Wednesday, January 30, 2013

Optimis dalam keadaan apa pun!

Kita seharusnya sentiasa merenung ungkapan Rasulullah saw ketika dilempari batu oleh penduduk Thaif sehingga kedua tumit baginda berdarah. Baginda Terus tetap tabah lalu berdo'a.

Datanglah Jibrail kepada Nabi Muhammad saw, seraya mengucap salam dan berkata,

"Wahai Muhammad, Allah mengucap salam dan pesan untukmu. Seandainya engkau mahu, aku akan timpakan dua gunung di Mekah ini kepada mereka!"

Rasulullah saw lantas menyahut,

"Tidak! semoga Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah!"

Allah akbar! Hadis ini mengandungi pengertian yang sangat mendalam dan kita lihat ini adalah contoh yang perlu kita belajar dan faham. 


Tentang optimis.

"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(alMumtahanah 60: 7) (Tafsiran arRahman bahasa Melayu)

(Rujukan Bagaimana Menyentuh Hati karya Abbas As-Siisiy)

Optimis baginda sungguh luar biasa. Doa baginda itu penuh mengalirnya kasih sayang. Bersangka baik dan berlapang dada. Bila disakiti, malah didoakan lagi.

Kita ummat baginda, cuba contohi. Kalau kita dimarah ibu atau adik atau kakak atau abang atau sahabat sekalipun, berdoalah. Doalah agar hati kita tenang dan diberi petunjuk oleh Allah. Doalah agar hati mereka di sekeliling kita lembut dan dekat dengan Allah.



Optimis juga sunnah Rasulullah saw!

Sollu 'ala nabiy! 

Pesan ILHAM, ingatkan daku tentang optimisnya Rasulullah saw seandainya daku lupa! 

Monday, January 28, 2013

Kungcingkung




Kungcingkung bukan lai ci kang. Itu fakta.

Bila tengok gambar Kungcingkung rindunya serindu-rindunya. Dia kucing yang sangat baik. Sangat patuh.

Sami'na wa ato'na.

Walaupun kekadang dia 'geget' burung, bedebuk! Jatuh. 'Excited' dia semasa sesi tangkap-menangkap burung yang berterbangan di luar rumah. Bertemankan sinar mentari. Menemani si tuan mencabut rumput. Whoaa, ayat kemain! Hew.

Apakan daya hari terakhir hidupnya, dia sakit. Saat nazaknya, dia gugur. Allahurabbi. Aku terpinga-pinga. Sedih juga hingga ke hari ini. Walau berbulan-bulan sudah dia pergi.

Nak cerita hadis tentang kucing, tapi saya tiada buku hadis. Maafkan saya. Melalui pembacaan saya, Rasulullah saw sangat menyayangi kucing. Antara kucing baginda bernama Muezza. Sedang syok tidur atas jubah Rasulullah saw., Rasulullah saw mahu memakai jubah tersebut. Akan tetapi tidak kesampaian hati untuk menyedarkan kucingnya dari jagaan tidur. Lalu baginda memotong sebahagian kain jubah tersebut.

Refleksi

Kalau kita berada di tempat Rasulullah saw, entah dihenjut-henjut kucing tu suruh bangun. Kononnya kotorlah, meyusahkanlah. Entah diterajang entah dipijak ekornya. Aish.

Rasulullah saw itu sungguh penyayang. Allahu rabbi...

Ummat yang bagaimana kita ini? Dengan sahabat pun kita berkira, apatah lagi dengan binatang.

 Rindu Rasulullah, cinta Rasulullah bukan dengan melafazkan sahaja. Tapi ikutilah sunnah baginda. Banyak lagi hadis kita tak habis ngaji. Banyak lagi ayat alQuran yang belum khatam bacaannya.

Jom kita jadi seorang yang penyayang.

ILHAM


Saturday, January 26, 2013

Tangisan daripada Skrin

Faris memandang komputer riba. Lama. Rifqi tertanya-tanya. Menangiskah?

Rifqi memegang bahu Faris dari belakang. Lembut supaya tidak terkejut.

"Faris? "

Faris terdiam. Hanya jari berbicara. Tulisan ini, katanya. Dia menyeka air mata yang menitis. Hiba. Sesak di dada. Dia memejamkan matanya sebentar. Mencari ketenangan jiwa.

Pesan As-syahid Imam Hassan Al-Banna,

" Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada "


Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. Pengisian daripada murobbi mereka, Hanan yang jauh muda dua tahun daripada mereka.

Kerja-kerja mencelup celupan Allah  ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi kerana kerja itu sangat mulia dan tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang ada. Ini dia yang dikatakan orang mukmin yang kuat lebih baik orang mukmin yang lemah.

Ini dia golongan ashabulQuran.

Di mana-mana hatinya dekat dengan alQuran. Malah dakwah iaitu sunnah Rasulullah terbesar mereka benar-benar meletakkan dakwah Islamiyah tu temapat yang paling prioriti dalah hidup mereka.

Begitu jugalah Allah. Allah akan meletakkan dia dalam kalangan hamba-hamba yang diberi keutamaanNya.
 
Faris merenung dirinya. Apakah aku ini tergolong dalam mereka yang meletakkan komitmen yang tertinggi untuk jihad dan berjuang atas dakwah ini?

"Aku masih banyak berdolak dalih. Aku yang banyak memberi alasan sehingga menyebabkan sahabat-sahabat lain terkorban untukku. Allahurabbi..." Merah wajahnya.

Rintih Faris. Rifqi mendengar dengan setia di sisi sahabatnya itu. Rifqi turut merasa terpukul dengan kata-kata Faris. Jiwa Rifqi turut sama bergetar.
"InsyaAllah Faris. Kita kena bersama-sama bergerak. Aku pun terasa dengan Hanan cakap tadi. Dia murobbi yang hebat. Walaupun dia muda daripada kita, namun cukup jelas tindakan dia menguruskan kita adik-beradik usrah cukup matang." Balas Rifqi.

Faris sambung, "Kita datang je usrah. Tapi itu pun sekali sekala, tak konsisten. Program-program dakwah yng lain sangat banyak memerlukan penglibatan kita. Dulu aku rasa aku taklah diperlukan sangat sebab aku tengok ramai lagi yang hebat daripada aku. Setakat macam aku ni, rasanya macam tak effect apa pun. Tapi bila tengok Hamzah, Syazwan, yang lain-lain tidur pun tak cukup, kerja-kerja assignment sama banyak dengan kita tapi masih gencar bagi komitmen dalam program dakwah." Lama Faris mentapa wajah Rifqi.

"Perasan tak diorang tak pernah marah pada kita. Skip kerja. Skip menguruskan program. Tapi takpun kecil hati ngan kita. Selalu meraikan kita. Aku..aku nak berubah."

Faris berkongsi perasaannya. Sekali lagi dia mengalirkan air mata itu. Sungguh berharga. Air mata itu. Daripada seorang pemuda.

Diamnya itu hanya kedengaran bunyi kipas siling. Jam 1 pagi itu mereka berkongsi rasa dan perasaan.

Rifqi bertambah sedih mendengar luahan sahabatnya. Rifqi memegang bahu Faris. Faris merasakan dunia ini seolah-olah memahami gejolak perasaannya apabila Rifqi mendengar kata-katanya. Tidak ada ego. Hanya sendu seorang hamba yang rindu pada Tuhan. Bukan tangisan jalanan dan murahan. Tapi tangisan itu bakal menjadi saksi dia di hadapan Allah kelak.

Alhamdulillah! Mereka ingin memberi KOMITMEN. Akhirnya mereka bersedia dan menghargai betapa mahalnya harga sebuah komitmen dalam gerakan dakwah Islam ini.

Seperti Saidina Abu Bakr. Hari malam pertama beliau mengucap syahadah, sudah 6 orang sahabat yang berjaya beliau mengislamkan! Allahu akbar. Di mana kualiti seorang pemuda di zaman ini seperti Saidina Abu Bakar r.a.?
 
"Thanks Raef sebab faham. Aku nak berubah dan  aku nak beri yang terbaik. Kita buatlah yang terbaik semampu daya yang boleh. Untuk Islam ini, perjuangan kita hari ini untuk generasi akan datang." Tegas Faris.

"Besar atau kecil, hebat atau tidak itu bukan ukuran. Yang penting sejauh mana kita sudi bagi komitmen untuk bersama-sama menggerakkan dakwah ini." Sambut Rifqi.

Mereka berdua kembali bersemangat dan sedar ISLAM ini bukan tugas seorang atau dua orang tetapi tugas semua orang.

Eh, sedar dan faham itu lain maksudnya. Sedar tapi kalau tak faham, seperti air dicurahkan ke daun keladi. Terasa sejuknya tapi tak meresap untuk menikmati air itu. Faham dan buat itu juga lain. Ibarat seperti pokok tanpa buah. Ada pokok tapi tak berbuah, pokok itu dianggap pokok jantan/mandul.

Takkan aku juga mandul dalam komitmen ini? Faris menghabiskan tulisan tangannya itu di blog. Menutup kembali lap top.

Sayangnya, bukan semua yang sudi memberi komitmen ini. Monolog Rifqi. Bersedia untuk melelapkan matanya.

Faris laju melangkah ke bilik air.

Kelicak, kelicuk bunyi air.
"Aku tidak kisah akan pandangan manusia kerana yang paling aku kisah pandangan Allah. Kelak bila aku di hadapanNya kelak, Dia mengetahui inilah harga sebuah komitmenku kepada dakwah dan perjuangan ini. Ya Rabb, terimalah hamba menjadi pejuang agamaMu. "


 Doa Faris di dalam hatinya sambil melangkah dengan semangat ke tempat sujud itu!

" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "


(KH.Rahmat Abdullah)



Idea asal dan tulisan asal: Nur Syawana Bte Murad
Edited mengikut permintaan: ILHAM

Monday, January 14, 2013

Perasaan apabila bertemu orang yang kita suka

Pertama sekali mestilah gembira.

Boleh terbayang-bayang zaman kegembiraan bila bersama dahulu.

Boleh juga terbayang dosa dahulu.

Perasaan nak jumpa banyak kali.

Kalau anda ada simptom seperti di atas, sah memang anda jatuh 'dalam' cinta. Hai, kalau buka topik ni terus laju teringat awek atau pak we dulu kan. Ok. Itu salah :)

Ukhuwah Islamiyyah.

Apabila diri ini dicintai, begitulah perasaan orang yang mencintai. Cuma empat perkara ini kadang-kadang sudah cukup membuatkan diri ini dihempap sebilion bunga mawar di hati. Ohoi..!

Bila diri ini disayangi, orang itu pasti mahu bercerita panjang tentang kisah hidupnya sebab dia mahu orang yang dia sayang tahu al-kisah al-bab hidupnya.

Ketika diri ini dipercayai, pasti bertalu-talu perasaan bertandang. Rasa rindu, rasa sayang, rasa apa lagi ye..rasa benci dan rasa tak suka.

Eyh, kenapa berkata demikian?

Sebab memang sunnatullah begitu. Kejap rasa rindu. Kejap rasa benci. Sebab kita ini manusia. Sememangnya ada perasaan begitu. Allah uji hubungan kita dengan sahabat supaya kita belajar bagaimana erti rasa bersyukur dan mengendalikan situasi-situasi yang sebegitu rupa.

Allah nak kita belajar.

Daripada kesilapan yang kita lakukan.

Berfikir betul atau salah dan kemudian perbaiki.

Terkadang membuat keputusan dalam keadaan emosi. Emosi itu juga Allah uji bila kita berhadapan dengan kawan-kawan. Hidup adalah komunikasi. Komunikasi kita dengan Tuhan. Komunikasi kita dengan makhluk ciptaanNYA.

Allah suka orang yang perbaiki diri.

Kerana selangkah kita mendekati Allah, berlari Allah mendapatkan kita.

Percayalah selagi kita berasa serba salah dan berat dengan sesuatu, positiflah dengan Allah.

Selagi masa ada nyawa, perbaikilah hidup ini ke arah mendekati Allah.



Kalau kita bertemu dengan orang yang kita suka, katakan padanya,

"UHIBBUKUM FILLAH!!"

Pesanan Ilham,
Memang begitu perasaaan saya ketika saya bersahabat dengan semua. Apatah lagi yang hidup bersama saya selama ini. Uhibbukum fillah ;)

Sunday, January 13, 2013

Surat kepada sahabat yang...

Kehidupan sebagai seorang muslim.

Kita hari-hari makan. Kita hari-hari minum. Kita hari-hari membuang 'sisa toksik'. Apa yang akan terjadi andai sahaja kita perit tekak? Andai sahaja nak muntah? Andai sahaja kita sembelit? Siapa yang berkuasa menentukan kita sihat dan sakit? Yang menentukan destinasi hidup kita?

Allah taala tentunya. Tuhan kita!!!


Awak bersyukur kalau awak tak sembelit? Awak bersyukur tak awak boleh makan dengan kenyang? Awak bersyukur tak awak boleh hidup dengan udara dan jantung yang sihat? Bersyukurlah awak. Nikmat itu Allah yang beri. Bukan dengan magika dia datang sendiri. Tidak. Tetapi Allah yang menentukan.

Andai sahaja kita ditarik nyawa saat ini, amalan apakah yang akan kita persembahkan kepada Allah?


Awak nak tahu tak, kita perlu sangat bersyukur kepada Allah. Sebab Allah kita terpilih untuk menjadi manusia di dunia daripada berjuta-juta sperma yang bersaing dengan kita. Bukan suka-suka Allah cipta kita di dunia. Ada tanggungjawab yang akan disoal kelak. Apakah telah selesai tugasan kita itu?

Tugasan sekarang.

Hamba Allah.
Khalifah.

Saya tahu mesti awak bosan dengan tajuk ini. Tapi saya nak tulis juga sebab setiap kali saya tulis, ini akan mengingat diri saya kembali. Sebab saya selalu lupa dua tugas utama saya ini.

Awak, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah apatah lagi calon Syurga Allah memang payah. Tak semua kita suka buat dan minat, baik untuk kita. Tak semua kita tak suka dan benci, buruk bagi kita.

Sama seperti solat.

Awak nak lari daripada Allah? Bagaimana awak nak lari daripada Allah? Semua tanah, semua ciptaan Allah, adalah milik Allah termasuk bangunan setinggi langit, gua sekelam malam, hutan seluas angkasa dan duit sebanyak emas, milik Allah.

Kita miskin.

Kita ini miskin dan tak punya apa-apa di dunia. Miskin hina dina. Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Cuba awak explain kenapa awak buat begitu. Saya tak faham dan memerlukan rasional daripada awak untuk perkara itu.

Saya tak pandai berhikmah. Maafkan saya seandainya ini soalan yang sangat kejam bagi awak. Tapi awak nak tahu saya menangis bila awak kata awak nak lari daripada solat.

Awak, jangan kejam dengan Tuhan.

Awak, jangan kejam dengan saya.

Saya takut suatu hari nanti awak cari saya di akhirat. Tuhan suruh awak cari saya. Lalu menyoal.

"Kenapa kau tidak mengajak aku solat? Kenapa kau membiarkan aku dalam kesesatan?"

Saya tak nak. Saya takut dengan itu. Saya cuba sedaya upaya apa yang saya ada untuk membantu. Tapi awak please buka sedikit ruang di hati awak untuk merasakan diri bertuhankan Allah.

ALLAH knows you well.

Saya harap suatu hari nanti awak berubah.

Berubah kepada Allah.

Keikhlasan untuk berubah itu subhnallah sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Awak...

Saya nak awak solat...

::Sahabatmu::

Monday, January 07, 2013

Tema blog

Sebenarnya tema itu penting.

Jadi saya masih berfikir-fikir lagi tema apa blog ni sebenarnya.

Jadi jika saya berkesempatan, saya akan menyusun dan merangka kembali struktur penulisan seterusnya.

Saya yakin ini akan memudahkan saya untuk capai objektif saya menulis  di sini.

Doakan saya yang sesak dengan 'kerja rumah' dan peperiksaaan yang akan datang supaya mudah.

ameen.

Bila saya 'percuma' saya akan terus 'menaik tarikh'.

Inche Gabbana punya pengaruh :3

Wednesday, January 02, 2013

Bonggol jalan di tengah jalan

Sesekali aku melihat telefon bimbit. Suda agak jauh ke tengah malam. Aku masih membuta menyiapkan slides presentation. Ah, aku kena berusaha!

Ligat aku berfikir. Kakak sudah sampai rumah ke? Risau.

Salam kak! Harap dah sampai sana. Barakallahufik!!!

Kring..kring... Aik kakak telefon? Nak ucap selamat malam kot. Hue hue. Hati berbunga riang ;)

Assalamualaikum. Husna! Akak belum sampai rumah lagi ni. Ada kat R&R lagi...

Aik, sudah 2 jam berlalu kat tempat sama?

Kereta akak rosak...
Sedihnya dengar suara kakak. Kakak bersabarlah atas dugaan ini. Aku gelabah semacam dah. Kalau aku dah ada lesen dan ada kereta, SEKARANG juga aku pecut ke sana!


Syukur manusia perlu kita tahu bukan dengan perkataan, "Kalaulah...Kalaulah...". No! Pedulikan apa orang lain kata dan jadilah diri sendiri. Tetapi ini bukan bermaksud kita terus buat bodoh (baca: tak tahu) dengan kata orang. Kita perbaiki kalau perkara iu benar-benar kesilapan kita.

Tapi nak mengumpat belakang memanglah I tak peduli you know! Serik telinga dengar, kebas hati la nampaknya..

Tetapi sayangnya masyarakat Malaysia hanya mampu mengumpat dan terus mengumpat. Tiada kepedulian sayang dan kasih kepada sesama makhluk. Kita sama di sisi Tuhan. Yang membezakan kita  kepedulian kita terhadap iman dan taqwa kita ;)

Kalau kita teruskan hidup seperti biasa-biasa sahaja, apa yang kita belajar tentang Islam?

Teringat satu kata-kata yang cukup buat seorang pelajar tingkatan empat ketika itu gumam,
"Aku tak sukalah extreme extreme ni. Nanti ada orang kata aku sesat. Tak nak aku. Baik aku hidup biasa-biasa sahaja."

Menjeling-jeling dia kepada orang-orang yang tudung labuh. Bagi dia tutup rambut pun dah tutup aurat. Kesiannya dia. Dia belum tahu sepenuhnya tentang syariat aurat.

Terkadang hidup ini ada bonggolnya. Adakala perlu perlahan adakala perlu speed atas jalan. Tetapi sejauh mana kita sebagai pemandu kereta ini perlu tahu destinasi kita seterusnya. Kemahiran pemanduan yang cekap dan sungguh bergaya seperti super saiya sungguh membantu mempercepat perjalanan kita. Kalau kita tiada ilmu tentang memandu, mana mungkin kita akan tahu guna kereta dan tiba di destinasi walaupun ada alternatif lain.

Seperti hidup. Kita ada alQuran. Kalau kita tidak mengaji (baca: mangkaji dan belajar) alQuran, mana mungkin kita tahu kita ini adalah hamba Allah dan kita ada tanggungjawab sebagai khalifah bumi. Hidup kita adalah jalan. Kereta kita alQuran dan Sunnah. Destinasi kita adalah Allah! Mana mungkin kita nak cepat sampai kepada Allahdan dapat Syurga yang osem kalau kita hanya melalui kehidupan yang biasa-biasa sahaja. Allahu...

Kadang-kadang terlupa. Kita ini adalah daie (pendakwah) dan muslim! Bukan saya seorang. Tapi awak yang membaca ini juga ada tanggungjawab yang sama seperti saya.

Hamba Allah.

Khalifah bumi.

Kita bukan biasa-biasa untuk masuk syurga yang luar biasa.

Menangis di tepi tiang gol.