Thursday, February 03, 2011

lagi cerita dia



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

bertemu lagi. saya menulis bila saya ada masa lapang. ada yang komen. cerita ini membuatkan dia teringat pada seseorang. saya cuma jadikan kisah ini sebagai inspirasi. kepada yang membaca. jadikan ini motivasi. kalau bagi anda ini bukan motivasi, sekadar pengajaran yang baik pun OK. =)

****

nak bawa ke mana, mad?

ibu, kita ikhtiar mana yang boleh.

hari pertama dikeluarkan, mereka ke pusat rawatan islam swasta di ibu negara. jauhnya nak merantau ke sana dengan keadaan abah sebegitu. muka abah tenang jer. hati aku yang perit. aku nak abah sembuh cepat-cepat. adik-adik ditinggal dengan mak su. mak su satu-satunya saudara yang dipercayai ibu. saudara yang lain bagai tidak mahi membantu. berani mereka buat 'dono' dengan 'family' aku. aku bagi pelempang satu-satu 'karang'. panas!!

ikhtiar ke sana bagai ribut melanda. tiada apa boleh dibuat. tiada perubahan pada abah.

berpatah balik ke hospital lama. walau tiada kepakaran, mereka kata boleh usahakan. tarikh telah ditetapkan untuk membuat daging dan otot yang telah berjangkit dengan virus sudah pun tiba. aku berdebar menunggu dengan ibu. ibulah yang paling risau. ibu berdoalah ibu. moga-moga rintihanmu itu TUHAN dengar.

berejam menunggu. ahmad dan ibu membaca yaa sin. mereka berharap segalnya berjalan lancar. sesekali ahmad tersengguk membaca ulangan yang entah ke berapa yaa siin itu. dia berharap akan keajaiban. ibu sudah terlena disisinya.

ahmad menjerit sekuat-kuatnya. aaaaaaaaahhhhhhh!!! di dalam hati. tiada siapa yang tahu peritnya hidup tanpa bantuan sesiapa. duit simpanan ibu untuk menunaikan haji sudah habis. duit simpanan ahmad juga. iperut diikat. tiada siapa pun tahu. berpuasa setiap hari. demi ALLAH. hanya ALLAH yang tahu. semua itu untuk biaya abah. abah...

teeeettt. tanda sudah habis pembedahan. ya ALLAH!!!

beberapa manusia keluar daripada bilik pembedahan yang ada dua pintu gedabak! beberapa orang doktorberwajah kelat. penat barangkali. peduli apa aku. ibu terjaga. membuka mata seluas padang bila melihat 1 doktor menghampiri kami.

ahmad, puan. saya perlu bawa kalian ke bilik saya untuk berbincang.

baik,dokter. tak boleh ke bincang kat sini. dah lah jauh bilik dokter yang 'wangi' tuh.

eeeeettt, bub. pintu ditutup.

alhamdulillah. pembedahan berjaya. tapi maaf, kami terbuang daging yang elok.

PALA HOTAK HG!!! ibu menepuk-nepuk ahmad.

Hang ingat ini bapak hang ke hape? ya ALLLAH....aku panas. aku panas. aku panas.

ahmad terduduk. dia istighfar. rasa dia melempang sahaja doktor 'baik hati' itu. ke mana hatimu ini ahmad. akhlak pekertimu kini ke mana ahmad. ibu pasrah. sudah terjadi. ibu redha. ibu redha. ibu redha.

rawatan susulan abah jalani. sesekali kata sakit. dia memegang kakinya. cekeding sahaja. kami bawa ke pusat rawatan islam juga. biarlah kami bersusah sedikit.

kalau di hospital mana-mana. nurse dan doktor sudah cam dengan batik hijau aku. mana taknya, jarang aku tukar.
tak sempat. tidur setakat tidur kat surau jer. ibu lagi kesian. korang ingat aku tak kesian kat ibu ke? dia yang paling banyak berkorban. saudara tak mengaku saudara. aku benci betul. bila susah mula cari alasan tak mahu tolong. bila senang, mula nak negndeng-ngendeng.



baru hari ini aku sedar siapa aku. aku bukan sesiapa. aku hamba kerdil. tiada apa-apa. hidup dipegang oleh ALLAH. sekarang aku sengkek. aku hanya ada berapa kerat jer dalam bank. aku sedih. selepas ini aku perlu balik ke kampus walau sudah lewat beberapa minggu aku berjanji untuk pulang. ibu, sabarlah.


anakmu berjihad kini.


2 comments:

Unknown said...

semoga Allah kuatkan semangat dia! juga semangat kita! kita sama2 berjuang! kalau die pun boleh, kenapa kite x boleh kan kinah?

Unknown said...

betul syah.
kita susah.
dia lagi susah.
so, kena kene kuat!!!