Thursday, May 30, 2013

Penyangkut baju

"Eh, kau guna penyangkut ampaian besi?"

"Kutip dari rumah."

"Kenapa tak beli?"

"Aku suka cara mak aku."

Baju yang panjang, dia leperkan penyangkut baju supaya dapat sangkut sepanjang baju itu. Lalu mengibas helaian yang lain. Tempias memercik air.

Dibengkok yang pula untuk menjadi bentuk senyum.



"Kau percaya pada penyangkut warisan mak aku ni?"

"Tade kena mengena dengan aku."

"Tidak mungkin. Ia ada kena mengena dengan kita." Kening diangkat.

"Mungkin?" Berkerut.

"Ibarat seperti hati manusia. Hati kita. Hati tetap hati. Tidak boleh diubah menjadi paru-paru. Atau mungkin jantung atau ginjal. Seperti penyangkut ni. Penyangkut tetap penyangkut. Tapi percayalah dengan kelembutan, ia mampu melenturkan yang keras.

"Op! Dengan kekerasan pun boleh beb."

"Tapi bukan bentuk seperti yang kita mahukan. Boleh dihentak ke dinding. Tapi, not our preference. Manusia, sejahat mana pun dia, fitrah kembali pada Tuhan. Selagi dia merasakan ada harapan pada Tuhan. Selagi kita memberi harapan pada dia untuk merasakan kebahagiaan dengan bertuhankan Allah."

Putaran kipas melaju. Ayunan kata perlahan.

"Itu falsafah kau. Tapi kau percaya yang dengan penyangkut boleh buat orang 'hinsap'?" Merampas.

"Ha?"

"Nah, amek sebijikkk!" Adoi.

"Kenaappaaaa?"

"Selalu subuh gajah..." Sengih.


Tuesday, May 28, 2013

Epal bernama Syukur

Syukur kita boleh zahirkan dengan pelbagai cara. Antaranya sujud syukur. 
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun Sujud Syukur

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud (sekali sahaja)
  • Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).



Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”

Nikmat atau hikmat yang Allah beri, kita syukuri. Kadang-kadang satu masalah itu wujud untuk menyelesaikan masalah yang lain pula. Masalah untuk masalah. Ehe. Orang yang positif tidak menganggap masalah itu masalah. Bahkan satu nikmat yang Allah beri untuk dipelajari. Matangnya orang itu. 'Mindset' bak kata Hazirah anak pak cik Nordin.

Oh ada lagi yang sahabat saya pesan.

7 perkara positif setiap hari

1. Cakap positif pada diri2. Imej positif ttg diri3. Orang positif4.. Makanan minda positif dgn ilmu bukan berita5. Perkembangan diri positif dgn seminar dan latihan6. Tabiat kesihatan positif7. Jangkaan positif

(Quoted from Prof Muhaya ",)

Saya sayang sahabat saya.

Sunday, May 26, 2013

Penyokong Saya

Saya selalu memujuk diri. Walaupun tiada kawan-kawan yang memberi rangsangan untuk saya menulis, saya ada umi saya. Senyum sampai telinga.

Menulislah.

Umi saya bercita-cita menjadi penulis juga. Tetapi lepas pencen nanti. Banyak pandangannya saya rasa cukup luar biasa. Biasalah banyak pengalaman dan banyak pandangannya. Dari ilmu sudut dunia sehinggalah ilmu menjadi salah seorang ahli keluarga.

Whoa, semangat!

Saya menulis bukan sebab saya banyak membaca lalu mengolah ayat yang sedap sangat. Tapi saya sekadar mencoret pengalaman saya di catatan ini.

Walau tidak banyak, mana yang ada sahajalah.

Saya bukan kaki buku. Saya suka memerhati dan belajar melalui pengalaman. Bukan sekali pengalaman saya sudah mendapat pengajaran. Aha, berkali-kali jugalah. Eheh.

Habis tu nampak gaya tulisan ni enti macam merajuk je...
Tadelah.
Eheh~
Memujuk diri la ni.

Cewah. Nampak tak conversation dengan diri sendiri tuh?

Saturday, May 25, 2013

Satu Dunia menjadi Saksi

Suasana di sekolah pada hari kejadian

20 Mei 2013 - Hari itu menjadi saksi, perginya Cikgu Yussairi pada usia yang muda. Aku terkejut dan sangat berharap pada Allah agar menumpahkan kasih sayangNYA melimpah ruah kepada Cikgu Yussairi.

Miss his warm smile :(

Cikgu sakit. Pagi 20 Mei dia menghembuskan nafasnya terakhir. Di sekolah. Pagi itu ramai-ramai turun Surau al-Karim, surau sekolah untuk memandikan jenazah. Ramai bekas cikgu sekolah juga turun ke sekolah. Allah sayunya suasana sekolah pada hari itu. Sunyi tanpa gelak tawa.

Setelah selesai memandikan jenazah, jenazah terus dibawa ke rumah keluarga di Klebang. Rombongan bas sekolah dan kereta-kereta cikgu mengiringi sehingga ke sana. Selesai solat jenazah, terus dikebumikan...
Budak-budak diberi peluang untuk majlis pengebumian. Allah indahnya kebaikan mereka.

Kehilangan yang menyaksikan banyak kebaikannya.

Ya Allah permudahkanlah jalannya ke SYURGAMU. Atas pengorbanan masa dan harta demi mendidik ummat Nabi Muhammad menjadi lebih sempurna. Ya Allah permudahkanlah kakinya menjejak ke syurgaMu. Atas cintanya mencurahkan ilmu kepada ummat yang dahagakan ilmu... 

Satu dunia menjadi saksi kebaikanmu. Kerana anak didikmu berada di seluruh dunia..... Salam untukmu syurga, wahai Cikgu Yussairi!


Tuesday, May 21, 2013

Limau Manis

Sahabat, terima kasih sahabat. Menjadi sahabat aku selama ini. Kerana dengan kuasa Allah lah yang telah mempertemukan kita semua. Seandainya aku tidak ketemu kau selepas ini dan aku amat rindu pada kau, aku berharap kita dapat lepaskan rindu di Syurga nanti. Ingat tau, kita jumpa di Syurga nanti. Syurga yang Allah ciptakan untuk orang yang saling berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat, terima kasih kerana selalu tegur aku yang selalu buat silap. Tegurlah selalu walaupun aku rasa tak selesa, ketidakselesaan itu sebenanrnya ada teguran daripada Allah juga. Kau lantakkan sahaja perasaan aku. Sebab Allah itu Tuhan kita. Sepatutnya aku lebih malu di hadapanNYA kerana ketidaksenonohan aku di hadapan ajnabi.



Sahabat, kau lantang dalam bersuara. Kau mengajar aku melantangkan hak diri. Bercakap. Agar hak kau diadili seadilnya. Bukan berdiam diri dan merasa lemah. Kau mengajar aku menjadi lebih kuat. Merasakan diri ini lebih kuat daripada hari semalam dan semalam lagi. Kau mengajar aku adil dengan orang lain. Adil dalam perjanjian. Orang yang memegang janji kan orang mukmin?

Sahabat, terima kasih mengajar aku menjadi sahabat bukan kerana ingin balasan. Ikhlas. Walau sesiapa sahaja. Sahabat, kebersamaan denganmu merasakan akulah sahabatmu selamanya. Keikhlasan itu hanya Allah mengetahui. Keikhlasanmu tidak boleh aku dapati dalam diri ini. Bagaimanakah lagi diri ini? Teruskan bersahabat dengan ikhlas agar aku bisa mengecapi titip tutur kata malah amal mu yang menynagkan sahabat yang lain. Teruskan usaha mengajarkan diri ini menjadi sahabat yang sempurna.

Sahabat, dulu kau selalu kata, kalau masalah kita fikir masalah, memang kepala kita pun bermasalah. Kalau kita fikir, itu kenikmatan dan masalah itu takkan ada apa-apa pada diri kita. Ah, kau mengajar aku untuk menyenangkan kerja aku yang berat. Perjuangan kita masih belum berakhirkan? Perjuangan kita masih jauh terkehadapan. Terima kasih kerana selalu mengingatkan aku tentang penghargaan. Penghargaan sebuah persahabatan. Aku selalu melihat kau keluar bersama sahabat yang lain dan selalu menemani sahabat yang lain makan bersama. Kau mengajar aku bagaimana menjadi sahabat yang baik. Teruskan menjadi sahabat yang menginspirasikan kepada sahabat yang lain.

Panjangkan celoteh saya malam ini.

Saya tujukan seorang demi seorang yang saya sayang.

Mungkin tidak mereka baca.

Cukuplah Allah yang Maha Mengetahui kebaikan mereka.

Petik jari keluar api. Sidai baju kering kemudian. Mencari ilmu ke sana sini. Didik diri akhlak kepujian.

Hidayah kalau tidak dicari manakan sampai. Ilmu kalau tak dicari manakan ada di dalam dada. Limau kala tidak dimakan manakan tahu masam manisnya kan? Kalau semua berkongsi pengorbanan, pasti ukhuwahnya sampai ke syurga. InsyALLAH kan sahabat?

Tujukan khas buat diri sendiri. Yeay!

Sunday, May 19, 2013

Lelaki Kitab

Aku sedang meneliti laporan praktikal di makmal semalam. Di hadapanku sebuah kotak hitam setia memancar cahaya untuk manusia berkelana dunia maya.

Sisi kiri aku ada sekumpulan anak muda. Panjang celotehannya tentang tugasan esei. Sesekali berubah tajuk tentang makanan dan majlis hiburan di halaman universiti akan datang.

Lentok suara. Ya, aku sudah kenalpasti. Indonesia.

Bergurau senda. Malah rapat sekali.

Datang seorang cewek manis Muslimah.

"Buat apa kalian? 'Assignment'?"

Bang! Buku itu di atas meja komputer. Ehem.

"Iya, aku masih menyempetkan buat 'assignment' no lorh."

"Masih ribut lagi? Gue ini sudah hantar kali. Kok masih di sini, chuy?" Satu tamparan di bahagian bahu pemuda itu.

"Aduh. Sabarla, Erlina. Gue lagi fokus ni. Emangnya lu udah makan?" Berpaling menghadap wanita itu.

"Belum. Ni, kenapa tidak makan lagi? Toh kan, gara-gara 'assignment', ga makan kali." Tamparan kedua ke bahu pemuda itu lagi.

Seorang pemuda datang lagi.

"Kenapa semua ngumpul di sini? Bikin idenya ya?" (baca: ide= idea)

"Emangnya gue ga boleh ngumpul di sini? Enak aja lo ya." Tamparan bertubi-tubi. Sengih puas.

"Gue ga cakap papa. Lo yang lebih. Sakit dong.." Diusap bahagian sakit itu. Muka bersahaja.

"Rasain.."

"Erlina, ga manis toh." Sengih tawa diiring.

"Gue emang ga pantes manis ni. Emang gue ga cocok dengan lembut. Ehh, enak ja ya lo ni.."

"Emang ga manis kalau cewek nampar-nampar cowok. Ga manis. Kalau cewek toh, jauh sedikit dari cowok bareng kita ini kan, chuy?" Tanya dia pada pemuda seorang lagi.

"Dengar sini ya, Erlina. Dalam Kitab juga ada menyatakan, kita ini berbeda. Ada sebab Tuhan ciptakan kita berbeda. Bukan sebarangan sentuh."

"Iya. Gue ga papa. Cuma canda doang~ Gue tahu tu, chuy. Lorh mahu dengar aku ceramah? Mahu lorh?" Suaranya sedikit perlahan. Tenang barangkali.


..........
Aku mengerling sekali kepada mereka. Harmoni yang diciptakan Allah.

Pelbagai manusia. Pelbagai prinsip. Pelbagai bangsa. Untuk apa?

Untuk saling mengenal. Untuk saling mengambil ibroh. Selamanya.

Manusia itu harmoni pada bahasa dan kata. Kitab Tuhan. Bila 2 perkataan itu disebut pemuda itu, tahulah aku dia seorang Kristian.

Dia faham.

Fahaman kita?

Terjemahkah melalui perbuatan kita? Terjemahkan melalui setiap kata terucap? Pemuda itu mengajar aku dakwah fardhiyyah. Pemuda itu mengajar aku, harmoni.

Harmoni dalam beragama.

Jadi, kita ada persaingan. Mereka ada projek 'Quotes for Today'. Wow, kita mahu berdiam sahaja? Mahu berdiam atau bangkit bersaing membuat kebaikan :) ?

O My God, Allah!

Kalau masih kata, 'Aku tak layak.'

Pilihlah diri untuk melayakkan.

Ciri-ciri murobbi itu bukan terletak pada seorang yang sumpah sopan, yang sumpah manis, yang sumpah senyum sepanjang masa, yang sumpah sentiasa pakai tudung labuh di mana-mana, yang sumpah cakap ana, enti, ana, enti berbakul-bakul dan tidak pula ada pada yang sentiasa tunduk sampai langgar tiang.

Ciri-ciri murobbi yang Allah pilih itu terletak pada keikhlasan hati dan kemahuan yang kuat.

Awak, murobbi itu sumpah cool giler~
Bukan satu ciri yang ada dalam pakej lengkap yang bergumpal-gumpal saya cakap kat atas tuh.

Warna warni tarbiyah itukan sebab adanya warna warni karakter a'dho nya.

Tarbiyah tak bersri tanpa warna yang menyerikan. Warna warni awak jugalah yang akan menyerikan dakwah dan tarbiyah Allah ini.

Kadang aku merenung jua kembali, dakwah dan tarbiyah ini bukan milik manusia, tapi milik Allah.

Maka, jangan sampai satu hari setelah sekian bertahun dalam tarbiyah, tiada langsung inisiatif untuk menjadi murobbi.

Maka nantikan saat itu nanti, kau merasa futur yang amat. Kau merasa bosan yang teramat. Kau merasa kosong yang teramat. Kau merasa keseorangan. Kau merasa tiada siapa bantu. Kau mula menyalahkan sahabatmu. Kau akan mengatakan tarbiyah ini tak mampu memberikan kesan apa-apa pada diri. Akhirnya kau menyalahkan tarbiyah.

Jangan sampai kau menyerah, sahabat!

Jangan sampai kau menyerah pada hawa nafsu!

Sedangkan kau tidak mencuba memilih diri sendiri untuk keluar dari nikmat 'comfort zone'.

Kau tidak akan merasa cinta bila kau tidak tinggalkan jejak untuk pengorbanan. Manakan datang rasa cinta tanpa pengorbanan.

p/s catatan kobaran seorang pemudi yang mahu kental bukan cengeng sepanjang masa. catatan kisah benar yang diolah. Nama dan setiap butir dialog adalah olahan. Tetapi maksud yang ingin disampaikan sama.

Saturday, May 18, 2013

Pendekar Ummah

Memuliakan Guru / Guru yang Ikhlas



Sebagai seorang pendidik, guru ialah insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat”
(Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan martabat guru yang melaksanakan tugas tarbiyah di tempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.


Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”
(Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa, keempat-empat ciri di atas hendaklah difahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutamanya ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w pada hari akhirat nanti.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:
1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh teladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. 

(Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawab kamu”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah s.w.t. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah s.w.t jika melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru sama ada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa sahsiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah, ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyak aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah, kuliah agama dan kumpulan usrah pada waktu cuti atau hujung minggu.

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh menggembleng tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yang bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekali gus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.



Sebahagian catatan daripada pihak iMuslim
.......

Kenangan di sekolah dahulu menjadikan saya lebih kuat. Murobbi pada fahaman saya seorang yang mendidik jiwa walaupun hanya dia duduk sebentar bersama makan dengan pelajarnya dan menyampaikan nasihat yang baik. Saya masih teringat kisah dahulu, seorang cikgu juga murobbi saya, tak jemu atau tak penat pun nak kejutkan kami bangun Qiamullail. Waktu SPM, siapa je lah yang ada. Cikgu Baha yang setia bersama-sama kami membangun jiwa dekat dengan Allah. 

Kelakar juga. Siap bawa rotan nak kejut kami. Semua orang cuak kalau cikgu Baha datang. Ye lah, dengar suara dia terus terbangun terkejut cari-cari tudung. Gedegang pintu bilik kami dengan rotan. Satu asrama boleh bangun. Haha. Lepas ada orang menyahut suara cikgu di luar, mesti cikgu cakap, " Kejut kawan-kawan kamu yang lain ye...". Laju je cikgu beredar :)

Kenangan sekolah.



 Hari Guru 2013. Gaya paling bertuah Cikgu Azrin. Yang mana satu Cikgu Azrin? =.= Tak sangka cikgu 'sporting' habis! Hehe.

Pendekar itu sifatnya melindungi. Murobbi melindungi kami daripada api neraka.
SELAMAT HARI MUROBBI aka cikgu!

Thursday, May 16, 2013

Fobia Agenda Kristianisasi

Bagi yang fobia agenda Kristian - Terimalah kenyataan ini: Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timb Menteri Pelajaran
---------------------------------------------------------------------------------
Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.

Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka.

Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural, liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil).

Ada yang buat kenyataan mujur depa kalah, kalau tidak DAP (orang Cina) akan jadi PM. Kenyataan tidak berasas ini sangat tidak bertanggungjawab dan terang-terangan memperbodohkan orang melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja tidak munasabah bahkan mustahil untuk perkara ini berlaku dari sudut undang-undang, Perlembagaan, kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu, bahkan tidak tabii pun.

Sekarang seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus dicengkam oleh rasa kebimbangan.

Nak undi PR serbasalah,undi BN ini pula jadinya! Jadi selepas ini asingkan isu pilihanraya dengan isu menangani ancaman Kristianisasi. Jangan campur adukkan. Nak tangani ancaman Kristian, bagunkan agenda dakwah. Nak tangani agenda liberal dan plural atau LGBT bangunkan agenda dakwah.

Ini adalah sedutan dari mesy meja bulat yang di pengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Disember yang lalu yang dihadiri oleh YB Mary Yap:
--------------------------------------------------------------------
"Muhyiddin berkata sekolah mubaligh tidak akan diketepikan dan akan menikmati keistimewaan yang sama seperti sekolah kebangsaan.

"Sekolah mubaligh melaksanakan kurikulum kebangsaan dan oleh itu, ia diberikan status yang sama," kata Yap.

Beliau berkata, Muhyiddin juga yakin sekolah mubaligh akan terus menerima pembiayaan untuk penyelenggaraan bangunan dan program pembangunan profesional.

Ketika membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf sekolah mubaligh.

Yap berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Muhyiddin dan Tan Sri Bernard Dompok, yang menyelaraskan mesyuarat "
 
Kenyataan daripada Ustaz Hafidzi Noor

..............


Jauhi perkara terlarang.

Dekati amalan meyakinkan iman.

Jangan bergelandangan.

Nanti datang yang bukan-bukan,

Ayo, tarbiyah Islamiyyah kita mantapkan :)

Tuesday, May 14, 2013

Sentimental bulan Mei 2013



Hari ini kami berkumpul. Aku semakin terasa akan kehilangan. Ini bulan Mei. Bulan Jun nanti, bila kertas terakhir, pasti ramai sudai melambaikan tangan kepada Monash University. Dari jauh kita datang. Menuntut ilmu di negeri orang. Bersama menikmati kehidupan suka dan duka.

Empat atau tiga tahun bersama kenangan itu takkan hilang. Sungguh jika ikhlas pasti kita sukar melupakan. Pasti Allah limpahkan rahmat atas keikhlasan kita berukhuwah.

Kawan-kawan, selamat bekerja! Selamat sambung belajar!

Sungguh, laju masa berlalu. Meninggalkan kita dengan amal. Amal yang kekal hingga ke hari akhirat. Sampai dibawa penyaksian amal kepada Allah.




Geng netball yang power!

Friday, May 10, 2013

Rendah Diri 'syuh-syuh'

Berbanding-banding diri dengan sahabat?

Rasa kekurangan yang dimiliki?

Menjauhkan diri dari sahabat?

Malas nak layan kerenah orang? Sekadar menjawab 'huh' atau 'k' untuk setuju?


Tiada kemahuan atau alasan untuk mengambil berat orang lain?

Katakan 'tak nak' pada masakan sahabat kerana diri dah banyak menyusahkan sahabat itu?

Simptom paling 'pengsan' yang pernah saya kaji dan alami. Terkadang lemah. Susah nak menjauh daripada perkara negatif. Kawan, jangan hina aku. Kawan, jangan jauhi aku. Kawan, jangan memandangku begitu. aku takut kehilanganmu kerana kecewa dengan sikapku yang dingin.

Kawan, aku kadang-kadang tak bisa memahami kehendakmu. Aku tidak mampu. tertunduk ke lantai.

Kawan, aku nak bangkit. Tapi aku tak tahu. Aku rendah diri. Kawan, aku nak bangun. Tapi kaki aku lemah. Kawan, aku nak melompat. Tapi, aku tak berdaya.

Tunjukkan aku jalan, ya Allah.

Aku lupa ada Allah. Aku lupa yang Allah memberikan segalanya. Hatta, oksigen dan daya menyedut oksigen itu. Ah, aku manusia lalai. Sering berdusta. Sering menyalahkan orang lain. Sering kata pada diri, kau tak mampu. Sering memuji sahabatmu lalu mencela diri.



Apa jalannya?

Berdoa. Doa itu ada pada orang yang tidak sombong. Orang yang tidak jauh dari Allah. Malah orang yang berdoa ini sentiasa dinanti-nanti oleh Allah. Allah, maafkan aku ya Allah. Aku lupa adaMu.

Bergaul dengan orang positif. Keluarlah mencari sahabatmu yang hilang. Bergaullah dengan sebaik-baik pergaulan. Terkadang Allah menghatar kawan-kawan kita sebagai penyembuh hati yang sakit itu. Maka, kebaikan apa lagi yang kamu hendak setelah mendapatkan sahabat yang solehah? Aku lupa adaMu, ya ALLAH.

Senyum dan memberi salam. Formula pemula hari yang positif. Kuntuman senyum itu akan berbalas di hati. Hati yang ingin dibangun dengan sifat memberi. Indah memberi itu. Memberi dengan keikhlasan dan tidak menunjuk-nunjuk itu yang terbaik ;) Tetapi seringkali aku tersungkur untuk berakhlak baik. Aku lupa adaMu.




Melihat diri secara positif. Sisipkan kata-kata semangat setiap pagi! Yeah. Moga terus-terusan bersemangat. Kadang-kadang bila tak mulakan hari kita kerana Allah, ah, ada sahaja yang tak kena pada hari itu. Ya Allah, aku lupaMu.



Sering-sering sahaja ingat Allah. Moga Allah bantu mengisi ruang kelemahan kita itu. Insyaallah.

Rendah diri 'syuh-syuh'. Aku hanya mahu rendah hati.

Monday, May 06, 2013

Warna PRU13 Kali Ini



Kunampak hijau. Gelombang biru. Kulihat kuning. Merah dijiwa. Hitam dirai. Putih berseri. Pelbagai dentingan jari mengusik dan pelbagai ragam dijamah.

Keputusan yang luar biasa. Luar daripada kebiasaan. Sehingga pagi tadi masih menunggu kemenangan setempat. Tambahan peti undi. Eyh, peti undi yang tertinggal saat-saat akhir. Gaya terpadam 'api'. Keterdesakan penyokong di kawasan membuang. Eyh, membuang undi. Macam-macam spekulasi.

Jangan dituduh menuduh. Allah mengetahui. Kita hanya memerhati. Kalau benar spekulasi itu, pasti orang yang beramanah sudah berlaku keadilan dan kejujuran. Wallahua'alam.

Saya pernah membayangkan andai Pakatan Rakyat menang. Pasti haru seluruh Malaysia. Kali pertama dalam sejarah, PR menjadi kerajaan. Teruja. Namun kini mandat dipertahan. Rakyat masih meletakkan amanah itu kepada Barisan Nasional untuk tampuk pemerintahan 5 tahun ini.

Ragam

Sesak. Bingung. Harus ke mana kali? Saya sempat beratur di kaunter hadapan Dewan SK Temiang. Mengambil nombor giliran. Silap. Melihat ssaluran mana. Barangkali lupa sebelum ini penyemakan saluran. Sesak. Masih berkempen.


'Saya rasa, kali ini kita tukar!'

'Kita tukar. Sekejap je maa.'

'Baju kau tu ada hijau dan putih. Tanggalkan..'

'Eyh, Kak Yan ye?'

Senior bertemu junior. Kakak bertemu adik. Atok bertemu cucu. Kekasih lama? Di sini tempat berkumpulnya orang-orang kampung. Lama tidak bersua, kini bersua. Lama tidak pulang ke kampung, kita bertemu kembali. Sudah rindu terubat di hati.

Membaca novel. Gelak sendiri. Kurang peduli dengan sekeliling. Harus bagaimana kali aku? Mahu buang masa atau terus membina masa?

Masanya sudah tiba. Saat beberapa orang lagi dihadapan untuk melangkah masuk ke bilik itu, hati berdegup. Kencang. Bukan kerana abang polis hencem di hadapan. Ah, ini penentuannya. AlFatihah dan basmalah. Macam nak menghadapi peperiksaan besar lagaknya.

Nama disebut.

Nombor IC dihitung.

Dua kertas.

Pangkahan pertama dan pengkahan kedua. Aku tersenyum.

Peti undi dihadapan. Satu demi satu aku hitung kemasukan undian aku. Wah, aku mengundi! Ehem. Saya teruja.

5 tahun lagi apa yang kita perlukan?

Semangat anak muda! Pemuda yang bertanggungjawab dalam memilih kerajaan untuk generasi akan datang.

Ayuh, jangan geserkan dengan perbezaan. Pertemukan dengan persamaan. Jangan asyik merungut. Barangkali kerana dosa yang menimbun. Pesanan khas untuk diri sendiri.



Kenyataan

BN meneruskan mandatnya. PR masih bermujahadah dengan amanah. Bak kata tokoh PAS, kita bukan kalah, tetapi belum menang. Alhamdulillah dan rakyat semuanya mengharap agar kerajaan dapat berbakti kepada rakyat sepenuh hati dan seikhlasnya. Mengharap dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya keperluan harian rakyat.

Walaupun PR tidak menang secara keseluruhannya, namun jangan dilupa tanggungjawab pada kawasan yang dimenangi. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Saya paling mengharap agar Islam terus tumbuh subur dalam politik Malaysia.

Dakwah dan tarbiyah ayuh berkembang maju!!!