Tuesday, July 02, 2013

Kem Tunas Potensi Batch II 2013

Pengalaman hujung minggu yang menerujakan saya. Alhamdulillah. Sememangnya banyak yang ingin saya ceritakan penglibatan saya bersama Mujahadah Agro Camp T&C. Tetapi pengalaman baru-baru ini membuatkan saya teruja untuk berubah kepada yang lebih baik lagi.

Ukhuwah mereka.

Kem Tunas Potensi Yayasan Peneraju Batch 2 terdiri daripada 43 orang dan salah seorang daripada mereka itu kurang daya penglihatan. Dia itu Harziah. Sebaya saya. Semangatnya kuat. Tegas dalam apa pun penglibatan. Nak terlibat dalam semua aktiviti. Ada diantara mereka, mereka juga kuat dan termotivasi melihat kekuatan yang hadir pada Harziah. Tidak mudah mengalah. Malah melihat itu bukan penghalang atau kelemahan, sebaliknya kekuatan. Satu lagi, saya teruja dia membaca melalui pendengarannya. Sahabatnya membaca, dia mendengar lalu menghafal surah alMukminun itu. Sepanjang program dia orang yang terkedepan.

Ella, Dolores, Clare, dan Crista mereka non-muslim. Orang Sabah Sarawak. Tetapi akhlak mereka cukup mengharukan saya.

Crista tercedera.

Ella serba salah.

Ella ke hadapan, lalu memberitahu semua, "Saya minta maaf. Kami semua yang menyebabkan kau cedera. Minta maaf ya." Maaf itu diulang kembali. Lembutnya hati Ella.

Ella menjaga hati semua orang. Ceria. Cheer up us every time you speak. So sweet.
Dan Ella pernah bertanya, "Kenapa mereka sembahyang asing-asing? Lelaki dan perempuan."
Amira sahabatnya bertanya kembali, "Kenapa?"
Ella tersenyum lalu menunduk. "Mana la tahu kalau..."

Amirah bersemangat menceritakan peristiwa indah itu pada saya. Abigail pula, eyh silap-silap. Abigail Asrina   teruja yang Ella akan sama-sama puasa dengan sahabat Muslim yang lain. Ya, Ramadhan kali ini. Ella tak sabar katanya. Mungkin ini kali pertama dia akan berpuasa. Makanya, sahabat Muslim perlu menyokongnya bukan sahaja dari kata-kata malah doanya.

Owh.

Satu peristiwa sebelum berakhir, saya geli hati. Clare kuat mengusik dengan sahabat lelaki yang lain. Then Ella memanggil Clare.

"Clare, kenapa kau di sana? Sudah pandai ya, Clare..."

Saya tersenyum. Allah. Dia dekat dengan kehidupan Islam.

Mata saya pun bergetar.

Satu lagi peritiwa yang membuatkan hati saya bergetar. Quranic drilling. Mata saya cukup bergetar jika ada yang menyeru-nyeru nama Allah dengan laungan dan suara yang bergetar. Doanya.

"Ya Allah, jauhilah aku daripada maksiat. Ya Allah dekatkan aku denganmu ya Allah. Ya Allah..!" Doanya pendek tapi cukup mencarik kegelapan hati ini sedikit demi sedikit.

Suara itu saya rindu. Bait itu saya rindu. Laungan demi laungan itu saya rindu.

Ok sebak.

Pulau Beracun itu memukau malam terakhir.

Pulau beracun itu menggantikan sesi hati ke hati. Basah baju. Basah tekak. Basah sekeping kain kerudung. Harapan demi harapan diluahkan. Impian tertinggi dinyatakan.

Saya mendengar luahan itu pun saya sudah sebak. Belum kena marah dan provokasi lagi.

Malam itu saya mendengar. Kesusahan kehidupan mereka. Mereka bukan orang senang. Belajar jauh daripada keluarga. Ada daripada kecil sudah berniaga. Sejak sekolah rendah lagi. Keliling kampung. Ayahnya sudah meninggal dunia. Kuatnya dia. Kekuatan yang dia bina itu, jadilah dia sekarang ini.

Ada yang baru 6 tahun kembali kepada fitrah Islam. Katanya, tiada siapa yang mengajak keluarga mereka memeluk Islam. Ini semua hasil inisiatif sendiri. Hanya satu. Suara azan itu yang memanggil hati mereka kembali kepada Allah. Laungan demi laungan. Hati mereka bergetar. Inikah jalannya? Ya, mereka membenarkan semua itu.

Ada kisah mak sakit. Dia satu-satunya harapan keluarga.

Ada yang dia anak yang pertama dalam adik-beradik masuk universiti.

Ya Allah, malam itu malam muhasabah aku. Aku terfikir, ada lagi orang yang susah sebegini. Kenapa aku tidak sedar? Bila orang yang pernah hidup susah begini hadir menjadi sahabat kita, tentu kita tersa akan kehadirannya.

MAC menjadi saksi.

Ya, saksi pertemuan dengan insan sehebat mereka. Ikhlas menuntut ilmu. Gagah memperkasa cita-cita.

Semoga pertemuan kita bukan sia-sia malah salah satu pencetus semangat untuk hidup terus di muka bumi Tuhan :)

4 comments:

Random Kookiness said...

k. Alyaa, yang lagi sorang tu namanya Crista, yang k. Kinah kata comel tu. K. Harziah tabah. Salute.

Unknown said...

Ya, Crista. Thanks very much. Yes, that's correct, my dear :)

budiyati said...

pulau beracun buat kita rasa insaf..
sy hri tuu kena trik degn fasi sbb group kiteorg tak nak kluar sorg pon..

Unknown said...

Laa yeke!

Datangla lagi sini ye nini my dear!!