Masa ketibaan tren 10 minit lagi. Pastikan perjalanan iman anda selamat. Jazakumullah khairan kathira.
Tulisan merah itu dibaca dan diulang berkali dengan penukaran minit-minit yang berlalu. Masih duduk di situ. Termenung. Memandang teman-teman. Melanguk ke arah pekerja-pekerja yang sibuk membaiki terminal itu. Ditegur seorang lelaki sepet bercermin mata.
"Sudah berapa lama?"
"Baru jer sampai."
"Saya nak kerjakan masa?"
Hati pun bertanya, "Kerjakan masa? Maksud dia kejar masa agaknya"
"Owh. Dari mana?"
"Saya dari Macau. You ada tisu tak? Basahlah cermin mata saya."
"Maaf, saya tiada." Senyum.
Ahh, teringat pertanyaan seorang sahabat ketika menunggunya di satu terminal.
"Sudah habis satu juz alQuran?"
Owh tidak! Berhentilah daripada berbicara dengan lelaki itu. Tertunduk sebentar. Semua itu dugaan. Mungkin dugaan dakwah kepada non-muslim. Mungkin juga daripada lelaki ajnabi. Saya moderate person. Not much to talk but give any help if they need anything.
Allah menyediakan banyak sangat terminal iman kita. Daripada terminal harian kepada terminal tahunan. Syoknya terminal-terminal itu. Kali ini kita berada di terminal tahunan iaitu Ramadhan. Ramadhan itu terminal yang ternanti bagi mukminin yang suka berpesta! Bukan pesta ala-ala cap-orang-kampung, tapi pesta ini pesta global sehingga makhluk langit turut meraikannya!
Tren itu akan membawa kita ke alam iman di mana di siulah perlatihan kita mempergahkan lagi kuasa keimanan kita. Bukan calang-calang perlatihan yang Allah beri! Dengan puasa, taraweh, solat malam, menahan marah, sedeqah, dan macam-macam lagi... Ganjaran yang Allah janjikan diuar-uarkan serata dunia!!!
Manusia suka apa yang nafsu suka. Nafsu tidak boleh dihapuskan tetapi dijinakkan. Maka perlatihan apakah yang dapat menjinakkan nafsu? Berbuatlah apa yang telah disyariatkan kepada kita.
Puasa, Sedeqah, Amal soleh, Taraweh, Solat Malam...
bebanilah nafsu itu dengan kebaikan sampai satu saat kita bermalas-malasan untuk bermaksiat.
Ingat wahai diri,
[Ramadhan] (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. alQaf 50:17.
Cerita malaikat ada di kiri dan kanan kita bukan cerita main-main atau cerita sekadar kisah Abu dan Ali main di tepian tapi ini khabar daripada Allah! Setia menemani mencatat dan mencatit amal perbuatan kita.
Astaghfirullahal 'azim.

No comments:
Post a Comment