Saturday, February 05, 2011

episod akhir cerita dia

pliz klik video sebelum anda membaca. feel sikit nak baca.

"ahmad, cikgu sudah sampai U da ni. mana kamu? cikgu sanggup datang dari jauh. cikgu mahu kamu bersemangat belajar."

"cikgu, minta tolong fahami saya. saya hargai pengorbanan cikgu. saya tidak mampu lagi buat masa sekarang. saya terpaksa mengutamakan keadaan keluarga saya terlebih dahulu."

"tak pe, ahmad. cikgu tunggu ni. cikgu boleh tolong daftarkan kalau ahmad tak de duit."

"cikgu, bukan saya tak mahu. saya mahu belajar. tapi keadaan mendesak saya untuk terus bekerja dan menjaga keluarga. saya tak mahu lihat ibu susah."

antara perbualan ahmad dengan guru apabila namanya tersenarai dapat memasuki IPTA yang terkenal di tanah air. dia bijak. dia cerdik. cuma keadaan keluarga yang mendesak dia membuat keputusan demikian. kalau ikutkan hati saya, hati saya sudah pun sampai di langit. untuk terbang sama-sama dengan kawan-kawan yang lain. capai impian. saya pun nak berbahagia seperti orang lain. duduk sofa lembut. main air kolam tepi rumah. wahh. semua tuh impian. saya pun impi mahu jadi perdana menteri. eh, tinggi sangat tuh. saya pun nak jadi orang yan berguna pada masyarakat. nak tolong orang lain. tapi...

hutang hospital masih belum terbayar. dia terdesak. dia lakukan apa sahaja untuk langsaikan semua hutang itu.

akhirnya dia sendiri mengaku.

"weyh, bantu aku. aku nak join bisnes ko. aku tahu aku pernah tolak dulu. aku terdesak sangat nih" meleleh air mata anak soleh itu. sura serak-serak basah menjelang jam 11.35 malam itu. Adha memahami perasaan ahmad. baru hang tahu sebenarnya nilai bisnes yang aku join ni. hanya orang susah akan nampak peluang ini. adha bermonolog sendirian.

jadi kawan-kawan nilai persahabaatn di sini amat penting ye.
kalau betul dia kawan kita, dia akan bantu kita bila kita susah.
bukan sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri.

nilai pengorbanan anak itu tak ternilai.
dan hanya ALLAH membalasnya di akhirat kelak.
moga kau tabah, sahabat.

bersabarlah hadapi ujian ALLAH.
Ujian ALLAH itu amatlah kecil untuk kita dapatkan SYURGA kelak.
matlamat kita kan nak masuk SYURGA...
indahkan!!!

pengajaran yang lain tolong describe sendiri.
kisah di atas diolah berdasarkan kisah salah seorang sahabat saya yang mahukan kejayaan.
hidupnya susah.
tapi dia kuat.
jadi, kalau nak dibandingkan kita? apakah kita kuat hadapi semua itu jika peristiwa di atas dan sebelum-sebelum ini yang saya dok berceloteh, terjadi pada kita?

~lawan sampai jadi DERMAWAN~


No comments: