Tuesday, May 01, 2012

Waktu itu terbatas

Waktu itu telah disumpah oleh Allah!

Wal a'sr.


Berkali-kali diulang manusia. Di titian majlis ilmu. Malah di dalam solat. Namun, sedarkah kita kita masih dalam kerugian. Kerugian yang teramat apabila Allah kata, sesungguhnya manusia itu rugi. Tetapi tidak kepada orang yang beriman. Orang itu bercita-cita mencapai taqwa. Kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah itu sangat tinggi. Malah orangnya tenang-tenang bila menyerahkan sesuatu urusan itu kepada ALLAH. Sesusah mana pun hidup dia, tidak sesekali dia berputus daripada rahmat Allah. Masih meneruskan ibadah yang hebat demi mempertahankan iman daripada terjerumusnya dia ke lembah dosa. 

Maka tindak tanduknya tentulah kerana Allah. Maka Allah berkata lagi, tiadalah kerugian buat orang yang mengerjakan kebajikan. Tidaklah Allah akan mensia-siakan amal kebajikan seseorang itu lelaki mahupun perempuan. Malah Allah mengganjarinya dengan kebajikan dan rahmat Allah yang Maha Luas! Pandangannya terhadap sesuatu pasti hadir dengan pandangan kasih sayang. Maka pandangan itu pasti berteman dengan senyuman yang manis. Menenangkan hati-hati manusia yang berserabut. Kerana apa? Kerana wajahnya itu terpancar sinar iman. Manis.


Berpesan-pesan kepada kebenaran! Tidaklah kering hatinya apabila hidupnya sentiasa memberi. Kerana dia percaya dan yakin konsep tawakkal kepada Allah. What you give, you will get back! Tidak terdetik di hati seseorang muslim itu apabila dia memberi, dia rugi. Tidak. Kerana dia percaya bahawa Allah itu Maha Baik! Nak dipermudahkan urusan? Pernah saya dinasihatkan untuk sentiasa bersedeqah dan berinfaq. Tidak kisahlah dari segi harta mahupun masa. Ya, saya pernah rasa lapang hati yang selapang-lapangnya! Allahuakbar. Betapa gembiranya hati manusia itu apabila Allah itu memudahkan urusan kita pada hari tersebut.

Allah berkata lagi bahawa orang yang tidak rugi itu ialah orang-orang yang berpesan-pesan kepada kesabaran. Kepada siapa lagi kita bergantung harap selain Allah. Kalau tidak kerana manisnya syurga, aku berusaha memperbaiki diri agar bersabar dengan karenah dunia. Kerana apa lagi? Kerana sabar itu buah syurga. Kenapa Allah highlite sabar ye, sahabat? Kerana sabar itu merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Sabar menuntut ilmu. Sabar memujuk orang. Sabar berbicara dengan orang yang kasar. Sabar dalam bermuamalat. Sabar dlaam mengurus rumah tangga. Sabar dalam mendidik diri menjadi super muslim!

Maka waktu itu sagat terbatas. Hanya orang yang tahu menghargai akan menghargai. Seperti manusia yang mandapat bunga. Jika dia tahu cara-cara menjaga bunga, tentu bunga dia segar-bugar dalam jangka waktu yang sungguh lama. 

Maka susunlah waktumu dengan sempurna. Adakan waktu yag fleksibel agar kita tidak menjadi keruan jika aktiviti kecemasan yang dilakukan tidak selari dengan jadual kita. Susun juga jadual hidupmu mengikut prioriti. Prioriti ini untuk saya bicarkaan terlalu subjektif. Tetapi pernah saya bertanya kepada seorang sahabat saya tentang prioriti. Dia berkata, dakwah is the number one for me, yang kedua baru datangnya family dan yang ketiga ialah kerjaya! Jadi apa-apa pun dia lakukan, dia akan sandarkan kepada prioriti hidupnya itu kepada 3 perkara tadi.

Wallaua'lam.

Ana Sakinah

No comments: