Tuesday, November 26, 2013

Sekenit mengenal diri

Kutulis ikut rasa
Menemukan Tuhan yang Esa



--

Tuhan, tika jiwa ini sakit
Aku lemah
Tuhan, tika hati ini gering
Aku putus asa

Namun ada sekenit berjiwa besar
Memujuk rayu agar kuat
Sekenit itu ada dalam jiwa


Saya tahu semua orang terkadang begitu. Terkadang lemah. Terkadang kosong. Keluarlah dari kelambu tidur. Keluarlah mencari makna kehidupan. Jangan teruskan tidur yang panjang. Tidur yang panjang membuatmu semakin cepat tua. Percayalah kepadaku. 

Saya sendiri pernah merasakan kecewa pada diri. Kenapa aku tak sebaik dia? Kenapa aku tak sebijak dia? Kenapa aku tak seramah dia? Kenapa aku? Kenapa aku?


Persoalan ini akan terus bermain sehingga anda tua. Tetapi permainan ini akan berhenti jika anda mengenali diri anda sendiri. Percayalah. Kenal potensi diri. Kenal sifat diri. Kenal bakat diri. Kenal minat diri. Barulah permainan itu tamat. Tahniah! Sebab anda telah berhenti membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain. Jadi, bila kenal diri, anda terus mulakan langkah pertama untuk menjayakan impian anda melalui bakat, minat dan potensi yang anda ada.

Apapun langkah pertama itu sangat penting. Seandai anda tersalah langkah, kembali pada langkah pertama anda. 

Seandai anda tidak tahu bagaimana anda ada bakat atau tidak, carilah ilmu!

Ilmu.
Ilmu.
Ilmu.

Saya mula kenali potensi diri sejak sekolah menengah lagi. Namun kadang-kadang potensi diri yang kita ada boleh berubah mengikut keadaan semasa dan suasana didikan kita sepanjang kita membesar. Jadi, sebagai contoh saya merupakan ahli pengawas sekolah. Saya lihat saya berpotensi dalam bidang kepimpinan. 

Setelah tamat sekolah, saya meneruskan aktiviti menggilap kepimpinan saya dengan menyertai persatuan dan usrah. Di situ saya mula melihat diri saya ke arah bidang penulisan dan menyusun atur program yang sudah dirancangkan. Kenapa bidang penulisan? Saya sudah terlalu kerap membuat kertas kerja program sehingga sudah terbiasa menulis.

Mesyuarat yang diadakan mendidik saya berani melontarkan idea dan pendapat. Melalui mesyuarat juga mengajar saya bertoleransi. Saya seorang yang ego dahulu. Bagaimana saya tahu? Saya cukup marah jika sesiapa yang tidak mahu menerima pendapat dan idea saya. Jadi, saya cuba belajar hakikat bahawa saya hidup dengan ramai orang. Bukan saya seorang. Jadi, saya belajar untuk menurunkan ego agar saya tidak mengecewakan diri pada masa hadapan.

Jadi, walau anda merasakan personaliti anda kerap berubah, cuba anda renungi sebentar diri anda. Siapa diri anda da tentukan hala tuju hidup anda. Menuju Tuhan atau sebaliknya. Jika menuju Tuhan tentu ada banyak cara. Anda kurniaan Allah yang maha hebat.

Anda ada tangan. Anda ada kaki. malah anda mempunyai akal fikiran yang boleh memanipulasikan kuasa dunia. Kini segalanya berada di tangan anda. 

Terpulang kepada anda untuk menguasai dunia dan akhirat bagaimana caranya. Apapun yang sangat penting ialah langkah pertama menuju Tuhan. Langkah kedua ILMU.

Semoga berjaya!!

--

Kenapa saya rasa skema sangat ayat di atas? Kerana saya sedang mengolahsemula (baca: edit) sebuah buku yang bakal diterbitkan daripada seorang penulis yang bakal meletup di Malaysia dalam masa terdekat ini. Inilah penangan daripada BMT iaitu bahasa Melayu tinggi yang ditetapkan oleh pihak penerbit.

Salam Mujahadah.

Psst ada iklan. 
Tanggal 20 hingga 22 Disember 2013 kumpulan fasilitator kami akan mengadakan Summer Camp bertempat di Mujahadah Agro Camp di Smeenyih. Jika anda berminat, PM FB: Mujahadah Agro Camp. Perkhemahan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 10 hingga 17 tahun. Lepaklah..!

2 comments:

Nina Mads said...

bestnya kalau dpt join pegi kem..

Unknown said...

Saya banyak melibatkan diri dalam akiviti perkehmahan. Terutama untuk budak-budak.

Amanina pernah join mana-mana kem?

;)