Friday, July 05, 2013

Coklat

Saya tak pernah tahu dia suka coklat.

Sehinggalah satu hari saya menghadiahkan semua orang coklat.

Dialah yang paling teruja.

"Coklat? Mana? Mana?"

Senyuman dia tak dapat disangkal lagi kebahagiaan yang terpancar.

Sekali makan 3 bar coklat.

Bila habis, dia tercari-cari lagi.

Saya menghulurkan yang masih berbaki di tangan saya.

"Nah, untuk awak."

Dia senyum. Matanya kelihatan serba salah.

Perkiraannya mungkin, mahu ambil atau tidak.

"Terima kasih. Kalau kau ungkit benda ni, kau jangan salahkan aku."

Saya terima pernyataan itu tanpa sebarang kata-kata. Malas mungkin. Sikapnya yang suka mengusik itu saya biasakan. Setiap kali program, dialah yang paling semua orang tunggu-tunggukan untuk mengusik semua orang.

"Saya tak banyak bawa coklat. Maaf juga."

Menggaru kepala yang tidak gatal.

Mereka memasang mata dan telinga. Saya memandang semua orang. Kenapa senyap?

Ah, saya malu! Saya menghilangkan diri dalam bilik 'termenung'.

Ntah apa yang mereka bualkan sekarang.

Keluar.

Selamba.

"Jom solat. Jom solat. Lambat nanti jangan salahkan saya."

"Weh, kau ni." Jelingan mata seorang sahabat berhampiran telinga saya. Dia senyum.

Mungkin nanti mereka dengar khabar gembira?

Terkadang datang program, bukan niat nak jadi fasilitator. Terkdang nak jumpa dia je. Hah? Astaghfirullah. Betulkan niat. Betukan niat. Betulkan niat.

Satu hari saya dengar khabar. Dia akan ke Australia. Exchange program under Monash University.

Persoaalan dan kata hati bermain-main. Dia akan tinggalkan saya dalam masa dua bulan lagi. Kenapa?

Kali pertama saya mendengar khabar daripada Dr. Bazilah juga merangkap Pengurus Kem Motivasi Cemerlang, saya tak keruan.

Hati saya debar-debar.

Kenapa sampai begitu sekali kegelisahan kau?

Saya teringat tarbiyah bertahun-tahun. Takkan begitu sahaja kau sudah lupakan? Anak-anak didikmu (mutarabbi)? Mereka memerlukan kata-kata semangat dan kasih sayang daripadamu. Cucu-cucumu (Mutarabbi kepada mutarabbi)? Menghilang mereka, mana kau cari ganti?

Jaga keikhlasan. Jaga amal.

Agar nanti Allah tak meninggalkan aku kerana aku melebihkan yang lain daripada Dia.

Dia yang Satu. Bukan seribu.

"Hana, Allah itu ada pada sangkaan hambaNYA. Baik kita padaNYA, Dia lagi la akan memberi kebaikan yang melimpah ruah kepada kita. Baiknya kita padaNYA, Dia akan memberi ilham yang tepat pada nukilan hati. Baiknya kita padaNYA, Dia akan mengizinkan perkara baik buat kita. Walaupun pada mata kita tidak baik." Kata kilatan murobbi suatu ketika dulu saya putus cinta.

Saya jahil dulu. Merindui pada yang tak pasti.

Ya Rasulullah saw! Setiap saat, usahamu ingin mendidik ummatmu menjadi ummat terbaik.

Malah merindui pada sesiapa yang merinduimu, ya Rasulullah!

Ya Allah, besarnya kasih Muhammad kepada ummatnya. Besarnya kasihMu tehadap kami hamba-hambaMu. Aku bermonolog kembali. Kenapa sering aku melebihkan cinta tak pasti? Ampunilah aku, ya Allah.

Merasa berdosa. Itu melampau, Hana! Jeritan batinku berulang kali menggertak seluruh jiwa dan tubuh.

Beginilah perempuan. Berendam air mata sorang-sorang. Dipendamnya hati tidak beritahu sesiapa.

Ingin memujuk hati pada yang pasti.

"Assalamualaikum, Hana. Saya nak jumpa Hana sebentar. Kita jumpa di bilik saya." Dr. Bazilah ceria bersahaja dalam gagang telefon itu.

"Hana, bagaimana?"

"Apa ni Doc.? Kenapa sekarang?" Getar suara mungkin haru.

"Rezeki masing-masing akan datang pada masa yang tepat dan tempat yang tepat juga. Mahu terima?"

Keluar dari bilik Dr. Bazilah. Meluru ke bilik air.

Yahoo! Saya terkinja-kinja.

Bukan nak sujud syukur. Haish.

Saya akan ke Australia.

Saya bukan anak orang senang dan bukan senang nak dapat ke Australia. Dengan jaminan Dr. Bazilah, pasti mak suka saya ke sana.

"Mak, chek akan ke Australia!"

"Wah, bagus chek na. Belajar sana jangan main-main. Ada peluang jenguk negara orang, ceduk ilmu dan pengalaman seluasnya. Tak lama lagi chek grad dah. Chek kena matang. Rasional dalam membuat keputusan. Nak kahwin, nak kerja nanti senang."

"Yelah, mak. Ni chek nak tanya. Tak pernah-pernah mak sebut pasai kahwin? Awat mak?" Mengusik mak. Aku ketawa kecil.

"Tak da lah. Ada kawan chek ni, telefon mak semalam. Tanya pasai chek. Chek sekrang ni ada sesiapa ka?"

Diakah? Atau orang lain? Saya sudah bergenang air mata. Berani-berani call mak saya. Tapi siapa? Orang mana? Orang perempuan memang begini. Semua persoalan ada dalam hati. Bukan nak bertanya. Malu kunun-kunun.

"Kalau ikutkan, chek tak dak sesiapa."

"Hana. Dalam membuat keputusan sebegini. Kita kena tawakal kepada Allah tahap tertinggi na. Bukan sehari dua kita hidup dengan dia. Bukan sebarangan orang kita nak hidup bersama. Hati kita. Hati keluarga. Tanggungjawab juga kena jaga. Solat. Puasa kita. Pergaulan kita. Dengan pensyarah. Dengan kawan-kawan chek. Ingat, rahmat Allah luas. Tak dak siapa boleh tembus langit rahmat Allah, melainkan izin Allah. Mak tak paksa chek buat keputusan ini secepatnya. Terpulanglah chek macam mana."

"Mak, berani dia call mak."

"Nak jadi laki orang. Macam tu lah." Kami gelak bersama. Menghilang gusar yang sedikit.

Seharian saya berdoa bersungguh. Menyambung kembali istikharah yang saya buat selama ini. Penantian ini akan berakhir?

Kali pertama mendengar nama, tenang sudah berbisik pada hati. Bukan sekali dua. Banyak kali.

Ketika saya  personal computer  di ruangan perpustakaan ala-ala santai di tepi pantai, seorang lelaki berlalu  di sebelah saya.

Beberapa gula-gula coklat terjatuh di atas lantai. Beg dia terkoyak di bahagian bawah. Kecil tapi cukup menjatuhkan semua gula-gula yang dia ada.

"Excuse me. Your chocolates." Saya mengutip semua yang ada.

Dia memaling. "Terima kasih.".

La. Melayu rupanya.

"Nu'man." Dia menundukkan kepala.

"Hana." Senyum.

Itu kenangan sudah. Dua tahun lalu.

Kini dia depan mata. Bising ramai orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bukan berseorangan ke Australia. Tetapi dia, Nu'man b Ahmad bersama.

Bertekad kembali membawa segulung ijazah.

Ada rezeki sambung hingga tertinggi.

Kata dia, "Kalau nak menggapai awan, kita kena usaha seperti nak daki langit ketujuh."

"Langit ketujuh?"

"Setahun sudah aku usha kau. Susah. Mak kau. Dr. Bazilah. Abang kau, Hanan. Tapi baru hari itu aku menguatkan kata hati dan membulatkan tekad."

"Selepas peristiwa saya tawarkan awak coklat tu ke?"



Senyum.







No comments: