Wednesday, August 15, 2012

owh hari ini hari ke 26 Ramadhan ye?

Haah. Cepatnya masa berlalu. Ambil masa sedikit untuk berkongsi cerita dan kata hari ini.

Cerita kedai kopi?
Kuih raya.
Baju raya.
Kasut raya.
Beg raya.

Seronok nak menyambut syawal, terlupa pula malam laylatulqadr. Malam yang dinanti-nanti orang-orang yang bertaqwa untuk meraih cinta Ilahi. Tiada yang lain tika ini kecuali dengan kesedihan peninggalan Ramadan dan amalnya yang masih dirasakan belum cukup lagi.

Bagaimana iman hari ini?
Puasa.
Ikhlas.
Tahajud.
Bersedeqah.

Cukupkah itu sahaja? Ada orang kata cukuplah setakat puasa. Bulan Ramadhan kan bulan puasa.

Ada orang lain kata, bulan Ramadhan ini bulan alQuran. Hadis tolak tepi.
Sebab tu ada pakai tudung dalam bulan Ramadhan sahaja. Ooopss.

Dalam satu buku amat popular ada mengatakan,,, menghargai bukan mengampu. Kita menghargai sesuatu itu dengan tindakan kita yang penuh kasih sayang. Bukan sekadar mengampu dengan kata-kata. Tapi buatlah. Umpama kita sayang seseorang, kita tolong dia, kita doakan dia, kita beri hadiah, terkadang bukan hari-hari kita sebut I love you sayang.

Begitu juga Ramadhan. Kita hargai dengan maximise masa setiapa saat kita bersamanya.

Why no appreciate your time?

Lapar. Puasa. Penat.

Oh My Ramadhan!!!

#lupa pula, semalam 14 Ogos hari lahir tukang tulis blogger terkenal. Antara saya kagumi tulisannya yang berinspirasi dan terasa 'excited' bila berjumpa dengannya. Yang pasti bukan Hilal Asyraf :P

No comments: