Sunday, December 28, 2014

How to be a Writer

If you use your social life, your friends, your family, and your job as an excuse not to write, you are probably never going to be a writer. Writers have to be selfish.

Amanda Patterson

Monday, December 08, 2014

Habaq

Bismillah.
Dengan nama Allah.

Saya nak habaq

Saya dah grad

Bachelor of Science
Monash University

Sekian.

Saya dapat banyak hadiah.
Buku diari.
Bracelet.
Schokolade.
Bunga.
Cincin.
Pengetip kuku Korea.

Rezeki 2014.
Alhamdulillah.

*missmyohana.

My Camp Fitrah 2014 - Kem Cuti Sekolah!



Kalau umoq hang 17-20 tahun, silalah berdaftar.

Kumpul di KTM Bandar Tasik Selatan. Ada bas disediakan.

Kalau hang takut hang sorang ja nanti, hang ajak kawan hang mai sekaliii.

Hang nak mendaftar ka? Hang tengok gambaq no 1, hang sms no tu. Selamat!

INTEL 2014






Perjumpaan Alumni dengan Pelajar Tingkatan 5
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar

Komen saya:
Persediaan walaupun on the spot, kita dapat buat yang terbaik.

Harapan saya:
Semoga adik-adik menjadi hamba Allah yang terbaik dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain dengan sebaik-baiknya.

Kepada alumni sekolah, datang reramai next program alumni!


Lompat terjun gayut

Ketika kami bersama
Luah tawa
Luah senyum

Agar nanti berbuah ukhuwah
Sampai ukhuwwah fillah, boleh?

Hamba Moden


Saat laki-laki itu menghayun serunai
Laki-laki itu menggoncang angklung
Menepuk-nepuk tabla

Keindahan yang aku dengar
Ingin aku duduk selamanya di situ
Berdesir di telinga
Mengusik aku memejam mata

Harmoni itu aku idam
Dan

Aku bukan hamba moden

Saturday, October 18, 2014

Love Birthday

Lovely present from them, my dearest lovest ever.
Wawa kikin ferra dieba
tak lupa bos besar, hazirah
Surprise me with so sweet moment on 4th August 2014.
xoxo xoxo 

Mama Kata Kena Syukur

Alyaa, kita kena belajar bersyukur. Jangan lihat apa yang ada pada orang lain.
Lihat diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Kenapa Allah bagi lebih dan kenapa Allah bagi kurang.

Allah lebih tahu kenapa kita dicampakkan sana sini. Allah lebih tahu jawapan kepada soalan mengapakah.

Kenapa mahu bersangka-sangka? Sedangkan Allah itu Maha Tahu yang terbaik untuk kita.

Kita harap semua yang terbaik untuk kita. Tapi tak semua apa yang kita harap itu terjadi.

Sebab kita hanyalah tukang harap semata. Kun fayakun itu kerja Allah. Buatlah dan haraplah macam mana sekalipun, kalau Allah tak izin, bukanlah rezeki kita.

Haris Saya


Namanya Haris.
Dia imam saya waktu solat maghrib semalam.

Awak dah solat?

Belum katanya. Geleng-geleng kepala.

Awak nak solat?

Nakk! Dengan gembiranya nada.

Awak dah ada wuduk?

Er er.. belum! Mula-mula basuh muka kan.. eh eh.. basuh tangan dulu.. lepas tu apa?

Jom kita amek wuduk.

---

Awak jadi imam saya boleh?

Tak boleh. Saya belum sunat lagi. Macam mana nak jadi imam?

Haha *dalam hati. Takpelah. Awak solat sebelah sini. Saya solat sebelah sini.

** alih-alih angkat takbir dia semua kuat belaka. Jadi imam rupanya alhamdulillah. 

---

Cepat doa. Dalam bahasa melayu pun takpe.

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahummaghfirli waliwa lidayya warhamhuma kama robbayani soghira. Ya Allah. Ya tuhanku. Ampunilah dosa ku. Ya Allah ampunilah semua dosa kedua ibu bapaku. Dan.. dan.. kasihanilah mereka seperti mereka kasihani aku ketika aku masih kecil. Ameen.

Ameen. Dan doa itu cukup memberi keinsafan kepada aku yang banyak dosa kepada makhluk Tuhan sekerdil ini tanpa dosa. Suaranya jelas ikhlas. Moga Allah memakbulkan doamu wahai si budak kecil.
Namanya Haris.
Dia imam saya waktu solat maghrib semalam.

Awak dah solat?

Belum katanya. Geleng-geleng kepala.

Awak nak solat?

Nakk! Dengan gembiranya nada.

Awak dah ada wuduk?

Er er.. belum! Mula-mula basuh muka kan.. eh eh.. basuh tangan dulu.. lepas tu apa?

Jom kita amek wuduk.
---
Awak jadi imam saya boleh?

Tak boleh. Saya belum sunat lagi. Macam mana nak jadi imam?

Haha *dalam hati. Takpelah. Awak solat sebelah sini. Saya solat sebelah sini.

** alih-alih angkat takbir dia semua kuat belaka. Jadi imam rupanya alhamdulillah.
---
Cepat doa. Dalam bahasa melayu pun takpe.

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahummaghfirli waliwa lidayya warhamhuma kama robbayani soghira. Ya Allah. Ya tuhanku. Ampunilah dosa ku. Ya Allah ampunilah semua dosa kedua ibu bapaku. Dan.. dan.. kasihanilah mereka seperti mereka kasihani aku ketika aku masih kecil. Ameen.

Ameen. Dan doa itu cukup memberi keinsafan kepada aku yang banyak dosa kepada makhluk Tuhan sekerdil ini tanpa dosa. Suaranya jelas ikhlas. Moga Allah memakbulkan doamu wahai si budak kecil.

Gear 5

Hari ini belajar bawak gear 5.
Tart Nenas Gulung berita gembira.
Aku nak beritahu juga dengan kau.
Pecut punya pasal nak kejar meeting pepagi.

Dan

Sebenarnya saat ini dalam dakwah dan tarbiyah juga wajib gear 5. Pecut punya pasal nak kejar daulah islamiyyah.

Harus punya satu sifat dan sikap.

Berkorban. Cinta juga berkorban. Makan pun kena berkorban. Minum air kosong pun kena berkorban walau 40sen.

Jika tiada pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabatnya, siapalah kita saat meniti waktu menghidupkan dunia dan menunggu kematian.

Sobs sobs.

Orang manja itu

Orang manja ini kadang-kadang memerlukan seseorang untuk dia bermanja.
Siapa peduli orang manja?
Cengeng orang lain kata.

Warna Jiwa

Tak semua jiwa sama
Kau biru aku jingga
Dia hitam dia putih
Ada perasaan pelbagai
Sekejap senyum sekejap marah
Saat ni kecewa nanti bahagia
Semua yang Tuhan datangkan
Itu lumrah
Cuma kita mahu mengimani atau letak tepi.

Borak-borak Bekam

Ngeri bila dengar pasal bekam. *Ngerilah sangat.
Tapi bila dah buat, lega.

Bekam sambil borak.

Tentang hadis nabi - sunnah berbekam. Dulu mana ada ubat-ubatan. Nabi guna kaedah berbekam untuk menghilangkan penyakit. Dia ada bulan terbaik nak buat bekam. Saya pun tak pasti. Masa tak kisah. Pagi boleh. Petang boleh. Malam pun boleh. Sekejap je. Tak lama pun *sebab diisi dengan masa berborak yang bermanfaat.

Bekam sambil borak lagi. 

Kali ini tentang anak-anak. Ramai ibu bapa hantar anak mengaji pada orang lain. Kan bagus kalau ibu bapa sendiri mengajarkan anak-anak mengaji alQuran. Saham untuk pelaburan akhirat sendiri. Patutnya mak bapak pergi belajar mengaji dengan guru ngaji.

Bekam sambil borak lagi dan lagi.

Tentang berbudi kepada ibu bapa. Berbaktilah kepada mereka. Bagi duit kalaupun mereka tidak minta. Dengarkan aje celoteh mereka. Kadang mereka ingin luahkan sesuatu. Kitalah pendengar. Jangan letak perasaan macam-macam ketika dengar. Mak nak ada orang dengar je cerita dia. *Walaupun cerita tu dah ulang berapa banyak kali. Hihihi.

Ok. Time to eat. Lepas bekam cepat lapar. Jom makan.

Mereka itu punya tenaga dan potensi

Kadang-kadang mereka memerlukan
masa untuk menilai sendiri diri mereka.

Mereka ada suara kecil di dalam hati 
yang mana mereka mahu meluahkan tenaga 
yang berbondong-bondong ini pada salurannya.

Mereka ada potensi yang bakal 
membawa mereka menjadi manusia 
seperti yang Allah nak dan manfaat untuk orang lain.



Friday, June 06, 2014

dosa yang terapung

Ketika ini kami membuat satu aktiviti membersihkan kolam hati. Kami menulis semua perkara dan peristiwa terburuk yang pernah dilakukan. Kemudian, diminta untuk mencarik hingga kecil untuk membuang semua perkara negatif!

Datang satu kakak kamera, cepat-cepat tangkap gambar.

Seorang adik menghulur tangan.

"Kak, ini dosa yang sudah terapung."

Rasa nak menangis di hadapan dia. Tahan sikit. Tahan sikit. Adik, moga dosa terapung itu hilang dan terbang meninggalkan kita jauh.

Jauh.

Dekat di hati hanya pahala dan kebajikan.

dulu dan semalam

Semalam kami bertentang mata. Lama. Senyumannya masih seperti dulu. Gayanya masih seperti dulu. Renungannya menggugah kerinduan ini.

Harapannya setiap kali bertemu dulu hingga sekarang,
Nikah cepat ea..
Nanti kita datang..
Cepat-cepat tau..

Harapan murobbiyah saya yang pertama dahulu.
Ukht, aku rindu akan kata-katamu. Kata-kata segar. Kata-kata iman. Kata-kata lembut. Kata-kata basah.

#murobbiyyah

langakah aku dulu

Kau nampak aku hipokrit,
Aku tengah berperang
dengan jiwa,
temui aku depan-depan
kalau kau nak adili aku.

sekianterimakasihselamatkanbudakini
08052014

mata

Saya lihat ramai orang yang berjaya, bernikah awal.

hodoh si jelita

Tak semua kau kata buruk itu buruk bagi aku. Tak semua aku kata cantik itu cantik bagi kau.

Kau tahu, yang paling maha cantik ialah keindahan budi pekerti.

 Pandanglah semua wanita dengan kecantikannya. Walau ada terpalit kehodohan, cantik itu perlu kau cari.

Sebanyak banyak kecantikannya yang ada pada dirinya, sebanyak itulah Allah akan limpahkan keberkatan, rahmat juga keindahan buat dirinya.

Kau jaga diri kau. Kau jaga Allah dalam hati kau. Kau jaga iman kau. Tentu kau bahagia.

#bahagiatakterungkap

karat

Manusia.

Bagi aku manusia boleh jadi orang lain.
Hati aku karat. Aku nak hati bersih.

Aku tiru perangai orang hati bersih.
Mula-mula jalan senget macam ketam.
Rasa goyah. Rasa tak jujur pada diri.

Tapi akhirnya aku akan mula biasa.
Biasa dengan perangai baik.

Memang ketidakjujuran itu akan berlaku
pada saat kau berhijrah. Percayalah.
Bukan orang lain dapat mengubah kau.
Tapi kau pegang dada kau. Hati kau.

ironi

Kau kepelikan melihat
Dia dan dia dan dia

Halus keningnya
Mulus kulitnya
Gemalai bunyinya
Ironi
Garau nadanya

Sama
Dia dan kau
Manusia

kerana

Apabila pertemuan kerana Allah, pasti bersahabat lama. Kalau berpisahnya kerana Allah pasti jumpa kembali di Syurga.

1jam

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau bimbit tangannya

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau bertentang matanya

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau diam di hadapannya

Tak semua kau akan tahu.

Tuesday, April 29, 2014

Dua kali

Saat dulu seringkali. Sekarang tidak lagi. 
Lukisan dulu ditinggalkan. Sekarang lukis cerita baru. 

Belum berwarna lagi. 
Nanti berwarnalah. Mengikut masa.

hhmm sambil senyum
Kau sudah melukis karya baru dalam hidupmu.
Dua kali aku memelukmu.
Ungkap doa itu. Dua kali juga.

Kau wanita berkah.

Doakan kami mengikutimu. Walau sedikit ketinggalan.
Tidak mengapa. Masih ada kertas putih lagi belum dilukis oleh kami.

InsyAllah.

Dungo akeh-akeh


Terkadang aku lemah.
Dengan kehadiran mereka, aku menjadi lebih kuat.

Terkadang aku futur.
Dengan kedatangan mereka, aku menjadi lebih gagah.

Suara mereka. Cerita mereka. Mujahadah mereka. 
Aku semat menjadi satu kisah pelangi kita bersama.

Moga nilaian syahadatain kita menjadi tertinggi di sisi Allah.
Bersama menjadi sibghatullah bersama-sama. Akhirnya 
membawa kita terbentuknya syakhsiah Islamiyah dalam
perilaku, tutur, perasaan dan juga keyakinan kita.

Feeling awesome podo sedulurku nang Jowo. 
Podo dungonya seng akeh-akeh. Moga kita bareng
bertemu nang Sorga. Ameeeeen.

Noktah

Lorongkan.
Lorongkan kami.

Karenah dunia ini.
Berat. Sempit. 

Lorongkan.
Lorongkan kami.

Hati ini dan hati kami.
Cahaya hidayah.

jalanan

bimbangrisau
oranglainbuatperkaraitu
buatsendiritidaksedarperkaraitu

jalanan
ukhtjalanan
tepijalan

Tengah-tengah


Your heart.
Is belonging to Allah.
Well.

Hati yang mudah jatuh cinta, pasti mudah mati hatinya.
Deep.
Touch.

Improving.
And still.

Ini dua kali

Jiwa aku ada pada ini
Jiwa aku ada dalam ini

Suara
Bahasa
Suasana

Senyum lantas
Terbit cinta jangan cantas

Inikah penangan?

Ikhlas?

Ikhlas itu
Ada pada hatimu
Dan Allah

Redha?

Redha itu
Ada pada hatimu
Dan Allah.

Cinta?????

Manusia


Manusia.

Tak semua boleh kita miliki.
[Wani Ardy]

Frust Trust Twister

Frust. Terkadang.

But I must have put trust to Allah.

No frust. But trust.

Monday, February 24, 2014

Tahniah dan Mabruk

Saat kita dipertemukan, aku bahagia. Senyummu.
Aku pasti terkenang.

Mabruk.

Kau bakal menikah. Dengan jejaka pilihan Tuhan.
Harus senyumlah.

Kau bakal berdua di sana. Tahniah.

Siti Hanisah binti Abdullah dan bakal zauj.

Saksi Perpustakaan Lama

Aku didatangi seorang adik. Wajahnya manis. Langkahnya
sopan. Aku turut termalu apabila dia mula berbicara. Petang
itu dia ingin berjumpa. Katanya penting.

Aku duduk di satu bangku. Berhadapan dengan perpustakaan
lama. Ah. Lama 3 tahun aku asyik menjengah ke dalam
perutnya. Gudang ilmu. Gudang ahli pemikir.

Di bumi bertuah. Aku mengenakan baju sejuk hari itu. Bunga
sudah mula tidak kelihatan di pinggir jalan ini berdekatan
dengan perpustakaan lama. Menyambung pelajaranku ke
peringkat lebih tinggi.

Petang itu, kau tanya. Apa nikmatnya antara nikah dan bekerja.
Hati aku juga berbunga-bunga dengan pertanyaan ini. Apakah
aku ini masih dipilih oleh Allah tentang persoalan ini...

Aku geleng-geleng. Aku istighfar. Aku cuba mencari rasional.
Aku juga tidak begitu fakih tentang perkara ini. Dengan
pengalaman senipis kulit bawang cuma, kau bertanya.

Allahu..

Maka aku huraikan satu demi satu. Walau sekejap cuma, kau
setia mendengar. Mencari ketenangan barangkali. Mencari
inspirasi untuk langkah pertama mungkin.

Dan ini jawabku.

Kedua-duanya berbicara tentang soal tanggungjawab dan soal
amanah. Seandai saat ini kondisi kita sedang bekerja, maka
jika kita meninggalkannya, adakah perkara ini membuatkan orang
lain keluh kesah kerana risiko yang besar menanti?

Seandai kita mengutamakan belajar, adakah nikah itu kita akan
tinggalkan? Jika memberi komitmen pada bekerja, apa alasan kita
nak meninggalkan pernikahan?

Rasulullah saw tidak menghalang wanita berkerjaya. Seperti isteri
baginda, Saiditina Khadijah.

Apatah lagi, Rasulullah pula meminta kita bersegera. It's sunnah.

Apa2 pun terpulang kepada kita. Seandai kita dapat memberi kefahaman
yang baik kepada 'pihak sebelah sana', tidak jadi masalah. Memilih
pasangan yang memahami sangat-sangat penting untuk menjadikan
hidup kita dalam tidak mengalami tekanan. Sekiranya keinginan kita
nak mencari ilmu dan berkerjaya, tetapi dia tak nak. Maka kerja kita
untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk penjelasan .

KENAPA?

Kalau dia bijak memahami, maka dia tak kisah. Kalau dia jenis kisah,
terpulang kepada kita sama ada nak terima atau tidak.

Fikir jangka masa panjang. Jangan fikir jangka masa pendek.

Memang kita kata boleh survive pada waktu seakrang. Akan tetapi
kita perlu fahami kehendak kita dahulu. Kemudian, cuba fahami
kehendak dia. Seandai kehendaknya rasional dan menepati syariat,
Silakan. Seandai bagi kita kurang relevan, nyatakan ketegasan kita.

Dia mengeggam erat. Lalu dia mengucapkan terima kasih. Dia merenung
langit. Tenang katanya. Indah ciptaan Allah. Allah cipta manusia untuk
saling membutuhkan.

Allah yang telah menemukan kita di bawah langitNya. Allah yang
telah memilih untuk aku mendengar luahannya. Allah juga memilihnya
untuk mendengar bait kata aku yang tak berapa nak panjang.

Kami bercipika cipiki lalu dia pergi. Mungkin adik itu mahu mencari
ketenangan yang lain. Lama dia berfikir. Langkahnya juga lambat.

Aku berkemas lalu meninggalkan perpustakaan lama itu.



Saturday, February 01, 2014

Ikhlas

Naik tangga 100 tingkat.
Sampai saja, kunci tertinggal.

Sia sia.

Begitu juga amal.
Puluh tahun beramal.
Tertinggal kuncinya iaitu ikhlas.


-- Fyka Adzman

=============================================
And I adore her words from distance since I do not know her much.

Pengumuman

---------
Pengumuman
---------

Alhamdulillah.
'ala kulli hal
Saya sudah bekerja. Walaupun belum habis belajar lagi,
saya alhamdulillah sudah bekerja secara rasminya.

Pengalaman?

Saya bekerja di Mujahadah Agro Camp Training & Consultancy
sebagai part timer selama ini. Banyak masa saya habiskan untuk fokus study *walau tak berapa.
Tapi bulan Disember kelmarin, saya bekerja secara rasminya.

Membangun syarikat bersama sahabat yang lain. Saat ini
saya tersenyum. Banyak pahit manis jatuh bangun kami rasai sebelum ini *juga sekarang sebenarnya. Tak ramai
orang dapat peluang begini. Merintis
syarikat mulai daripada awal lagi *walaupun saya tak berapa nak awal.

Well.
Alhamdulillah.

Visi dan misi kami tertumpu pada pembangunan generasi rabbani. Cinta Quran.
Besar amanah itu.

Saya?

Beginilah.
Bertambah amanah. Bertambah juga kemahiran. Moga
tetap istiqamah untuk belajar. 

Dunia aku

Dunia aku
Sebelah kaki di Syurga dan 
sebelah lagi di Neraka

Banyak peringatan
banyak kahayalan

Aku masih di awan
Menikmati langit atas sana

Tapi aku tak jejak bumi

Haaa?

Aku tak jejak bumi--

Tegar

Kejujuran.

Orang dapat merasa. Saat kita jujur padanya.

Apa aku dikira orang jujur?
Orang jujur itu ada tandanya ikhlas.

Apa aku dikira orang ikhlas.

-- Aku merindu untuk menulis.

Sampai saat nanti pasti aku kembali tegar.

"Daya sentuh, daya ketuk, daya sapa di hati pembaca; bukan didapat dari wudhu dan shalat yang dilakukan semata karena niat menoreh kata. Ia ada ketika kegiatan menghubungkan diri dengan Dzat Mahaperkasa, semuanya, bukan rekayasa, tapi telah menyatu dengan jiwa. Lalu menulis itu sekadar satu dari berbagai pancaran cahaya yang kemilau dari jiwanya; menggenapi semua keshalihan yang mengemuka." - Salim A. Fillah