Sunday, April 28, 2013

Signs of Futur

Mulianya seorang murobbi itu terletak pada keikhlasannya pada Allah.

Always and cannot be stop or comma.

Mulianya didikan mereka sehingga melahirkan beribu malah jutaan graduan Universiti Tarbiyyah Islamiyyah.

Kepatuhan mereka terhadap Allah menjadi tebaran ramatNYA tersebar lebih meluas lagi.

Cita-cita syabab itu sehingga ke pelusuk dunia akan dia singgahi untuk dakwahi cinta.

Tarbiyah itu indah.

Liqo itu sarana tarbiyah.

Seandainya tarbiyah dan dakwah itu boleh jalanai dan membentuk para kader tanpa liqo, ayuh silakan.

Tetapi berjayakah untuk mengekalkan momentum dakwah dan tarbiyah?

Kadangkala futur dan kadangkala melemah.

Kata akhi, jangan putus dengan akhawat. Jangan putus sesama ikhwah.

Teruskan liqo. Menyalur ilmu hingga ke hujung usia dunia.

Kata akhi, kita selalu bertanya, bagaimana futur ini? Bagaimana?

Persoalan ini takkan berhenti.

Dengan setiap kali kita bertanya itulah, kita akan berhasil meraih cinta semangat itu.

Jangan pernah lelah bertanya, bagaimana?

Jangan pernah berhenti menjawab.

Kerana kata-kata itu pemangkin dan pembangkit jiwa yang sedang tenggelam lemas.

Jangan pernah merasa bosan dengan jawapan dan soalan yang ditanya.

Kerana di situlah aliran kebaikan bermula pada setiap kefuturan.

Kembalilah kepada fitrah.

Yang sentiasa berzikir malah mendoakan yang lain supaya diampunkan dosa.

Itulah sifat alam.

Hinalah manusia yang kurang berzikir pada Allah. Muliakah kita dengan tumbuhan?

Lihat pokok yang menjulang tinggi ke langit.

Berlumba-lumba mendapatkan membuat kebaikan kepada manusia di bawahnya.

Akar keimanan yang kuat pabila ditolak takkan tumbang sekalipun.

Akar, baja, petani dan batang yang kuat umpama institusi tarbiyah.

Akar keimana, baja cinta ilmu, petani yang berusaha dan bersabar dan batang yang tumbuh saban hari.

Lama mana kita dalam tarbiyah, Allah bertanya apa yang kau buat pada umurmu?

Allah tidak bertanya, siapa murobbimu? Jemaah mana?

Selagi track kita track yang Allah cintai dan benar, inilah yang Allah rahmati.

No comments: