Thursday, February 21, 2013

Aku sudah insaf: Botak


Gejala sosial; merogol, berzina, mencuri, dadah. Masalah keluarga. Pengaruh rakan sebaya. Ketidakpedulian masyarakat.


Berat untuk kita berfikir tentang nasib masa hadapan mereka. Cerah atau gelap.

Buat apalah nak fikir nasib mereka. Helllllo! Mereka bukan keluarga kita pun, cebik manusia di luar sana.

Masalah. Semua bermasalah! Memang masalah ni takkan selesai. Lagi satu, kucing pun bermasalah, sampuk manusia yang lain.

Ni masalah aqidah ni. Sah! Laungan manusia yang lain.

Tetapi generasi inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan kerajaan dan manusia sejagat. Mahu duduk diam-diam goyang kaki atau menyertai bersama-sama membantu ummat untuk mencapai kemenangan teragung?

Allah kata tak sama.

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang), satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [al-Nisa’ (4):95-96]

Pengikut tegar Drama dan Filem Juvana: Saya!

Para pengikut tegar sekalian tentu sudah menonton semuanya kan? Kan? Angguk dua kali. Saya ni, tegar tak tegar sangatlah. Tapi apa yang saya suka daripada kisah Juvana ni, lain daripada yang lain. Bukan kisah biasa-biasa seperti cinta yang selalu dihidangkan. Konsep yang diketengahkan lain.

Walaupun banyak aksi yang kurang menyenangkan kanak-kanak bawah umur, memang tetap dilarang ye kanak-kanak tersebut melihat. Dari perspektif psikologi, kanak-kanak bawah umur yang masih bersih pemikiran dan percakapan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar.

Cerita ini cerita untuk kita berfikir.

Pedulikan kisah Botak, Kicap, Panjang, Ayam, Gaban Apek dan Ain. Tapi saya nak sentuh tentang pembentukan jiwa seorang remaja.

Sekolah juvana itu negatif! Sekolah budak jahat!

Apabila mereka dilabel sedemikian, apakah perasaaan mereka? Negatif bukan!

Peranan kita sebagai masyarakat, bukan herdikan dan cacian yang mereka perlukan. Mereka perlukan semangat dan sokongan dengan sikap kasih sayang sayang dan kata-kata yang bersemangat. Saya lihat dalam Filem Juvana, pakcik Ali selaku ketua pengawal berusaha meyakinkan Botak bahawa semua orang ada peluang kedua untuk berubah.

Marah. Dia marah kalau budak-budak ini ada yang menjejaki pakcik Ali suatu ketika dahulu.

Saya sedar mereka memerlukan kata-kata perangsang untuk berubah dan sistem sokongan yang jitu untuk membantu jiwa mereka kembali kepada fitrah.

Cikgu Zakiah. Antara watak yang menjadi kekaguman saya. Dia berusaha membawa aktiviti perbahasan sebagai salah satu usaha untuk mengubah pandangan pelatih itu sendiri ke arah lebih positif. Yang lebih berilmu. Bukan caci-mencaci dan buli-membuli itu yang menjadi raja dalam menentukan dia yang paling berkuasa.

Ilmu. Cahaya yang akan membawa peningkatan nilai seseorang. Banyakkan membaca dan banyakkan perbualan yang positif. Daim anatara pelatih yang positif. Walau seorang yang senyap, namun bijak dalam menarik sahabat mereka ke arah positif.

Pelatih dapat melihat dunia luar dengan lebih kool dan osem. Jadi, secara tak langsung jiwa yang kecut itu berjaya kembali menjadi kembang sekembangnya seperti belon!


Agama. Aspek yang tidak boleh dan tidak patut ditinggalkan. In both of it's drama and film, penekanan dari segi agama kurang dititikberatkan.

Sentuhan jiwa daripada para murobbi dan murobbiyah amat diperlukan.

Kenapa? Kerana fitrah manusia kembali kepada Allah.

Bukan sekolah yang semata-mata mementingkan kekasaran untuk mendidik dan konsep moral. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik. Kamu hendaklah menjadi baik.

Bosan!

Actions speak louder than words!

Para pendidik yang ditugaskan di situ haruslah dan wajib untuk beraksi dengan penuh kasih sayang. Bukan lembut. Wujudkan kondisi agama yang penuh dengan mahabbah.

Lihat tempat yang tenang. Mekah contohnya. Tenang. Orang yang melihat kali pertama akan Kaabah terus bercucuran air mata. Rindu. Tenang. Semua orang datang dengan tujuan yang satu. Mengagungkan ALLAH.

Jadi, tidak salah sekolah juvana menekankan pendidikan alQuran dan asSunnah dalam sistem pemndidikan sekolah.

Kalau mereka sebegini?

Peranan pendidik di sekolah juvana yang harus memainkan peranan dalam mendekatkan diri mereka dengan ALLAH. Merasakan diri mereka bertuhankan Allah. Bukan hidup bagai layang-layang terputus tali.

Tiada arah tujuan.

Hidupkan jiwa-jiwa yang tenang. Yang sentiasa ingin menadah tangan kepada Allah.

Baru ketengahkan sistem akademik. Mungkin mengambil masa. Tapi ingatlah sejahat-jahat manusia itu, jiwa mereka sakit dan akhirnya akan kembali kepada Allah kelak.

Doakan.

Berilah sokongan kepada mereka.

Peduli akan kisah orang-orang di sekeliling kita. Bantu mereka. Bantu mereka dekat dengan Allah. Kita tak mahu anak bangsa kita rosak. Rosak kerana kita yang tidak bertanggungjawab.

Al-Quran dihati, akhlak disenangi!

#Yup, Botak sudah insaf kerana panahan halilintar pakcik Ali.


No comments: