Thursday, January 26, 2012

berterima kasih




::seek ALLAH before too late::

aku baru sahaja keluar dari perpustakaan universiti, seorang rakan menegurku.

"weyh, aku pokai laa sekarang. lapar ni. tak tahu nak minta tolong siapa." mukanya begini  =(

"laa kenapa tak cari aku daripada tadi. sudah jam berapa ini?" tanganku terus meraba2 beg dompet di dalam beg sandangku. taraaa,pink gitu beg dompet aku.

"nah, pergi buat belanja"

dia terus amek terus berlalu sahaja dari situ tanpa mengucapkan sepatah kata pun. ISK budak ni. lepuk kang~ mungkin dia tergesa2. lapar sangat kot. aku cuba bersangka baik.

aku berada di taman universiti. tadi di perpustakaan terlalu sejuk. hampir sahaja 'syahid' di situ. jadi, lebih aku keluar mencari angin sakinah. acececece. aku mula semak satu persatu kerja tutorial yang dititpkan oleh seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. detik demi detik berlalu. tiba2...JENG!!! *bunyi piano yang menyeramkan*

"weyh, aku sudah gelabah ini. bagaimana ini? kunci loker sudah hilang. TIDAK!!"

"relaks. cuba ingat mana kau letak. dalam beg dah cari? dalam beg dompet mungkin?"dia asyik mengelengkan kepala menandakan tiada.

"apa kata kau cuba jumpa management. mungkin itu jalan terbaik."

"ye tak ye." dia berlalu begitu sahaja. dalam hati geram. begitu sahaja dia kata. pergh...tak pe2. mungkin dia gelabah sangat kot. berbaik sangka.

hari sudah lewat petang. kelas pun sudah. solat asar pun sudah. alhamdulillah. nak balik. yeay!!

(^^)__________________________

habis cerita. eyh apa cerita kat atas ni. merepek jela.
ok2. bertenang. cuba bayangkan kamu semua jadi 'aku' dalam cerita di atas. apakah perasaan yang kamu akan hadapi. geramkah? sakitkah? tentu~

cerita di atas sekadar rekaan. ok. tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

ye, benar kita akan geram jika kita diperlakukan demikian. itu baru hablumminannas (hubungan sesama manusia). tetapi ingatlah ALLAH. jika kita ada perlakuan seperti itu,,,takut2 akan mengundang kemurkaan ALLAH. jika kita tidak jaga hubungan dengan ALLAH, takut-takut ALLAH akan berjauhan dengan kita.

saat kita susah kita cari ALLAH. kita mengadu. saat kita mendapatkan apa yang kita mahukan, kita langsung tidak ingat akan ALLAH. kita tidak bersyukur di saat itu.

Firman Allah:

وَإِذْ تََأذَّ َ ن رَبُّ ُ كمْ َلئِنْ شَ َ كرْتُمْ َلَأزِيدَنَّ ُ كمْ وََلئِنْ َ كَفرْتُمْ إِنَّ عَ َ ذابِي َلشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

ALLAH itu maha baik~
Dia terus memberi walaupun hambaNYA ada yang tidak bersyukur atas nikmat dan kurniaan.

::Terima Kasih Ya ALLAH::

tarikh nak POST: 2 Disember 2010

maka ucapan terima kasih itu penting sekali dalam persahabatan. kalau kita tidak berterima kasih dengan manusia, apatah lagi dengan Tuhan.

No comments: