Saturday, August 11, 2012

0408-0508 Tahun 2012. Hari paling istimewa.

 Minggu yang penuh bermakna buat saya dan family MAC. Seronok sangat. Alhamdulillah. Cuma satu je la saya tak berkesempatan celup-ala-jebur air sungai yang sejuk lagi dingin. Merasai suasana alam natural sudah cukup buat hadiah ke-21 saya tahun ini :) FYI, adik saya first person who wished for me. I'm proud of you <3 nbsp="nbsp" p="p">
Eh awak nak hadiah apa? Awak terus terang je lah awak nak apa. Malas nak berselindung-selindung dengan awak ni :P

Saya tak nak apa-apa.

Eh, awak ni...

Ok. Cukuplah hadiah kasih sayang.

Gelak ketawa. Saya bahagia ada kawan-kawan yang suka membahagiakan saya. Cukuplah sekadar itu. kalaupun ada hadiah fizikal, saya alu-alukan :P bajet macam semua tahu bufday hang bila..hehe.

Tazkirah, doa dan ayat-ayat cinta Allah, subhanallah, hanya Allah sahaja yang tahu bahawa hati ini sedang bermujahadah. Kawan-kawan, penting sangat-sangat kalau dengar tazkirah. Lebih-lebih kalau-kalau rasa-rasa hati jauh daripada Allah. At least dengarlah tazkirah paling kurang pun 3 hari sekali. Bukan apa, cuma tak mahu hari ini menjadi keras umpama batu yang sukar menerima apa-apa sahaja daripada luar. Campak ke laut, tenggelam. Campak kepada orang, orang itu berdarah.

Mahu dan tahu itu ada beza.

sila rujuk link ini --> Ustaz Hasrizal

Kinah, kalau orang tu nak kebaikan, mesti orang tu tahu nak cari di mana dan mesti ada kemahuan nak bertanya dan berbincang tentang soal kebaikan dan amal soleh.

Tapi...

Jangan risaukan kepala, kinah. Kinah, mereka yang mahukan kebaikan ada sahaja dikelilingi orang yang soleh dan solehah. InsyAllah, kinah.

Ya, kalau kita kaya dengan keazaman dan tekad, mesti kita mampu mencarinya dan atasinya. Kalau kita miskin azam dan tekad, takat itu sahajalah hidup kita. Ya, ini kata-kata sang murobbi, KH Rahmat Abdullah.

Sekali lagi, saya berasa bahagia. Bunga-bunga.

Mama Yazilmiwati pun turut menyentuh kebahagiaan hati saya. Kalau nak rasa bahagia, berilah kebahagiaan kepada orang lain. Itu sahaja formula cari kebahagiaan. Saya terdiam sebentar.

Lagi-lagi...

Rujuklah alQuran. AlQuran itu penawar. Penawar hati.

Rujukan :
1) http://www.youtube.com/watch?v=nU8rnmeLJck&feature=relmfu
2) www.saifulislam.com
3) Tazkirah mama Yazilmiwati dan nasihat sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah

#saya belum daftar lagi sebagai pengundi.

No comments: