Saturday, January 26, 2013

Tangisan daripada Skrin

Faris memandang komputer riba. Lama. Rifqi tertanya-tanya. Menangiskah?

Rifqi memegang bahu Faris dari belakang. Lembut supaya tidak terkejut.

"Faris? "

Faris terdiam. Hanya jari berbicara. Tulisan ini, katanya. Dia menyeka air mata yang menitis. Hiba. Sesak di dada. Dia memejamkan matanya sebentar. Mencari ketenangan jiwa.

Pesan As-syahid Imam Hassan Al-Banna,

" Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada "


Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. Pengisian daripada murobbi mereka, Hanan yang jauh muda dua tahun daripada mereka.

Kerja-kerja mencelup celupan Allah  ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi kerana kerja itu sangat mulia dan tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang ada. Ini dia yang dikatakan orang mukmin yang kuat lebih baik orang mukmin yang lemah.

Ini dia golongan ashabulQuran.

Di mana-mana hatinya dekat dengan alQuran. Malah dakwah iaitu sunnah Rasulullah terbesar mereka benar-benar meletakkan dakwah Islamiyah tu temapat yang paling prioriti dalah hidup mereka.

Begitu jugalah Allah. Allah akan meletakkan dia dalam kalangan hamba-hamba yang diberi keutamaanNya.
 
Faris merenung dirinya. Apakah aku ini tergolong dalam mereka yang meletakkan komitmen yang tertinggi untuk jihad dan berjuang atas dakwah ini?

"Aku masih banyak berdolak dalih. Aku yang banyak memberi alasan sehingga menyebabkan sahabat-sahabat lain terkorban untukku. Allahurabbi..." Merah wajahnya.

Rintih Faris. Rifqi mendengar dengan setia di sisi sahabatnya itu. Rifqi turut merasa terpukul dengan kata-kata Faris. Jiwa Rifqi turut sama bergetar.
"InsyaAllah Faris. Kita kena bersama-sama bergerak. Aku pun terasa dengan Hanan cakap tadi. Dia murobbi yang hebat. Walaupun dia muda daripada kita, namun cukup jelas tindakan dia menguruskan kita adik-beradik usrah cukup matang." Balas Rifqi.

Faris sambung, "Kita datang je usrah. Tapi itu pun sekali sekala, tak konsisten. Program-program dakwah yng lain sangat banyak memerlukan penglibatan kita. Dulu aku rasa aku taklah diperlukan sangat sebab aku tengok ramai lagi yang hebat daripada aku. Setakat macam aku ni, rasanya macam tak effect apa pun. Tapi bila tengok Hamzah, Syazwan, yang lain-lain tidur pun tak cukup, kerja-kerja assignment sama banyak dengan kita tapi masih gencar bagi komitmen dalam program dakwah." Lama Faris mentapa wajah Rifqi.

"Perasan tak diorang tak pernah marah pada kita. Skip kerja. Skip menguruskan program. Tapi takpun kecil hati ngan kita. Selalu meraikan kita. Aku..aku nak berubah."

Faris berkongsi perasaannya. Sekali lagi dia mengalirkan air mata itu. Sungguh berharga. Air mata itu. Daripada seorang pemuda.

Diamnya itu hanya kedengaran bunyi kipas siling. Jam 1 pagi itu mereka berkongsi rasa dan perasaan.

Rifqi bertambah sedih mendengar luahan sahabatnya. Rifqi memegang bahu Faris. Faris merasakan dunia ini seolah-olah memahami gejolak perasaannya apabila Rifqi mendengar kata-katanya. Tidak ada ego. Hanya sendu seorang hamba yang rindu pada Tuhan. Bukan tangisan jalanan dan murahan. Tapi tangisan itu bakal menjadi saksi dia di hadapan Allah kelak.

Alhamdulillah! Mereka ingin memberi KOMITMEN. Akhirnya mereka bersedia dan menghargai betapa mahalnya harga sebuah komitmen dalam gerakan dakwah Islam ini.

Seperti Saidina Abu Bakr. Hari malam pertama beliau mengucap syahadah, sudah 6 orang sahabat yang berjaya beliau mengislamkan! Allahu akbar. Di mana kualiti seorang pemuda di zaman ini seperti Saidina Abu Bakar r.a.?
 
"Thanks Raef sebab faham. Aku nak berubah dan  aku nak beri yang terbaik. Kita buatlah yang terbaik semampu daya yang boleh. Untuk Islam ini, perjuangan kita hari ini untuk generasi akan datang." Tegas Faris.

"Besar atau kecil, hebat atau tidak itu bukan ukuran. Yang penting sejauh mana kita sudi bagi komitmen untuk bersama-sama menggerakkan dakwah ini." Sambut Rifqi.

Mereka berdua kembali bersemangat dan sedar ISLAM ini bukan tugas seorang atau dua orang tetapi tugas semua orang.

Eh, sedar dan faham itu lain maksudnya. Sedar tapi kalau tak faham, seperti air dicurahkan ke daun keladi. Terasa sejuknya tapi tak meresap untuk menikmati air itu. Faham dan buat itu juga lain. Ibarat seperti pokok tanpa buah. Ada pokok tapi tak berbuah, pokok itu dianggap pokok jantan/mandul.

Takkan aku juga mandul dalam komitmen ini? Faris menghabiskan tulisan tangannya itu di blog. Menutup kembali lap top.

Sayangnya, bukan semua yang sudi memberi komitmen ini. Monolog Rifqi. Bersedia untuk melelapkan matanya.

Faris laju melangkah ke bilik air.

Kelicak, kelicuk bunyi air.
"Aku tidak kisah akan pandangan manusia kerana yang paling aku kisah pandangan Allah. Kelak bila aku di hadapanNya kelak, Dia mengetahui inilah harga sebuah komitmenku kepada dakwah dan perjuangan ini. Ya Rabb, terimalah hamba menjadi pejuang agamaMu. "


 Doa Faris di dalam hatinya sambil melangkah dengan semangat ke tempat sujud itu!

" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "


(KH.Rahmat Abdullah)



Idea asal dan tulisan asal: Nur Syawana Bte Murad
Edited mengikut permintaan: ILHAM

No comments: