Patah seribu hatiku...
Bila mengenangkan
Segala yang telah pergi
Bila kita kaitkan dengan daulah islamiyah, nastaghfirullah, kita di alam jahiliyah. Perubahan yang berlaku sangat ketara di zaman Rasulullah, Khulafa ArRasyidin dan seterusnya zaman kontemporari. Bayangkan dalam sebuah perpustakaan hadirnya beberapa akhawat bertudung labuh sedang membuat kerja dan beberapa orang yang sedang asyik bercumbuan antara lelaki dan perempuan. *Mentang-mentang baru habis valentine. Betapa ketaranya perbedaan yang berlaku di zaman ini. Allahuakbar.
Seorang ukhti itu berkata, "Nampak tak? Panasnya hati ana!!!"
Seorang lagi ukhti menjawab, "Sabar anti."
"Nak sabar macam mana? Kalau dia itu anak saudara ana, dah lama ana pergi ke situ lempang dia!" bernada perlahan.
....
"Tetapi kita perlu pandang dengan kasih sayang. No hardship to nahi munkar. They will reject our invitation to goodness.." terang sungguh-sungguh.
"Benar. Dakwah bilhikmah! Jadi, what to do? Takkan nak biaq depa gitu. Pandang lemah lembut?"
"Kalau dia anak saudara ana, ana pergi kat dia, cakap kat dia elok-elok, "Ahmad, jom makan. Lapar sangat ni. Kejap jer" Lepas tuh, beri tazkirah panjang pada dia"
Inikah cara paling berhikmah?
Saya masih tertanya dan mencari cara terbaik dakwah bilhal untuk golongan seperti mereka. Rasanya hati saya keras lagi. Belum sensitif dengan manusia. Haish. Tetapi saya perl berusaha. Takkan kita hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa. Dakwah bilhal itu merupakan contoh yang kita dapat tonjolkan dari diri kita. Peribadi muslim. True Muslim. Productive Muslim.
Sedikit mahu berkongsi dari pengalaman.
***
Petang ini bahagia kerana bersama dengan orang yang paling sayang. Memang saya ramai sayang pada orang. Itulah, bila sudah sayang, berjauhan rasa rindu pula. Hadui (tepuk dahi). Itulah saya takut sangat kalau dah sayang kat seseorang itu, perpisahan saya rasa sangat perit. Memang saya tak suka perpisahan. Tapi Allah jadikan sesuatu itu mesti bersebab. Hehe. Lagi satu kalau dah sayang, rindu mesti ada. Saya selalu takut dan sering bertanya, adakah aku rindu dia semata-mata atau rindu kerana ALLAH? Kemudian selepas soalan itu terkeluar, hati tenang kembali. Aku masih mencuba mencintai dia kerana ALLAH.
Sorry to say, dia itu bukan lelaki hokeh!
Aku yang mencintaimu kerana ALLAH.
No comments:
Post a Comment