Thursday, February 17, 2011

Saya Kurang Gemar

"Wah, comelnya blog ini. Comel!" Tangan mula ligat 'scroll' sehingga ke bawah. Mata ligat berputar-putar. Hati mula membaca. Dush88!! Macam s****h.

"Blog ini sangat warna warni!!" Exasperated when i scrolled one blog. But look m***y.

Saya kurang gemar membaca coretan kisah peribadi sang romen tertulis dan tercoret di laman blog atau fb. Terutamanya pecintaan yang nampaknya setia. Maaf, saya kurang gemar nak ambil tahu tentang itu.

Kawan,sahabat, saya sayang awak. Awak, jangan marah saya ye. Kalau awak nak tegur saya yang mulut laser ni, please emel me. Atau kita jumpa depan muka ke muka. Atau wajah ke wajah. Saya sayang awak. Awak... saya nak peluk awak boleh? Boleh saya beri senyuman pada awak begini selamanya --> 8)

Lagi-lagi kalau ada sesetengah perkataan m******t digunakan. Perkataan-perkataan itu hendaklah dielakkan. Bungkus perkataan-perkatan yang negatif itu dengan suratkhabar lalu anda masuk dalam plastik. Ikat elok-elok lalu anda membuangnya di tempat yang sepatutnya. Jangan buang sepah-sepah ye. Kebersihan hendaklah dijaga. Pencemaran TIDAK sama sekali.

*Adakah saya mencemarkan alam maya ini dengan itu? 8| Muhasabah*

.....

Atas tu cuma teguran. Mungkin saya bercakap seorang diri kot. Ni pendapat saya. Jangan saman saya. Mungkin mata dan hati saya kurang gemar, jadi saya menukilkan di laman maya ini.

Saya pernah TERbaca di satu blog. BRO HAMZAH.

Tips-tips berblog agar menjadi amal soleh.

Mari saya simpulkan. Mungkin entri yang lepas saya copy paste BO_oLaT. Kamu pun mungkin tidak berkesempatan untuk membaca.

"Saya selalu diingatkan, bahawa apa yang kita kongsikan, tuliskan, persembahkan dan catat di dalam blog akan dirakam, direkod, dinilai dan akan diadili dihadapan Allah SWT kelak. Yang baik atau yang buruk, yang bermanfaat atau sebaliknya – semuanya akan memberi kesan kepada akhirat saya."
Bro Hamzah


(1) Niat dan cetusan hati
“ Wahai diri, untuk tujuan apakah aku berblog ini?”
Indahnya Islam, soal niat yang kecil ini menjadi perkara utama dan asas dalam beramal.

Motto hidup saya tidak akan pernah berubah buat selama-lamanya iaitu : “ Syara sentiasa dihadapan, Allah is number One!”
Bro Hamzah

(2) Konsep dan Tema blog kita
Inilah sebenarnya kekuatan blog seseorang.

Konsep dan tema yang diketengahkan. Ada orang, tema blognya ialah perkongsian dan catatan kehidupan sehariannya. Ada pula, menjadikan blognya medan untuknya membuat analisis isu-isu semasa, malah ada juga tempat ia berkongsi resipi-resipi masakan. Terpulanglah kepada kita. Yang penting, kita selesa, tenang dan suka akan konsep serta tema yang kita bawakan itu.

(3) Rekabentuk, susunatur dan antaramuka Blog
Bagi saya, blog yang baik adalah blog yang sedap mata memandang. Simple, kemas, pemilihan warna yang baik, tulisan yang mudah dibaca, mesra pengguna dan wujudnya interaktif antara pemilik blog dan pembacanya. BRO HAMZAH.

(4) Penggunaan bahasa , intipati dan prinsip asas
Elakan penggunaan bahasa pendek atau ringkasan yang sukar difahami. Kekadang, bahasa-bahasa sebegini akan menjemukan dan membosankan sesiapa sahaja untuk membacanya. Latihlah diri untuk menggunakan perkataan yang penuh ejaannya dan bahasa yang betul. Saya yakin, kita akan berpuas hati dengan perkongsian dan tulisan yang kita gunakan dalam blog nanti.

Di samping itu, kita nukilkanlah ia dengan bahasa jiwa dan bahasa hati.
Bak kata orang, tulisan yang ditulis dari hati akan jatuh menyimbah ke hati jua. ^^
Bro Hamzah wrote.

"Intipati dan pengisian blog harus menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Ini adalah soal prinsip, pegangan dan maruah kita sebagai seorang muslim mukmin. Tidak dapat tidak. Ajakan kepada kebaikan, kebenaran dan kesolehah harus mendominasi seluruh artikel-artikel, video-video, kata-kata hikmah dan apa jua yang kita letakkan di blog kita."

(5) Sentiasa konsisten dan istiqamah

Jika matlamat, objektif dan tujuan kita jelas, maka tunggu apa lagi? Kitalah yang akan berusaha mencari masa dan waktu untuk memberikan usaha yang terbaik. Semuanya kembali kepada kita. Dalam soal ini, cadangan teman-teman saya kepada saya dalam soal mengemas kini blog ialah :

Pertama, Ikhlaskan hati untuk mengemaskini kerana Allah SWT

Kedua, rancang dan susunlah waktu pemberian Allah SWT. 24 jam itu hargailah dengan bersungguh-sungguh

Ketiga, Disiplin, disiplin dan disiplin. Saya banyak belajar tentang ini melalui penulisan di blog. Semoga Allah permudahkan urusan saya.


....
AnaSakinah kata, yup. i always agree and definitely agree. I am trying to push myself to be the best blog teller. With the cover of ISLAM. Giving out a positive post and action.

ya ALLAH, tuntunilah hati kami hanya keranaMU!
Saya yang masih butuh teguran!!!
NAH,adik-adik!!!
NAH!!!
saya suka ustaz ZAMRI MANTOP!!!

*Anony---> ok ta entry ini? Berbaur emosi ke?

6 comments:

. said...

tu dia.. tepat sekali. sedih melihat tulisan yg meluah rasa cinta dan sayang tapi kepada yg haram~!

meluah cinta dan sayang.. tak salah.. tapi biatlah bertempat. selagi dia bukan yg halal,tulisan2 itu hanyalah debu2 yg merosakkan hati~

Unknown said...

ya. memang sedih melihat diri kita juga bersubahat dengan fitnah dunia. lagi-lagi banyak yang kita mencampur adukkan segala SUSU yang ELOK dengan SUSU yang BASI!!!

SYAZA RINDUNYA!!!!

. said...

Rindu?

bayangkanlah saat2 tangan menggenggam erat, pipi berlaga dan bahu dekat berpelukan.

ingatlah semula alunan ayat quran yg ditadarus bersama..

ingat semula senyum manis, ikhlas menyepetkan mata kita...

insyaAllah.. ingat itu, jadi ingat juga pada Allah. jadi rindu untuk bertarbiyah. jadilah kita manusia yg berukhwah fillah. :)

RINDU SANGAT!!!!!!!!

Unknown said...

i like88.
mati hidup untuk ALLAH.

Anonymous said...

assalamualaikum..
latest entry tu nampak macam ada unsur geram je. :)

pada pandangan saya, jika teguran itu khusus untuk seseorang, mungkin lebih baik kalau teguran itu dinyatakan terus kepada orang yang berkenaan, kerana cara awak menulis seperti agak emosi dan ada kemungkinan orang lain tahu perihal siapa yang ditegur. itu sudah pasti mengaibkan orang yang ditegur dan boleh menyebabkan orang yang ditegur lebih jauh hati untuk berubah. kadang kadang walaupun teguran awak itu tidak dikhususkan untuk sesiapa, namun mungkin ada yang terasa atau ada pula orang yang mengaitkan teguran itu khusus untuk siapa.

memang blog boleh dijadikan medan untuk berdakwah, untuk menegur, tapi teguran itu sebaik-baiknya dalam 'nada' yang positif dan tanpa emosi. mungkin awak boleh kongsikan mengenai tujuan ber'blogging' ini dinilai oleh Allah dan bagaimana tips2 ber'blogging' yang sihat, baik dan memberi manfaat kepada diri kita dan orang yang membaca.

sekian.
hanya sekadar pandangan dari insan yang turut membaca~

Unknown said...

anony.
sila beri tunjuk ajar.
saya mmg 'lack' dan sgt2 kurang tahu dlm menegur org dan juga menulis tanpa emosi.
please.
emel me.
alyaasakinah@gmail.com