Friday, May 10, 2013

Rendah Diri 'syuh-syuh'

Berbanding-banding diri dengan sahabat?

Rasa kekurangan yang dimiliki?

Menjauhkan diri dari sahabat?

Malas nak layan kerenah orang? Sekadar menjawab 'huh' atau 'k' untuk setuju?


Tiada kemahuan atau alasan untuk mengambil berat orang lain?

Katakan 'tak nak' pada masakan sahabat kerana diri dah banyak menyusahkan sahabat itu?

Simptom paling 'pengsan' yang pernah saya kaji dan alami. Terkadang lemah. Susah nak menjauh daripada perkara negatif. Kawan, jangan hina aku. Kawan, jangan jauhi aku. Kawan, jangan memandangku begitu. aku takut kehilanganmu kerana kecewa dengan sikapku yang dingin.

Kawan, aku kadang-kadang tak bisa memahami kehendakmu. Aku tidak mampu. tertunduk ke lantai.

Kawan, aku nak bangkit. Tapi aku tak tahu. Aku rendah diri. Kawan, aku nak bangun. Tapi kaki aku lemah. Kawan, aku nak melompat. Tapi, aku tak berdaya.

Tunjukkan aku jalan, ya Allah.

Aku lupa ada Allah. Aku lupa yang Allah memberikan segalanya. Hatta, oksigen dan daya menyedut oksigen itu. Ah, aku manusia lalai. Sering berdusta. Sering menyalahkan orang lain. Sering kata pada diri, kau tak mampu. Sering memuji sahabatmu lalu mencela diri.



Apa jalannya?

Berdoa. Doa itu ada pada orang yang tidak sombong. Orang yang tidak jauh dari Allah. Malah orang yang berdoa ini sentiasa dinanti-nanti oleh Allah. Allah, maafkan aku ya Allah. Aku lupa adaMu.

Bergaul dengan orang positif. Keluarlah mencari sahabatmu yang hilang. Bergaullah dengan sebaik-baik pergaulan. Terkadang Allah menghatar kawan-kawan kita sebagai penyembuh hati yang sakit itu. Maka, kebaikan apa lagi yang kamu hendak setelah mendapatkan sahabat yang solehah? Aku lupa adaMu, ya ALLAH.

Senyum dan memberi salam. Formula pemula hari yang positif. Kuntuman senyum itu akan berbalas di hati. Hati yang ingin dibangun dengan sifat memberi. Indah memberi itu. Memberi dengan keikhlasan dan tidak menunjuk-nunjuk itu yang terbaik ;) Tetapi seringkali aku tersungkur untuk berakhlak baik. Aku lupa adaMu.




Melihat diri secara positif. Sisipkan kata-kata semangat setiap pagi! Yeah. Moga terus-terusan bersemangat. Kadang-kadang bila tak mulakan hari kita kerana Allah, ah, ada sahaja yang tak kena pada hari itu. Ya Allah, aku lupaMu.



Sering-sering sahaja ingat Allah. Moga Allah bantu mengisi ruang kelemahan kita itu. Insyaallah.

Rendah diri 'syuh-syuh'. Aku hanya mahu rendah hati.

No comments: