Aku didatangi seorang adik. Wajahnya manis. Langkahnya
sopan. Aku turut termalu apabila dia mula berbicara. Petang
itu dia ingin berjumpa. Katanya penting.
Aku duduk di satu bangku. Berhadapan dengan perpustakaan
lama. Ah. Lama 3 tahun aku asyik menjengah ke dalam
perutnya. Gudang ilmu. Gudang ahli pemikir.
Di bumi bertuah. Aku mengenakan baju sejuk hari itu. Bunga
sudah mula tidak kelihatan di pinggir jalan ini berdekatan
dengan perpustakaan lama. Menyambung pelajaranku ke
peringkat lebih tinggi.
Petang itu, kau tanya. Apa nikmatnya antara nikah dan bekerja.
Hati aku juga berbunga-bunga dengan pertanyaan ini. Apakah
aku ini masih dipilih oleh Allah tentang persoalan ini...
Aku geleng-geleng. Aku istighfar. Aku cuba mencari rasional.
Aku juga tidak begitu fakih tentang perkara ini. Dengan
pengalaman senipis kulit bawang cuma, kau bertanya.
Allahu..
Maka aku huraikan satu demi satu. Walau sekejap cuma, kau
setia mendengar. Mencari ketenangan barangkali. Mencari
inspirasi untuk langkah pertama mungkin.
Dan ini jawabku.
Kedua-duanya berbicara tentang soal tanggungjawab dan soal
amanah. Seandai saat ini kondisi kita sedang bekerja, maka
jika kita meninggalkannya, adakah perkara ini membuatkan orang
lain keluh kesah kerana risiko yang besar menanti?
Seandai kita mengutamakan belajar, adakah nikah itu kita akan
tinggalkan? Jika memberi komitmen pada bekerja, apa alasan kita
nak meninggalkan pernikahan?
Rasulullah saw tidak menghalang wanita berkerjaya. Seperti isteri
baginda, Saiditina Khadijah.
Apatah lagi, Rasulullah pula meminta kita bersegera. It's sunnah.
Apa2 pun terpulang kepada kita. Seandai kita dapat memberi kefahaman
yang baik kepada 'pihak sebelah sana', tidak jadi masalah. Memilih
pasangan yang memahami sangat-sangat penting untuk menjadikan
hidup kita dalam tidak mengalami tekanan. Sekiranya keinginan kita
nak mencari ilmu dan berkerjaya, tetapi dia tak nak. Maka kerja kita
untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk penjelasan .
KENAPA?
Kalau dia bijak memahami, maka dia tak kisah. Kalau dia jenis kisah,
terpulang kepada kita sama ada nak terima atau tidak.
Fikir jangka masa panjang. Jangan fikir jangka masa pendek.
Memang kita kata boleh survive pada waktu seakrang. Akan tetapi
kita perlu fahami kehendak kita dahulu. Kemudian, cuba fahami
kehendak dia. Seandai kehendaknya rasional dan menepati syariat,
Silakan. Seandai bagi kita kurang relevan, nyatakan ketegasan kita.
Dia mengeggam erat. Lalu dia mengucapkan terima kasih. Dia merenung
langit. Tenang katanya. Indah ciptaan Allah. Allah cipta manusia untuk
saling membutuhkan.
Allah yang telah menemukan kita di bawah langitNya. Allah yang
telah memilih untuk aku mendengar luahannya. Allah juga memilihnya
untuk mendengar bait kata aku yang tak berapa nak panjang.
Kami bercipika cipiki lalu dia pergi. Mungkin adik itu mahu mencari
ketenangan yang lain. Lama dia berfikir. Langkahnya juga lambat.
Aku berkemas lalu meninggalkan perpustakaan lama itu.

No comments:
Post a Comment