Sunday, March 14, 2010

Daurusyabab...AINA ANTUM?




Belia merupakan tunggak utama agama dan negara kerana tahap kecergasan yang luar biasa, yang dimilikinya berada di tahap yang optimum. Sedangkan para sahabat nabi pada seawal usia begini, mereka telah mengetuai beberapa siri peperangan untuk menentang musuh ALLAH. Kita, di manakah menghilang saat ini? Kekuatan fizikal dan rohani diperlukan sangat2 oleh setiap para khalifah di bumi ini. Siapakah khalifah itu? Hamba2 ALLAH yang diutuskan ke bumi. Siapakah hamba2 ALLAH? Siapa lagi kalau kita,manusia yang hanya dikurniakan sedikit kemampuan dan ruang untuk berjihad di jalan ALLAH.




"Angin menyisir lalu di pipi. Aku masih teguh di hening pagi. Mengantuk? Tidak jua kerana NESCAFE telah dicurahkan dan sedang diproses dengan jayanya. Mencelah sebentar ke jendela. Namun tiada langsir untukku selak. Jendela alam maya kususuri. Pengembaraan malam itu masih terkapai2. Mencari kebenaran untuk dikongsi nikmatnya bersama. Aku merenung lagi di celah jendela itu. Mencari sesuatu apabila aku bertandang ke ruang dan berpindah ke ruang yang lain. Mencari solusi untuk dikongsi nikmatnya bersama."

Daruusyabab Fi Haml Ar-Risalah.....

Part 1: Mengangkat semangat daripada masalah

siapakah pemuda itu wahai ikhwah wa akhawat? Kitakah? Persoalan yang memerlukan kesedaran. Antara kanak2, belia dan warga emas, mana yang lebih bersemangat dan lebih memahami DAKWAH? Kanak2, hanya ada semangat yang hanya tahu menceriakan diri masing2. Warga emas, lebih memahami dakwah kerana banyak pengalaman namun semangat kurang kerana batas pergerakan. Jadi,belia mempunyai ciri2 yang lengkap. Persoalannya, jalan mana yang kita pilih? Beberapa pilihan di tangan anda, namun hanya satu sahaja jalan yang boleh dipilih. Apakah itu? Matlamat dan jalannya>SYURGA ALLAH.

Masalah? Jangan menganggap masalah itu sebagai satu masalah,kata ukhti. Bagaimana itu? saya tertanya2. Jangan anggap masalah itu sebagai masalah kerana masalah itu akan menjadi bebanan kepada kita. Kita susuri sebentar dengan sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh sebagaimana dia berjayamenyelesaikan masalah tanpa merasakan itu sebagai satu masalah. Daripada kapal di lautan, untuk menawan 'Constitinopole', mereka sanggup mengangkatnya sehingga ke daratan. mereka berjaya menawan negara itu akhirnya. Keputusan yang dibuat seolah2 tidak menggambarkan 1 masalah. Namun dijadikan pula pembakar semangat untuk terus berjuang.

Part2: Generasi Penerus dan Pengganti

Semua ummat Islam merupakan generasi penerus kepada usaha yang telah dilakukan oleh RASULULLAH. Terutamanya kepada para ikhwah dan akhawat belia sekarang ini. Berperanan besar dalam setiap aspek pembangunan ummat. Generasi penerus ini diganti setiap waktu dan berusaha ke arah lebih baik dengan mengikuti qudwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sehinggakan Islam mencapai saat kegemilangan pada zaman Khulafa ar-Rasyidin. Bagaimana?

" Wahai orang2 yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak ALLAH mendatangkan sesuatu kaum, DIA mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNYA dan bersikap lemah-lembut terhadap orang2 yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, yang berjihad di jalan ALLAH dan yang tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan ALLAH yang diberikanNYA kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan ALLAH Mahaluas(pemberianNYA) Maha Mengetahui. (5:54)

Berpeganglah kamu dengan 2 perkara dan kamu tidak akan sesat > al-Quran dan Sunnatunnabii. ~al-Hadis~


Part 3:Pembaharu Moral Ummat dan Agen Perubahan

"Bila nak wujudkan biah solehah di kolej?"
Di saat itu saya terfikir, "Buruk sangat ke perangai aku sehingga ditegur sebegitu rupa?"
"Mungkin masih samar2 lagi. Tidak perlu ditanya tentang bila. Biarlah semuanya bermula dengan kumpulan yang kecil2 dahulu. Mungkin masih tidak menonjol lagi, namun pasti 1 hari nanti siapa yang tahu. Sedangkan Rasulullah pun berdakwah secara bertahap dan semuanya juga bermula dengan halaqah yang kecil2 dahulu."

Inikan kita yang mahu mengubah terus suasana kepada biah solehah? Mungkin terjadi namun tidak lama dan kekal.

Itu antara persoalan yang pernah diajukan kepada saya. Bila saya tanya Akhawati yang lain mereka menjawab,"Abes tuh, bila nak wujudkan biah soleh pulak? Dah asek2 biah solehah."

Biarlah kita bermula dengan ahli usrah kita dulu. Biarlah ia bermula daripada dasar2. Semoga insan2 yang dilahirkan ini akan menjadi qudwah pula kepada orang lain. Betul tak? Kita hanya berusaha dan bukan tugas kita untuk mengubah sesuatu atau menjadikan sesuatu itu berubah. Tugas kita hanya menyampaikan. Menyampaikan pula ada pelbagai cara,
-Lisan
-Akhlak
-Penulisan
dan yang paling penting apa2 sahaja cara yang boleh dikategorikan secara berhikmah.

Kita perlu berbalik kepada sunnatunnabi. Mungkin ada juga cara kita tidak kena pada tempatnya dan caranya ketika kita menjadi tabligh (orang yang menyampaikan). Sebab itu kadang2 apa yang kita sampaikan itu tidak meresap ke dalam hati mereka.

Kami ceritakan kepadamu (Muhmmad) kisah mereka yang sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda2 yang beriman kepada Tuhan mereka, Kami menambahkan petunjuk kepada mereka. (18:13)
~S.M.A.R.T~
Sehari Melentur Akhlak, Rohani dan Taqwa

2 comments:

Fahmi Bahrudin said...

ar-ruhul jadeed (syabab@fatayat) fi jasadil ummah

Unknown said...

fityah yang kita mahukan!