Wednesday, February 22, 2012

Wasattiyyah yang perlu dibangunkan





Mari kita duduk dan dengar sebentar. 

Saya berkata, " Semangat apakah yang datang bertali arus padanya untuk menyampaikan penyampaiannya yang menusuk kalbu? Meresap ke dalam diri. Menyentuh sedikit dari hati yang kering." Umpama agar-agar kering dan kelat, apabila dituangkan susu diatasnya menjadi sungguh dahsyat kelazatannya. Subhanallah.


Wasatiyyah itu bermaksud kesederhanaan.


MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu  to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.


Rasulullah menjalankan kehidupan penuh sederhana tidak terlalu ekstrem dan melampau-lampau. Malah sederhananya itu berhikmah dan membawa ketenangan. Apabila baginda menghadapi situasi yang kacau bilau atau situasi yang mampu menggores hatinya, namun ketenangan dan kebijakan baginda dapat mengatasi hal tersebut dengan baik. Sebagai contohnya, apabila kita sebagai manusia biasa seringkali dihadapkan dengan ujian-ujian kehidupan seperti kesesakan lalulintas. Lantas apakah tindakan kita marah-marah? Atau diam berzikir sambil muhasabah diri? Pilihan itu ada di tanganmu, sahabat.


"" Anas r.a. meriwayatkan bahawa tiga orang lelaki telah pergi ke rumah beberapa orang isteri Rasulullah SAW dan bertanya tentang cara ibadat Baginda. Setelah dikhabarkan kepada mereka sebagaimana yang diminta, mereka berpandangan bahawa amalan mereka sedikit sahaja, maka mereka pun berkata, “Ði mana kedudukan kami jika hendak dibandingkan dengan Nabi SAW? Sedangkan Nabi telah diampunkan kesalahan yang lepas dan yang akan datang.”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Aku akan menunaikan solat sepanjang malam dan sepanjang hayatku.”

Yang kedua pula berkata, “Aku pula akan berpuasa tanpa berbuka.”

Yang seorang lagi pula berkata, “Aku akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”


Setelah mendengarnya, Rasulullah SAW SAW pergi berjumpa dengan mereka dan bersabda yang bermaksud, “Adakah kalian yang berkata sebegini? Ðemi Allah, sesungguhnya aku lebih takut akan Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya. Tetapi, aku berpuasa dan berbuka, menunaikan solat dan berehat serta aku juga menahwini perempuan. Sesiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku, maka dia bukan daripada umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 5063
""


Cerita diatas best! Bagaimana Rasulullah berserdahana dalam kehidupan tanpa melanggar fitrah sebagai seorang manusia. Subahanallah. Sungguh cantik pencaturan Allah itu. Allah itu mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, maka ujian yang mendatang merupakan bebanan yang kita mampu tanggung. Allah itu sungguh baik. Allah kata, Allah akan mengurniakan keampunan yang besar dan syurga yang luas seluasnya jika  kita berbuat baik dan sabar. Tetapi kalau kita menghadapi ujian itu dengan perasaan yang tidak puas hati, maka ketenangan dari manakah kita akan dapat selain dari ALLAH?



***
Alhamdulillah. Sangat banyak input yang dapat daripada konvensyen fiqh ummah 2012. Tema utama wasatiyyah aka kesederhanaan. Saya banyak muhasabah diri ketika mana saya berada sepanjang konvensyen itu. Banyak flash back kisah silam saya teringat. Saya kebanyakannya melampau dalam mengambil satu tindakan. Kemarahan. Merepek. Padahal boleh ssahaja saya sambut semua itu dengan ketenangan. Tetapi manusia kan, iman pun turun naik. Hati kan Allah yang jaga, mudah dibolak-balikkan. Lantas saya terfikir, apa kekurangan lagi dalam diri? Cinta kepada ALLAH. Mahabbatullah. Tujuan tindakan saya kadang-kadang kurang jelas. Menyebabkan kadang-kadang saya melakukan demi dunia seperti merindui seseorang. Tetapi bila saya muhasabah. Apakah aku rindu itu semata-mata kerana kebaikan dia dan diri dia? Atau aku rindu  dan menangis kerana Allah telah mencampakkan kami perasaan kasih sayang dan bersyukur kerana atas dasar iman kami dipertemukan? Sedikit tenang bila hati ini dipersoalkan begitu. Tak delah nak melalak sepanjang malam. huehuehue.


Alhamdulillah. Konvensyen kali ini Allah mengizinkan saya bertemu dengan dua orang sahabat yang paling saya sayang, Sharina Farhana Nor Sa'ari dan Nur Hidayah Mohd Jamil. Terima kasih ya Allah, Allah telah mempertemukan mereka dengan saya dan melalui mereka saya banyak belajar erti kehidupan dan Tuhan. Mereka mengajar saya erti penghargaan sahabat. Ketenangan dalam berkata-kata. Apatah lagi nasihat yang menambahkan saya rindu pada Tuhan. Mereka mengajar saya erti rindu pada Tuhan. Elakkan rindu pada yang bukan-bukan. Subhanallah. Walau kami tidak banyak bicara, namun air mata ini jadi saksi atas pertemuan yang telah Allah aturkan ini. Terima kasih ye awak, menghargai pelukan saya pada awak. Meminjam sebentar sahaja bahu awak untuk saya melepaskan rindu dan tangisan.


with love of ALLAH

2 comments:

drhidayahjamil said...

Assalamualaikum alyaa...alhamdulillah, bersyukur sgt, Allah pertemukan kita dlm program sebegini...

jaga diri baik2 ye, sama2 kita lakukan semua perkara keranaNya...termasuk belajar..:) dan yg paling penting, dalam tugas dakwah kita ukhti...Allah yusahhil, Amin...I love you! <3

Unknown said...

wsalam wbt ukhti hidayah. sumpah terasa bahagia bila diri memeluk sesorang sepertimu. insyALLAH, kita lakukan yang terbaik!