*eyh,bezday sape pulop nih. saya? bacalah surat ala2 sajak kat bawah ni. khas buat seseorang yang amat saya rindui. walau jauh di mata tapi dekat di hati. saya x pandai bermadah puitis sangat. maaf ya. enjoy!!!*
tatkala aku bersua muka denganmu
pasti ada rasa sesuatu yang hadir di hati
entah mengapa
inikah dikatakan cinta
mungkin dirimu tidak merasakan yang sama
tapi pasti ALLAH ingin tunjukkan sesuatu
bila kita berjauhan
rindu menguasai hati
entah mengapa datang tiba tiba
aku terkesima dengan kenangan lalu
betapa jahilnya akhlakku di hadapanmu
pada hari ini
engkau menjejakiku
bertanya khabar berita
aku terharu sungguh
walaupun dirimu tidak sedar akan itu
aku tidak mampu ucap sepatah
bila rindu itu kembali mejenguk ke hati
saat-saat kita jatuh bangun bersama
saat-saat kita menuntut ilmu kerana YANG SATU
hanya doa pengubat rindu
hanya doa penawar hati yang lara
~khas buatmu NUR HIDAYAH BT MOHD JAMIL~
jauh di KEDAH, semoga ALLAH merahmati setiap langkahmu~
No comments:
Post a Comment