Sunday, April 14, 2013

Takut itu alasan.

Owh, hari ini hari menerima. Mengantuk letih sekadar menerima tanpa memberi.

Dengar, tulis dan mengangguk.

Ah, tidak kalah okeh. Kalau berjumpa dengan sahabat perjuangan, kata-kata mereka saling membahagiakan. Ah, bisakah aku terus duduk diam bersamamu sahabat?

Maka aku cuba berusaha memberi melalui kata-kata yang baik buat sahabat yang kutemu.

Aku seorang pendiam. Pendiam teramat di kediaman sementara. Takut untuk bicara. Takut salah sangka. Takut bajet bagus. Takut dilabel 'eleh, pakai cakap'. Takut aku tak lakukan apa yang aku cakap.

Ah, itukan alasan.

Bisikan syaitan supaya suruh kau berhenti. Lemahkan titik point kau di situ.

Bisakah aku duduk bersamamu sahabat yang selalu bahagiakan dengan kata-katamu? Kerana aku hanya ingin mendengar celoteh ayat-ayat keimananmu.



Kau tidak seharusnya lemah dan terus-terusan melihat kelemahan diri. Berusaha untuk menjadi hamba yang disukai Allah.

Allah kan suka pada mukmin yang kuat berbanding lemah...

Hmmm.

No comments: