Monday, January 31, 2011

cerita dia.


grapesvideo kali ini menyajikan never give up yang datangynya daripada Barcelona Summer Olympics. anda mempunyai impian? apakah impian anda?

cerita dia

ahmad masih lagi menelaah bacaan surah hafalannya seusai solat subuh. jam menunjukkan pukul8.30am. dia tidak berganjak.

dia khusyuk memastikan bacaannya lancar sebelum tasmi' dengan ustaz husni selepas ini. 5 muka surat hari ini berjaya dihafaz sejak malam tadi. surah Fatir. dia fokus. dia faham. dia amalkan.

alhamdulillah. hari ini aku dah menghafaz surah Fatir. esok sambung surah yang lain. aku nak habis cepat. cepat pula nanti aku akan muraja'ah balik ayat-ayat yang lama.

dia melangkah ke kelas pula hari ini. hari ini dia ada kelas komputer. belajar programming. matlamat pengajian tinggi tahfiz itu bukan semata-mata menghafal alQuran tetapi melahirkan pelajar yang multiskill. bak kata masyarakat menjadi 'profesional ustaz'.

hati dan pemikirannya tidak banyak diganggu hal-hal luar. hatinya sentiasa dekat dengan alQuran. dia mahu ikuti sunnah Rasulullah. kehidupan baginda sangat-sangat dikagumi ahmad. antara matlamat dunia dan akhirat diseimbangi.

akhlak Rasulullah itu adalah alQuran.

namun ada satu yang merunsingkan hatinya baru-baru ini. dia tabah. dia dengar. dia tahu. dia buntu.

"ibu, dah lama ibu tidak jenguk mad di sini. rinduuuuuuuuuuuuuuu pada ibu." nadanya menurun meminta tanda kasihan.

"mad, ibu sibuk. abah sibuk."

"ibu. ibu ada apa-apa rahsia daripada anak ibu ni ke?"

ibunya terdiam lama di bibir telefon bimbit pemberian ahmad itu. ibu memandang abah yang terlantar di hospital sejak semalaman. ibu mencari kekuatan. dia berdoa setiap hari agar ahmad berlembut hati dengan perkara yang akan disampaikan ini. sudah lama ibu simpan. sudah lama simpan di lubuk hati.

"ibu.."lembut manja memanggil ibunya. ahmad bersabar menanti jawapan.

"ibu sebenarnya tidak mahu mengganggu ahmad di sana. ibu doa ahmad jadi anak yang baik. yang dengar kata. nanti hafalan lari pula."

"ibu..." panggil ahmad sekali lagi. aduh. anakku. saat ini hanya ALLAH yang tahu betapa hatimu itu lembut, nak.

"terus terang ibu kata. abah sakit. baru semalam masuk wad."

"ibu... doktor kata apa ye?" tenang di meniti bibir. hatinya bergelojak risau.

"kemalangan tempoh hari bukan setakat noktah di situ, ahmad. kakinya di jangkiti virus. "

"ibu..." sekali lagi panggilan itu menggetarkan jiwa keibuannya.

"ibu, esok ahmad balik jenguk ayah. ahmad boleh balik sendiri. nanti kita ikhtiar sama-sama."

dia meminta cuti seminggu dari pentadbiran pelajar di pejabat pengajian tinggi tahfiz itu. dia mahu sendiri menjaga abah dan ibu. ahmad fight betul-betul dan sungguh-sungguh untuk meminta cuti seminggu itu. memandangkan hanya sebulan lagi dia akan menghabiskan pengajiannya di situ.

ilmu psikologinya digunakan. segala ayat-ayat yang touching-touching digunakan.
YES!!! alhamdulillah. ACCEPTED!!!

dia bergegas mengemas barang hari itu juga. memandangkan adik-adiknya masih kecil lagi, dialah yang akan bertanggungjawab atas amanah sebagai anak sulung dan abang kepada adik-adiknya. jam menunjukkan pukul 4 pagi. dia tiba di stesen bas. dia mencari penyelesaian yang melanda hidupnya itu. dia mengambil keputusan untuk ke hospital berkenaan memandangkan ibu berada di rumah bersama adik-adiknya.

aahhh,teksi pula tiada. heh.
alamak, aku tidak boleh mengeluh. aku nak contohi Rasulullah. ikhtiar ke sana, bagaimana. bismillah. bismillah. bismillah.

ten!ten! bunyi hon kereta dari arah belakangnya.

"Assalamualaikum. Nak ke mana?" tegur seorang bro. berkopiah putih. seciput janggut menghiasi wajahnya. bersih. ikhlas terpancar.

"waalaikumussalam. nak ke hospital. ayah sakit." nada tenang di situ nampaknya.

"mari naik. abang pun nak balik rumah ni. ambil adik balik nih."

"abang, saya tak mahu menyusahkan orang lain. tak pe abang. saya jalan kaki pun boleh."

"okeh. abang pergi ni. tak dela... mari naik. alang-alang ni. mari-mari." sungguh-sungguh bro tu mengajak. siap pintu kereta dibukakan lagi. adiknya senyum pada dia. bersalaman.

ahmad melabuhkan punggungnya di bahagian tempat duduk belakang.

"terima kasih ye abang."

sambil itu mereka berkenalan. abang itu bekas pelajar di pengajian ahmad. baju batik yang dipakainya itu dikenali abang itu. tidak banyak mereka bualkan. hanya sempat bertukar-tukar no telefon dengan abang tersebut. dia turun lalu menerpa wad lelaki di blok 8 hospital daerah tersebut.

masa melawat tidak dibenarkan.

ahmad meronta-ronta ingin berjumpa dengan abah. tetapi peraturan tetap peraturan. dia mengambil keputusan untuk berehat solat tahajud di surau blok 8. mencari-cari dia surau tersebut.

tiba di luar pintu, dia terdengar alunan ayat-ayat alQuran dari suara indah pemuda. bahagia jiwanya. dia menguak pintu surau. dia berhati-hati menguak agar tidak menganggu. wajah seorang pemuda dilihat ahmad. ahmad terus menunaikan ibadah yang sudah menjadi sebahagian hidup Rasulullah dan para sahabat. solat malam.

bersambung...

2 comments:

Unknown said...

cerita ni wat aku teringat kat seseorang weh.sedih.. :(

Unknown said...

siapa yg ta sedih.
=(
cuma abadikan jadi inspirasi.