Thursday, May 24, 2012

Suara tidak terkeluar dari sini

Aku belajar daripada seseorang erti kehidupan dan kepentingan ilmu. Menyatakan hak dia sebagai seorang  muslimah dan seorang mujahidah. Jarang kudengar suara-suara semangat menyerbu gudang ilmu. Yang nampak kelibat fizikal yang berlarian mencari kudrat untuk menimba dan teruskan menimba ilmu. Jarang kudengar kini laungan semangat motivasi yang sering ku hadir suatu ketika dahulu. Walau tidak banyak namun itu menjadi semangat untukku teruskan perjuangan menimba ilmu di atas bumi ini.

Kadangkala aku berlarian di dalam gudang ilmu itu. Namun tidak tahu arah tujuku. Pandangan mata jatuh ke lantai itu. Kala sepi aku asyik termenung dan bertanya, ke mana arah tujuku. Aku tiada matlamat hidup? Mustahil kau tidak tahu wahai diriku. Sudah banyak kau belajar. Tapi apa yang kau amalkan.

Syaitan-syaitan itu membisik lagi. Kau buat je lah. Asalkan dapat markah. Kau bukak fb lama-lama sikit, release tension. Cuba kau usha profile dia, kot-kot dapat maklumat terbaru. Eh, makanlah lagi, tak cukup tadi makan. Cuba kau pakai cantik-cantik sikit, baru orang nampak kau smart. Gilalah semua bisikan itu.

Semua itu perancangan licik syaitan yang mahu jatuhkan semangat kita sebagai seorang hamba Allah. Syaitan punya banyak cara untuk tipu kita. Kita juga perlu ada banyak lagi cara dan daya kekuatan utntuk atasi syaitan durjana itu. Aku perlu kuat! Aku tidak mengalah! Kenapa kau mahu kacau aku? Pergi kau syaitan dari sini! Aku mahu bahagia dengan Allah <3

Sebagai muslim, aku harus sentiasa mengingankan diri bahawa aku punya ALLAH untuk bergantung semua pengharapan. Aku punya Allah untuk melindungi aku dari sebarang bahaya. Aku punya Allah untuk membantuku berperang dengan hawa nafsu. Aku punya Allah untuk kuat dalam hadapi kehidupan yang penuh dengan tipu daya. Sebagai muslim aku harus bersedia menentang musuh-musuh diri dan Islam. Sebagai seorang muslim, aku juga seorang pejuang!

Diri ini masih merindukan program motivasi yang dianjurkan di sekolah dahulu. Mahu kembali ke zaman itu bolehkah?

Terkadang aku ditegur, aku membuat kerja dengan semangat bukan atas dasar kefahaman. BOleh tunjur ajarkan? Kerana aku ini masih bayi dalam meniti alam dewasa. Terkadang juga aku perasan aku sebegitu rupa. Boleh tunjuk ajarkan? Bagaimana kefahaman itu? Persoalan yang tentu sukar dijawab. Kerana pantulan amalan kita itu menunjukkan hati kita bagaimana. Pantulan iman atau pantulan semata-mata?

No comments: