Tuesday, February 26, 2013

Terengganu hip hip hooreay!


aaahhhhh!

Sakit tengkuk. Sakit urat. Geliat kaki. Geliat tangan. Berejam berendam dalam peti sejuk bergerak ini. Stesen bas. Destinasi pertama sebelum yang lainnya. Ya lah, 6 jam perjalanan. Tidur je lah. 2 jam perjalanan pun da ngorok. Inikan pula, 6 jam.

Tapi itu kali pertama datang ke pantai timur naik bas.

Tujuan utama bukan menghirup angin kosong. Tapi menghisab diri dan menghidu harum rindu ukhuwah.

Bunga sakura menurut angin. Terbang indah.

Sahabat yang saya chentai itu berkata, cepatlah datang cepatlah datang. Hatinya kian meronta. Penangan orang muda yang dahaga rindu ukhuwah itu. Masakan tidak, hampir 3 bulan tidak mengucap janji indah daripada Allah.

Kami datang. Kami  saling melepas kata-kata indah. Mengusap jiwa. Membelai nada tarbiyah. Saling menguatkan kata orang. Menguatkan kerana chenta.

Keesokan, ke mana sahaja kami pergi? Tidak jauh. Taman Tamadun Islam, Pantai Batu Burok, Pasar Payang, Masjid Kristal dan Masjid Terapung.

Tapi yang pasti ukhuwah umphh!

Catatan Jaulah

Taman Tamadun Islam ada banyak binaan masjid yang terdapat seluruh dunia! Termasuk di Russia dan Palestin! Indah belaka. Bangga sebentar dengan seni tangan ummat Islam. Kami naik tram. Tram tu kereta api yang tak beberapa nak api sangatlah. :3

RM5 seorang. Boleh bawa basikal atau buggy sendiri tapi mahallah sayang sekalian. RM45 untuk buggy. RM15 untuk basikal.  

Ok promotion ke Taman Tamadun Islam. Yehew!

Pasar Payang macam biasa. Shopping lah. Macam ragam. Kadang tu, kita beli barang kat kedai dia, bukan kerana barang yang nak dibeli, kerana wajah yang memancarkan nur. Cahaya rezeki. Walau tidak berkopiah atau berjubah sekalipun, tapi Allah! Indahnya wajah dia. Mesra. Layanan pun masyaAllah. Ok.

Kalau boleh nak perabes pusing. Lapangan terbang. UnisZa. Muzium. Waterfront! Apa lagi?

Pantai Batu Burok kami tinggalkan kenangan terindah. Yelah, pepagi tiada orang. Kami bersakan gambau ye nampaknya. Bukan main lagi. Adesss =.=



Di situ menjadi saksi berputiknya.. sudahlah. Nak berpuitis. Salahkah aku? Tangan di bahu ye kalian.

Last day, banyaknya barang yang mahu diangkut.

1 Terengganu!
Akhirnya kami ke Besut juak! Yeay! Jumpa saudara jauh juga. Yelah ada walimah, dijemput pula. Seronoknya bagai nak terkinja-kinja jumpa sawah padi. Ye, rumah cik Syazana Meli di tepi sawah padi. Yeay! Menumpang pula di rumah Nadzifah. Hebat laa jaulah kali ni. Memang pusing 1 Terengganu. Singgah juga di Pantai Bukit Kluang dan Air Terjun apa ya? Walau hujan namun terkadang merenung alam sudah cukup menggamit jiwa kembali tenang.

Kemudian ada suara-suara rindu mnyeru nama. Akhirnya kaki kami menjejak di Marang. Rumah Najihah. Tidur makan bicara dakwah. Ada tu, nasihat yang saling menguatkan! Ya, kepentingan bersahabat yang solehah. Eyh, terjejak pula rumah cik adik kita, Fahilah Ismail. Walau sesat sebentar namun itu menjadi ujian kesabaran kami. Bukan jauh mana pun. 1 kilometer je pun. Hemohemo :3

Pengajarannya ialah,

1) Ramainya solat di masjid. Ya, ini memang budaya solat di sini. Di kampung sendiri, krik krik krik =.= Tapi kenapa surau kecil itupun tak muat? Bebondong-bondong orang solat sampai di perkarangan halaman surau. Owh, solat Jumaat! Yeay!

2) Suasana rumah yang ditumpang sungguh umph! Dengar ayat alQuran sepanjang masa. Menghafal dan membaca. Naaaaaaaaaak macam tu jugak!!!

3) Jaga masa. Kalau tak jaga, memang kena perli dengan pakcik bas.

Kaki menjejak ke pintu bas.
"Ai, bas pukul sebelas ke cik akak?"
Tengok jam. Pukul 10.05am.

Tepuk dahi kuat-kuat!

4) Khaulah. Nama awak sedap dan awak kawan pertama saya yang ada nama Khaulah. Mula-mula tak percaya. Tapi tampar pipi sikit, baru percaya! Alhamdulillah, awak pencetus inspirasi saya dalam alQuran. Nak hafaaaal jugaakk!!

5) Kadang-kadang dalam hidup ini kena ada perasaan kecewa. Kuuuucheeewaa! Tonyoh hati kuat-kuat! Baru kita hargai nikmat yang ada sekarang.

6) Cinta itu ada pada orang yag menumpahkan jiwa kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Makan kerana Allah. Minum kerana Allah. Keluar rumah kerana Allah. Beli sesuatu kerana Allah. Hidup pun kerana Allah.

7) Ada orang discover video pilihan saya. Juga lagu yang disukai. Eheheh.

Ok. Jaulah 2013 melabuh tirai. Sampai masa nanti kubuka kembali. Peluk chenta Allah erat-erat! Yeay!
Tade gambau best. Maaf.

Thursday, February 21, 2013

Aku sudah insaf: Botak


Gejala sosial; merogol, berzina, mencuri, dadah. Masalah keluarga. Pengaruh rakan sebaya. Ketidakpedulian masyarakat.


Berat untuk kita berfikir tentang nasib masa hadapan mereka. Cerah atau gelap.

Buat apalah nak fikir nasib mereka. Helllllo! Mereka bukan keluarga kita pun, cebik manusia di luar sana.

Masalah. Semua bermasalah! Memang masalah ni takkan selesai. Lagi satu, kucing pun bermasalah, sampuk manusia yang lain.

Ni masalah aqidah ni. Sah! Laungan manusia yang lain.

Tetapi generasi inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan kerajaan dan manusia sejagat. Mahu duduk diam-diam goyang kaki atau menyertai bersama-sama membantu ummat untuk mencapai kemenangan teragung?

Allah kata tak sama.

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang), satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [al-Nisa’ (4):95-96]

Pengikut tegar Drama dan Filem Juvana: Saya!

Para pengikut tegar sekalian tentu sudah menonton semuanya kan? Kan? Angguk dua kali. Saya ni, tegar tak tegar sangatlah. Tapi apa yang saya suka daripada kisah Juvana ni, lain daripada yang lain. Bukan kisah biasa-biasa seperti cinta yang selalu dihidangkan. Konsep yang diketengahkan lain.

Walaupun banyak aksi yang kurang menyenangkan kanak-kanak bawah umur, memang tetap dilarang ye kanak-kanak tersebut melihat. Dari perspektif psikologi, kanak-kanak bawah umur yang masih bersih pemikiran dan percakapan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar.

Cerita ini cerita untuk kita berfikir.

Pedulikan kisah Botak, Kicap, Panjang, Ayam, Gaban Apek dan Ain. Tapi saya nak sentuh tentang pembentukan jiwa seorang remaja.

Sekolah juvana itu negatif! Sekolah budak jahat!

Apabila mereka dilabel sedemikian, apakah perasaaan mereka? Negatif bukan!

Peranan kita sebagai masyarakat, bukan herdikan dan cacian yang mereka perlukan. Mereka perlukan semangat dan sokongan dengan sikap kasih sayang sayang dan kata-kata yang bersemangat. Saya lihat dalam Filem Juvana, pakcik Ali selaku ketua pengawal berusaha meyakinkan Botak bahawa semua orang ada peluang kedua untuk berubah.

Marah. Dia marah kalau budak-budak ini ada yang menjejaki pakcik Ali suatu ketika dahulu.

Saya sedar mereka memerlukan kata-kata perangsang untuk berubah dan sistem sokongan yang jitu untuk membantu jiwa mereka kembali kepada fitrah.

Cikgu Zakiah. Antara watak yang menjadi kekaguman saya. Dia berusaha membawa aktiviti perbahasan sebagai salah satu usaha untuk mengubah pandangan pelatih itu sendiri ke arah lebih positif. Yang lebih berilmu. Bukan caci-mencaci dan buli-membuli itu yang menjadi raja dalam menentukan dia yang paling berkuasa.

Ilmu. Cahaya yang akan membawa peningkatan nilai seseorang. Banyakkan membaca dan banyakkan perbualan yang positif. Daim anatara pelatih yang positif. Walau seorang yang senyap, namun bijak dalam menarik sahabat mereka ke arah positif.

Pelatih dapat melihat dunia luar dengan lebih kool dan osem. Jadi, secara tak langsung jiwa yang kecut itu berjaya kembali menjadi kembang sekembangnya seperti belon!


Agama. Aspek yang tidak boleh dan tidak patut ditinggalkan. In both of it's drama and film, penekanan dari segi agama kurang dititikberatkan.

Sentuhan jiwa daripada para murobbi dan murobbiyah amat diperlukan.

Kenapa? Kerana fitrah manusia kembali kepada Allah.

Bukan sekolah yang semata-mata mementingkan kekasaran untuk mendidik dan konsep moral. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik.

Bosan!

Actions speak louder than words!

Para pendidik yang ditugaskan di situ haruslah dan wajib untuk beraksi dengan penuh kasih sayang. Bukan lembut. Wujudkan kondisi agama yang penuh dengan mahabbah.

Lihat tempat yang tenang. Mekah contohnya. Tenang. Orang yang melihat kali pertama akan Kaabah terus bercucuran air mata. Rindu. Tenang. Semua orang datang dengan tujuan yang satu. Mengagungkan ALLAH.

Jadi, tidak salah sekolah juvana menekankan pendidikan alQuran dan asSunnah dalam sistem pemndidikan sekolah.

Kalau mereka sebegini?

Peranan pendidik di sekolah juvana yang harus memainkan peranan dalam mendekatkan diri mereka dengan ALLAH. Merasakan diri mereka bertuhankan Allah. Bukan hidup bagai layang-layang terputus tali.

Tiada arah tujuan.

Hidupkan jiwa-jiwa yang tenang. Yang sentiasa ingin menadah tangan kepada Allah.

Baru ketengahkan sistem akademik. Mungkin mengambil masa. Tapi ingatlah sejahat-jahat manusia itu, jiwa mereka sakit dan akhirnya akan kembali kepada Allah kelak.

Doakan.

Berilah sokongan kepada mereka.

Peduli akan kisah orang-orang di sekeliling kita. Bantu mereka. Bantu mereka dekat dengan Allah. Kita tak mahu anak bangsa kita rosak. Rosak kerana kita yang tidak bertanggungjawab.

Al-Quran dihati, akhlak disenangi!

#Yup, Botak sudah insaf kerana panahan halilintar pakcik Ali.


Monday, February 04, 2013

100 pemuda ummat tarbiyah


 100 pemuda pembangun ummat.

Kita masih dibelenggu bagaimana mengatasi maksiat. Kita masih diperangkap minda nafsu amarah. Bila mahu berjaya jika selalu memikir tentang diri sendiri sahaja.

Anis Matta serang sosok hebat tarbiyah dari Indonesia. Karya seninya cukup menyentuh sisi pemuda pemudi tarbiyah. Halus malah terasa seolah-olah dia bercakap dengan kita.

Impian 100 pemuda itu bukan jabatan yang diduduki malah berbeda sekali jabatan itu dibandingkan dengan produktiviti dan kemampuan ummat tarbiyah Islam. Malah impiannya memiliki 100 pemuda itu yang bukan bicaranya perbedaan tetapi bagaimana mengantar negeri dalam titik persamaan.

Ayuh, kita bersemangat menjadi 100 pemuda itu!



Friday, February 01, 2013

Superman dan superwoman ketika berdiet!


Ohoi! Ada tips nak diet!


Bling bling

Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? 

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbohidrat Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.

Masa inilah makanan yang dimakan  untuk diserap paling kurang menjadi lemak.  

2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda.

Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Contohnya, susu rendah lemak.
  

3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari.

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik. Untuk belajar cara-cara mengira kalori-kalorie anda, cubalah layari laman web iluvislam.com ataupun layari kevinzahri.com.

4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.





5. Jadualkan 'Cheat Day'
Elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.




6. Saratkan Dengan Serat
Serat akan membantu untuk menyihatkan badan, pengurangan berat badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan.

Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap.

Pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.
- Artikel iluvislam.com
 sedapnyewwwwwwwww!

Jaga kesihatan itu penting untuk kita. Untuk kuat beribadah, tenaga menimba ilmu, tenaga membantu ummat yang meemrlukan dan yang paling penting dapat berfikir dengan cerdas.

Tapi kalau dah sakit, beristighfarlah kepada ALLAH. Mungkin itu kifarah kita terhadap dosa masa lalu kita.

* Time exam susah nak jaga makan. Asyik nak makan jep. Nasihati aku!!