Sunday, May 16, 2010

Hari Ini

salam iman dan taqwa buat warga ilham[k][u] dan ilham[m][u].
masih berkesempatan lagi untuk menulis di pagi yang agak hening. walaupun ramai manusia masih belum melelapkan mata atau sudah ramai manusia bangun untuk menghambakan pada Yang Esa.

CATATAN 2:44am LIVING ROOM apartment sun-u
pengalaman yang banyak mengajar kita kehidupan. setiap peristiwa itu mendidik jiwa kita mengenali Pencipta kita dengan lebih dekat lagi andai kita golongan yang berfikir. sejenak kita luangkan masa ini tidak sama sebagaimana perjuangan para sahabat Rasulullah di medan perjuangan. sejenak kita membuka sesawang ini, mungkin menjadi salah satu saham di akhirat nanti. insALLAH.

episod perjalanan hari ini
tengah hari tadi, saya merayap seorang diri ke tengah lautan manusia di sunway pyramid. entah mengapa hati saya beriya2 mahu menjengah ke kedai buku. mungkin inspirasi daripada novel karya Fatimah Syarha yang membuatkan saya mencari buku2 yang lain. gurlp!! saya ternampak satu buku yang sangat2 membuatkan saya mengingat tentang kematian, kesaksian kita di akhirat. mulut dikunci dan anggota badan yang lain bersuara mendedahkan amal perbuatan kita. ya dan janji ALLAH itu pasti.

kematian. pasti. tidak semudah yang disangka. ALLAHU A'Alam. mimpi yang bertandang mengingatkan saya tentang perjuangan hamba ALLAH di muka bumi. apakah yang ALLAH ingin tunjukkan? sedarlah wahai manusia, kematianmu dan kematianku semkain hampir. jadi, bersiap siagalah dirimu menghadapi perjuangan demi ISLAM.

cemburu
"tengok mereka relax je. x perlu belajar pun dpt HD(high distinction)." mengeluh seorang ukhti.
"ukh, ingat tak pesan murabbi, ALLAH tengok hasil usaha kita. bukan consequence itu sendiri. mungkin ALLAH mahu kita berusaha lebih kuat lagi untuk mengutip
mutiara syurga (pahala) dengan lebih banyak lagi."
"ha'ah. selalu terlupa. ALLAH sayang pada kita. x pe2. ana belajar kuat lagi."

terinspirasi pula. sedikit perkongsian daripada perbualan dengan seorang ukhti. jadi ambil iktibar ya...=)

No comments: