.

the other part of my heart
please behave
as long as you live
you are belong to ALLAH

nothing more
nothing less


ikhlas
and start do it!

Wednesday, December 12, 2012

Kenapa ILHAM

Kenapa nama blog ini Ilham?

Sebab saya suka nama Ilham.

Sejak habis SPM dulu. Nama yang neutral. Boleh panggil cik Ilham atau tuan Ilham.

Ilham yang datangnya daripada Allah. Moga ilham itu bermanfaat.

Tuesday, December 11, 2012

Umi, Mama, Mak dan dia.

Jam loceng berbunyi. Kring kring. Ntah berapa kali berbunyi.

Tok tok tok...pintu bilik di ketuk. Menolak selimut ke tepi, menggagahi diri.

Ha.. ada apa?

Umi suruh tolong masak. Nak tak nak si Ruqayyah menyebut ayat tuh. Baru bangun tidur mungkin.

Hmm. Kembali ke katil. Mengemas.

Dengan lambat menghayun kaki. Menjerang air. Membuka tepung gandum. Jemput-jemput bilis.

Umi masih sakit. Rumaysa kena tolong umi juga! Aritu umi cedera. Terjatuh di kebun. Kene tahan wad beberapa hari. Time Rumaysa exam. Tak keruan hidup Rumaysa.

Tret tet tret tet...

Salam Rumaysa. Mama nak minx Rumaysa buka fb ye. Mama ada post sesuatu :)

Mama mesej di pagi hari. Mama rindu niyh. Gerutu dalam hati.

1 jam kemudian. Masak sudah. Makan sudah. Minum pun sudah.

FB. Oh mama. Ada post minit menyuarat untuk program akan datang. Kene jadi PIC untuk Kem Kembara Syabab. OK la. Berdezup idea mencurah-curah ke ladang gandum. Tak tahan ni. Kalau tertahan-tahan di ladang gandum nanti lupa. Tap tap tap. Ketukan papan kekunci.

Alamak, mama ada minta tolong translate artikel ni kepada Bahasa Melayu. Penting nanti mama nak buat viva PhD nanti. Ok. Dalam masa 1 jam mesti dah siap 2 arikel ini insyALLAH. Fokus Rumaysa yeah!

Berehat sebentar jap. Minum kopi ais. Adik Nuha pun merengek meminta kopi ais. Kopi ais Rumaysa sahaja dia mengidam. Tidak dengan kakak dia yang lagi sorang tuh. Huehue.

Cuti-cuti kat rumah rasa nak lawat mak. Mak tengah buat apa ye? Haritu mak ada cerita nak pergi haji.

Japgi minta izin umi nak lawat mak jap.

Mak dah tua. Anak dia sudah bertugas sebagai tentera. Mesti sunyi duduk rumah. Tapi anak-anak jagaan dia mesti ada juga.

Dalam kepala ni sudah berlegar kenakalan aku waktu mak jaga dulu. Panjat besi rumah. Lari-lari kejar ayam. Nyanyi-nyanyi karok. Karok asmaul husna plak tuh.

Didikan umi. Aku mesti bangga. Alhamdulillah. Terfikir dan masih observe the best ways and techniques untuk didik anak-anak nanti.

Sunyi-sunyi ditelan malam, aku masih menanti balasan emel seseorang.

Naora.

Katanya dia mahu datang dari bumi kanggaru esok malam. Yuhu! Aku masih rindu zaman asasi dahulu. Dia temanku. Teman belajar dan teman bergosip.

Kali ini dia balik bukan saje-saje. Bersebab.

Dia sudah merancang untuk menyempurnakan sebahagian agamanya dalam masa sebulan lagi.

Alhamdulillah.

Macam-macam persediaan dia sudah buat. Walaupun sebelum dia dipinang lagi. Ya. Dia memang selayaknya untuk bernikah sekarang.

Memasak.
Menjahit.
Tarbiyatul aulad.
Tabiat membaca yang sungguh tamaknya.
Berkomunikasi dengan baik.
Apatah lagi membina bulatan gembira dengan jayanya. Ya, dia belajar melalui binaannya.

Aku terinspirasi. Aku juga ingin bersungguh.

Naora ikhlas dalam menasihatiku. Puas dia berseloroh. Bukan berseloroh sahaja. Tapi semua perkataannya bermakna. Rumaysa sayang Naora. Naora sayang Naora.

Kerlipan mata seorang yang berjilbab lazuardi itu, bukan sahaja sahabatku, dia juga murobbiku.

Monday, December 10, 2012

Slot Hati ke Hati

Slot hati ke hati.

Hamek kau. Semua kene share. Nasib baikla buat laju-laju. Kalau tak, semua cerita terbongkar. Oh tidaaaaaakk! Kali ini ada slot lama tapi version baru. Teknik untuk membuka hati para peserta dalam slot hati ke hati. Huish, sangat penting slot ini kalau kita atau anda buat program.

Objektif slot hati ke hati untuk kita kenal dia lebih dalam lagi. Buat aku kenal dia lebih dalam lagi. Bukan dia adik aku pun. Ok, fine. Tu namanya pentingkan diri. Tapi kita nak kenal dia supaya akan datang kita boleh follow up dia dari masa ke masa. Takkan nak lepaskan sahabat kita kalau dia dah jadi sahabat kita. Selain tu, penting untuk kita invite mereka jadi peserta untuk program akan datang. Yep, hubungan dan kasih sayang yang terjalur dalam hati akan menjadikan alasan mereka datang ke program kita lebih kuat. Apatah lagi sudah mengenali kita as fasilitator or kakak atau abang angkat :)

Saya nak share ni harapnya membantu juga anda untuk menjayakan program anda di luar sana. InsyALLAH.

1) Semua orang ada satu helai kertas. Buat graph. Ada garisan horizontal dan garisan menegak.

2) Then bahagi kepada 2 bahagian secara horizontal (melintang) dalam graph. Buatla garisan comel yang panjang.

3) Atas bahagian senyum :) Bawah bahagian sedih :(

4) Buat graf hidup dalam masa setahun. yang sedih turun bawah garisannya then bersambung kalau ada bahagian gembira, tarik garisan ke atas.

5) Lepas kita minta mereka share.

Gelak-gelak jer aritu kumpulan fasilitator buat. Teknik dalaman ni kene ajar juga pada fasi. Kang dok buat-buat kat orang, fasi tak pernah pun buat aktiviti tuh. Huehue.

Bak kata Hazirah, sharing is caring.

Orait.

Kayuh kayak perlahan-lahan
Di mana-mana iman dipertahan