Saturday, August 25, 2012

Menjadi sejuk

[alFajr: 27-30]

27. Wahai jiwa yang tenang!

28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNYA.

29. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.

30. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.

Kata Prof Muhaya,
Orang yang tenang fokus apa yang dia ada. Maksudnya bersyukurlah :)

Niat setiap hari, hari ini kita orang yang tenang. Setiap kali bangun tidur sebelum tidur, bayangkan wajah kita yang tenang. Bijak jaga emosi dan pemikiran. Kalau emosi dan pemikiran dibajai dengan perkara positif, refleksi kepada perbuatan kita juga.

Kita beri ketenangan kepada mereka yang beremosi. Kita tenang dalam keadaan tegang. Kita tenang kerana Allah. Bukan kerana manusia. Bukan untuk pujian manusia. But dare to think wise. Prof Muhaya kata :)

Orang yang tenang orang yang memberi ketenangan.

Syurgalah untukmu jiwa yang tenang :)

(baca sejuk : kool)

No comments: