Sunday, April 18, 2010

ana atau saya atau aku

Ana?

Macam pelik je bila bahasakan diri sebagai ana. Sepatutnya tidaklah menjadi pelik bila kita menggunakan perkataan ana/anti/anta/atunna/antum. *teringat zaman sekolah,belajar bahasa arab* Saya menghadiri program baru2 ini. Hampir semua dikatakan bahasakan diri ana/anti. Malu rasanya. Saya cuba bahasakan diri juga, TAPI... Tidak mengapa, saya akan cuba biasakan kepada sesiapa yang biasa sudah biasa. Tetapi 'saya' hanya digunakan untuk formal. Jarang sekali nak digunakan. Kenapa saya juga memilih untuk bahasakan diri 'aku'? Ganas sangat ke kalau guna 'aku'? Bagi saya dan famili sudah biasa biasa guna 'aku' lagi cakap 'JAWA' sesama saudara di kampung. Mungkin pengaruh keturunan juga. Kui55.

"anti baru sampai ke?"
"err...haah baru sampai"

"jangan susahkan diri anti, ana pun selalu sahaja minta tolong akhawat di sini"
"err..."

Menipulah kalau saya pun tidak tergerak nak guna bahasa ana/anti. Seronok kalau gunakan kerana siapa lagi kalau guna kalau bukan sesama Islam? Ya, sesama akhawat/ikhwah.

Siapa lagi kalau bukan kita sebagai generasi penerus untuk menggalakkan penggunaan bahasa al-Quran? Ya, Allah menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab. Kenapa? Supaya kita mudah faham. Kenapa pula? Sebab itu ALLAH menyuruh kita agar belajar bahasa Arab.
Tidak tahu, bertanya. Sudah tahu, sampaikan.

Dulu zaman muda2, tidak juga selalu guna bahasa Arab. Sayang. Cuma dengan Ustaz2 je guna bahasa Arab. Itu pun sudah mrangkak2. Saya seronok bila melihat ustaz2 di sekolah guna bahasa Arab sebagai medan komunikasi antara mereka. Terinspirasi rasanya.

Jadi, sebagai ummat Islam, sepatutnya tidak perlu hairan bila ada diantara kita hebat bahasa Arab walaupun dia meruopakan aliran Sains. Bukankah bahasa al-Quran itu universal?

Jadi,
Bahasa Arab ialah bahasa Al-Quran!!!

4 comments:

gReeN iS pEAce said...

:)..ana sayang enti..

. said...

huhu.. best2..

. said...

hurm... benda yg sama telah lama daku fikirkan :|

Unknown said...

ana> syukran...uhibbu jiddan =)
syaPhoenix> hoho...memang best...bahasa al-Quran!!!