Thursday, October 03, 2013

Matlamat Hidup Saya ialah Kahwin

Matlamat hidup saya ialah kahwin

Semua orang gelak. Main-main mungkin dia ni. Umur baru 18 tahun, ada hati nak kahwin. Saya pun jadi hairan. Mengapa cita-citanya ialah kahwin? Pelik. Semakin ramai manusia yang pelik di dunia ini. Barangkali dunia sudah hampir kiamat?

Semua manusia yang hidup di atas muka bumi Tuhan pasti ada cerita dan cita. Cita-cita itu mulia. Bak kata Dr. Azizan Osman, Orang yang tiada matlamat untuk sesuatu sebanrnya dia tiada matlamat dalam hidup. Sentap pedas.

Saya nak jadi juruterbang. Tinggi di awan. Gaji pun lumayan.

Saya nak jadi cikgu. Saya suka budak-budak.

Saya nak jadi jurutera. Saya minat subjek Fizik.

Saya nak jadi ahli politik. Saya nak ubah minda manusia menjadi 'economical and millionaire mind'.

Ya, itu normal. Namun tak semua cita-cita itu dapat kita gapai dalam sekelip mata. Cita-cita seseorang tak perlu diperlekehkan walau seremeh mana. Anda ada? *Kenyit mata.

Kahwin juga satu cita-cita.

Adik yang saya kenal itu seorang yang matang. Baru berinjak ke usia 18 tahun, namun punyai cita-cita mulia iaitu kahwin. Bila mendengar luahan kisah hidupnya, saya baru sedar bahawa ada orang lebih susah daripada kisah sedih hidup saya. Saya baru tahu kadang-kadang cerita dalam novel juga ada kisah benar yang berlaku di dunia. Siapa tahu Allah nak beri sesuatu yang bernilai dalam hidup kita semua?

Saya orang senang. Saya masih ada ibu bapa.

Dia... sejak usia 15 tahun, dia anak yatim piatu. Walaupun ada adik-beradik ramai, siapa peduli tentangnya? Persoalannya, kenapa dia tidak dipedulikan saudara mara dan adik beradik yang lain? Persoalan yang saya sangat touching. Hingga sekarang saya tak temui jawapan. Sebab saya tak tanya dia.

Sejak kecil bayi, dia sudah diam bersama neneknya. Terlalu menyayanginya. Apatah lagi dia seorang yang genius. Di sebalik kesusahan kehidupan, Allah kurniakan otak geliga tahap Conan penyiasat hebat gila. Sejak neneknya meninggal dunia, dia tinggal dengan keluarga sebenar. Tak jauh. Dekat sahaja rumahnya dari rumah neneknya.

Tapi bila sudah dibesarkan oleh neneknya, dalam keluarganya dia tak rapat dengan semua orang. Dia susah hati. Mungkin juga ada banyak persoalan mengapa dia ditinggalkan di rumah neneknya. Tapi masih kool.

Sekolah tahfiz. Itu saranan ibunya. Dia mendaftar. Setiap minggu pasti ibu datang. Harapan menjadikannya anak yang dalam hatinya ada alQuran. Seseorang yang mampu memberi syafaat kepada keluarga dan ummat. Suatu minggu, ibunya tak datang. Dia pulang, pakcik jemput dari sekolah berasrama tahfiz itu.

"Abang, cuba teka, siapa itu?" Adik comelnya bermain teka teki. Dia tahu ayahnya sakit kuat kebelakangan itu. Dia menjawab dalam hati, mungkin ayah yang terbaring kaku itu.

Tak mungkin itu ayah kerana ayah...

ada di luar rumah bersama pak imam dan jemaah kampung yang lain. Ya Allah. Dia hilang semangat untuk berada di sekolah tahfiz itu sejak kematian ibu. Kini tiada apa-apa yang tinggal melainkan kenangan. Dia gagah menghadapi keputusan Allah. Masih meneruskan persekolahan berkat usaha bantuan ustaz di sekolah tersebut. Tetapi hanya menuntut sehingga Tingkatan tiga. 7 Juz dalam ingatan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Well, then beberapa minggu sebelum PMR, berita yang mengejutkan kembali. Ayah kembali kepada Allah. Dia masih di situ termangu. Adik-beradiknya yang lain sudah besar, sudah membawa haluan hidup masing-masing. Siapa peduli tentangnya.

Kini dia menuntut ilmu di Program PINTAR di UKM. Sebab pertama percuma. Sebab kedua dia bijak. Sebab ketiga ada tempat tinggal. Jadi, dia masih berasakan Allah masih mengasihi dia.

Well said, dia hidup bahagia cuma dia nak keluarga. Sebab itu dia mahu berkahwin.

Semoga Allah merahmatinya dan bertemu dengan jodohnya secepat mungkin. Ameen. Dah aminkan dah?

Bila kita tahu kisah hidup dia, baru kita faham dengan jelas kenapa dia ada cita-cita itu. Jangan mengadili seseorang dengan mata kasar tapi nilailah dia dengan mata hati.

Cita-cita seorang anak muda

Menyempurnakan sebahagian daripada agama itu sunnah Nabi. Apatah lagi memang sudah bersedia untuk menjadi matang dan bersedia untuk bertanggungjawab.

Di tanah Arab lelaki dewasa bermula usia 18 tahun. Di Malaysia masih anggap remaja. Di mana nilai kematangan masyarakat kini?

Pesan saya, fast action fast result!!!

Anda hebat.

No comments: