Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI".
Cinta itu tidak buta malah yang membutakan itu manusia. Sunguh hati ini meruntun bila menyemak kembali list 10 muwasofat tarbiyah. Sumpah semuanya ibarat angin. Hanya dapat merasai tanpa dapat dihayati.

terima kasih inche ILI
Apabila cinta dunia kita semakin mekar, maka kematian yang semakin hampir pun tidak dapat dirasai. Kene sentiasa muhasabah diri dengan melihat checklist ibadah kita ini. Hati meruntun sekali lagi. Apakah aku layak untukMU wahai Allah? Diri masih belum lagi mencapai 10 muwasofat tarbiyah. Seharusnya aku kuat untuk berdiri dengan merentangkan kain 10 muwasofat tarbiyah!
Be a Super Muslim!
Bila hubungan kita dengan Allah semakin, percayalah hati anda bahagia... Saya pernah merasainya. Bagaikan aku hidup dengan DIA sahaja. Tiada yang lain. Maka, aku mahukan cinta itu lagi wahai ALLAH. Maka, bila hidup cinta ALLAH itu di sisi kita, kita berasa senang.
Sungguh, saya menulis di sini, banyak berbalik pada diri saya. Saya menulis ini kerana banyak melihat diri saya yang hilang. Saya mahukan kembali diri saya dengan menulis dan membaca peringatan itu di sini. Walaupun saya rasa saya seorang sahaja yang membaca blog ini, tetapi benar sekadar berkongsi untuk mengingatkan diri dan hati.
No comments:
Post a Comment