Tuesday, May 15, 2012

Tarbiyah: Prioriti

"Enti bawa berapa adik?" sambil mahu beramah mesra.

"Dua orang jer"

"Alhamdulillah..." tersenyum

"Enti pula?"

"Dalam 24 orang." tegasnya.

"MASYA ALLAH ya ukhti!!!" hamek kau terkejut bukan kepalang!

Saya masih dilanda kejelesan yang tinggi. Melihat kejernihan pengislahan masyarakat yang begitu didambakan sahabat saya itu. Kemampuan yang luar biasa yang dia mampu bebani. Allah! Saya tertunduk segan. Tersenyum pada masa yang sama semangat membara membakar jiwa-jiwa jundullah (tentera Allah)! Saya kene rajin bekerja lagi nih. Seimbang dunia akhirat. Saya masih lagi berat sebelah.

Salah penimbang atau salah menimbang?

Bukan mahu mempersoalkan kesalahan. Tetapi hal tersebut tetap salah jika prioriti kita sendiri tidak seimbang. Itu tidak adil! Bak kata Sailormoon..Saya sengaja menulis tentang ini agar saya ingat, saya berazam untuk cemerlang dan gemilang dalam study!

Biar kita kalah dalam kepuasan penat lelah kita, bukan kalah dalam tipu daya sendiri.

Saya tersentap. Mungkin keihklasan saya teruji. Masih belum terlambat untuk menjernihkan niat untuk menimba ilmu. Jadi, usahalah Sakinah!

Amal kita itu menjadi tanda prioriti kita ke mana...

Jadi, perancangan-perancangan yang hebat perlu mantap dan pelaksanaan juga perlu dilaksanakan! Jangan kamu jadi orang yang suka berangan tanpa cita-cita! :) Ayuh kita mulakan langkah baru!

  • Susun jadual
  • Kreatif dalam menyelesaikan pertembungan yang mendatangkan masalah
  • Elak bersama dengan orang yang bermasalah dan menganggu gerak kerja kita
  • Berdoa diberi kekuatan menghadapi sesuatu musykilah
  • Tawakal kepada Allah

2 comments:

diyana said...

point ke-3?

Unknown said...

diyana kurang faham ye? pada mula saya pun kurang faham, tapi setakat ni apa yang saya faham ialah

contohnya, saya jenis orang yang mudah marah. tetapi apa yang saya buat, elak buat orang marah atau hindari dekati orang yang sedang marah. takut-takut nanti bila dekati mereka, tempias tu terkena pada saya. jadi, mungkin kerja saya terganggu dan jiwa saya runsing.

Wallahua'alam :)